View: 23643|Reply: 13
|
[Tempatan]
gaji RM1,800 sebulan dianggap terlalu tinggi di Sabah
[Copy link]
|
|
Harga barang komoditi dan servis kian meningkat pada saban hari, jadi logiklah tingkat gaji yang ditawarkan buat graduan perlu relevan dengan keadaan semasa.
Bagaiamanpun, laporan FMT mendedahkan bagaimana nasib graduan yang mahu mendapatkan pekerjaan di negeri kelahirannya di Sabah namun hanya dibalas dengan kehampaan.
Gaji minimum dianggap terlalu tinggi
Hal ini kerana permintaan untuk mendapatkan gaji RM1,800 sebulan dianggap terlalu tinggi.
Situasi itu menyebabkan Norashikin mengambil keputusan untuk berpindah ke Semenanjung Malaysia, di mana peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai kelayakan dan kemahiran sepertinya lebih terbuka luas.
“Saya ada ijazah dalam pengurusan teknologi, tetapi mereka tidak peduli dengan kelayakan saya,” katanya kepada FMT.
Apa yang dialami Norashikin bukanlah sesuatu yang luar biasa. Hal ini kerana data Jabatan Perangkaan memperlihatkan perniagaan di Sabah antara yang menawarkan gaji terendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Ini bermakna mereka mempunyai sumber terhad untuk menawarkan gaji kompetitif seperti di Semenanjung,” katanya kepada FMT
Demi mencari pendapatan yang lebih baik, ramai penduduk Sabah akhirnya memilih untuk berhijrah ke Semenanjung Malaysia.
Menurut kumpulan perniagaan, kebanyakan syarikat di Sabah adalah kecil dan mempunyai kekangan kewangan, yang menyukarkan mereka untuk menawarkan gaji yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
Statistik rasmi menunjukkan purata gaji pada Mac 2023 ialah RM4,858 sebulan di Putrajaya, RM4,521 di Kuala Lumpur dan RM3,885 di Selangor. Sebaliknya, di Sabah, purata gaji hanya sekitar RM3,127 sebulan.
Christina Tee, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia, menyatakan bahawa kebanyakan perniagaan di Sabah adalah perniagaan keluarga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lebih fokus kepada pasaran tempatan.
Menurut Foo Ngee Kee, Presiden Persatuan PKS Sabah, kos operasi perniagaan di Sabah meningkat akibat gangguan bekalan elektrik dan air yang sering berlaku, infrastruktur pengangkutan yang lemah, serta kurangnya hubungan dengan negeri lain dan pasaran antarabangsa.
“Keuntungan yang rendah, ditambah dengan kos operasi dan pengeluaran yang tinggi, mengehadkan kemampuan syarikat di Sabah untuk membayar gaji lebih tinggi kepada pekerja mereka,” katanya.
Jadi, mereka bersetuju bahawa faktor-faktor ini telah menyukarkan syarikat untuk berkembang pesat apatah lagi mengekalkan tenaga kerja mahir.
Madeline Berma, seorang pakar ekonomi, berpendapat bahawa ketidakstabilan politik dan infrastruktur yang kurang baik adalah antara faktor utama yang menghalang perniagaan di Sabah daripada menawarkan gaji yang lebih kompetitif.
Madeline Berma dari Institut Masa Depan Malaysia menyatakan bahawa negeri-negeri yang lebih maju menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding negeri yang kurang maju.
“Selain faktor politik, kelewatan projek mega seperti Lebuhraya Pan Borneo telah menjejaskan keyakinan pelabur,” katanya kepada FMT.
Norashikin berpendapat, keputusannya untuk berpindah ke Kuala Lumpur membuahkan hasil. ‘Saya berjaya mencapai kestabilan kerjaya dan kewangan yang lebih baik di sini,’ katanya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sian bebudok Sabah ori...peluang yg sikit tu pon kena saing ngn bebudok 'projek ic'...... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 12-3-2025 02:47 PM
Skuau replied at 12-3-2025 02:42 PM
sian bebudok Sabah ori...peluang yg sikit tu pon kena saing ngn bebudok 'projek ic'......
Zets why kena sedar diri berusaha lebey supaya peluang yang hado tak dirampas Projek IC. Kalau keturunan Projek IC ni lagik rajin lagik berketerampilan dari original Sabahan, sapa yang salah?
