CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

[LAIN-LAIN] Filem Animasi Dongeng Sang Kancil Boleh Ditonton Di Netflix Bermula 26 Mac Ini

[Copy link]
Post time 11-3-2025 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 11-3-2025 02:04 PM


Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi mengumumkan filem animasi Dongeng Sang Kancil terbitan oleh pihaknya bakal keluar di Netflix 26 Mac ini

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau memberitahu kemasukan filem animasi tersebut ke Netflix merupakan sebuah projek yang ingin membawa hasil karya tempatan di mata dunia.

"Berhadapan dengan cabaran kandungan Netflix memintas kandungan-kandungan Malaysia yang lebih menumpukan pada negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, terdapat dorongan untuk memperkukuh industri filem tempatan dan membawa potensi kreatif Malaysia di pentas global.

"Apabila kami menerima projek ini, terdapat klausa dalam kontrak yang menghalang kami daripada mengumumkannya, oleh itu sangat sedikit yang diketahui tentang projek ini di luar studio kami.

"Tidak lama selepas kemunculan filem ini di pawagam, ia bakal tersedia di Netflix, dengan tarikh yang ditetapkan adalah pada 26 Mac 2025," tulisnya.


Kolaborasi bersama Netflix mampu membawa nama filem Malaysia ke platform antarabangsa

Mengakui kerjasama bersama Netflix mungkin tidak mampu menampung kembali kos pengeluaran projek tersebut, Burhanuddin optimis ia tetap akan membuahkan hasil terhadap industri perfileman negara.

"Inisiatif ini boleh dianggap sebagai pelaburan strategik untuk hasil karya kebanggaan negara serta landskap budaya, dengan harapan untuk menghidupkan semula pawagam tempatan dan mempamerkan bakat dan kreativiti yang ada di negara ini.

"Usaha sedemikian boleh memangkin peluang masa depan dan memupuk persekitaran di mana kandungan Malaysia boleh berkembang dan akhirnya mendapat pengiktirafan yang sepatutnya di platform antarabangsa," tulisnya di Facebook.


Sumber: Seismik


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046458 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list