Kat Malaya pun lebey kurang ja. Tengok la yang pandai2 berjaya dok atas2 jadik bos2 or jutawan MLM segala tu - biasanya hada darah campuran lotsa mix (termasuk Ndon, Siam, Tamil, Paki) bukan pure Melayu proto semata. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-3-2025 10:44 PM
Zets why kena sedar diri berusaha lebey supaya peluang yang hado tak dirampas Projek IC. Kalau ket ...
takpe nak...itu kalo...kita perbanyakkan lagi 'projek ic'...supaya yg ori tu lagi gigih berusaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 12-3-2025 02:48 PM
takpe nak...itu kalo...kita perbanyakkan lagi 'projek ic'...supaya yg ori tu lagi gigih berusaha.. ...
Dah tak boleh buat apa la Projek IC tu. Nasik dah jadik bubur lambuk no u turning dah. Live with it. Now deols ramai kat KL ngan Johor. Blend in well, hado yang selamba ngaku Melayu (by DNA, tak juga salah tapiiiiiii).
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-3-2025 10:56 PM
Dah tak boleh buat apa la Projek IC tu. Nasik dah jadik bubur lambuk no u turning dah. Live with i ...
sejujurnya budak ori dr pedalaman memang agk ketinggalan banding bebudak pilak yg semua duduk bandar.Itu yg aku nengok kt kolompo ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 12-3-2025 03:15 PM
Skuau replied at 12-3-2025 03:11 PM
sejujurnya budak ori dr pedalaman memang agk ketinggalan banding bebudak pilak yg semua duduk band ...
Memang pun. Jangan kata Kolumpo - jauh beda ketrampilan bebudak pedalaman dengan bebudak Lahad Datu. Even bebudak ori Sabahan or at least ada DNA ori yang dok KL seblom ni, pehtu pindah sekolah meols bila dah SMK, sangat pasif iyaaaaaaaaaaaa.
Sebab tu meols ngajo tempat sendiri sebab nak tolong majukan, buka fikiran bangsa sendiri. Jangan dok takuk tu ja. Tapi...Emh. Yang dengar tu, dengar la kot. Harapnya camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar cakap omputih dek non. Fresh grad tak reti cakap omputih memang gaji rendah. Facts of life. Tu pasal Sunway Uni boleh dapat gaji tinggi. Ranking hauk aje tapi sebab diorang speaking London. Nak gaji tinggi pergi ler belajar bahasa omputih lebih. Especially tang grammar. Aku tengok bebudak uni yang pointer ok pun grammar ya Rabbi tepuk dahi |
|
|
|
|
|
|
|
tinggi ke u ols...i ols igt sunway uni la plg byr gaji kedek kat i ols...kawan dekat monash dapat extra 1k..huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 13-3-2025 08:02 AM
tinggi ke u ols...i ols igt sunway uni la plg byr gaji kedek kat i ols...kawan dekat monash dapat ...
Bukan. I mean orang grad dari Sunway. I tengok bebudak cina dapat kerja best2 kalau grad situ. Yang kerja as lecturer dalam tu I taktau. Sunway uni punya grad agak ok dia punya graduate employability. |
|
|
|
|
|
|
|
Biar je lahh urang2 borneo tu gaji rendah..diaorg kan suke hidup sesama kelompok diaorg..
Bila kita yg di tanah melayu nk kerja sana..tingkatkan sosio ekonomi diaorg..dihalangnya kita dgn kene apply permit kerja bagai..
Takpun bila dh ramai lokal specialist yg kita latih dari org2 Borneo..bila dh ramai mula la diaorg besar kepala cucuk2 persatuan diaorg utk sekat kemasukan org2 dari Tanah Melayu..
Sebelum ni post bawah sbgai roustabout di platform atau OS atas kapal byk dari Borneo..ye la..belajar tak pandai..kita yg dari Tanah Melayu ni la latih sampai ada competency bagai hingga jadi specialist / engineer / lab technician / chief engineer / captain..
Alih2 bila bidang professional diaorg dh ramai lokal Borneo...diaorg main politik sampai menyusahkan org2 dari Tanah Melayu..
Siapa yg pernah deal berkenaan pasal work permit utk org2 dari Tanah Melayu yg kerja kt Borneo ni.tau la bagaimana keji sgt permainan diaorg ni bab work permit...pilipin dgn indon yg kerja kt Borneo tu lagi senang la dlt work permit..
So..iolsss nk padankan muka je... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izwan_izi at 14-3-2025 01:02 AM
-delete- |
|
|
|
|
|
|
| |
|