View: 10836|Reply: 3
|
[Tempatan]
Beli gulai, ketam masih terikat dengan getah dalam kuah
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 13-3-2025 10:11 PM
PETALING JAYA – Seorang wanita mencuri perhatian apabila membeli gulai dengan ketam masih terikat dengan getah untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Menurut pemilik akaun @Nurulbadriah_88, menu juadah tersebut dibeli oleh suaminya untuk berbuka puasa.
“Terkejut, kau tengok ketam diikat sebegitu rupa. Ingat syaitan je kena ikat bulan puasa ni.
“Suami beli dah siap bungkus, balik rumah saya nak panaskan dan tuang dalam periuk, nahh free gift (hadiah percuma) getah,” ujarnya.
Tinjauan dari ruangan komen, ramai pengguna di TikTok menyuarakan rasa gusar dan bimbang tentang cara peniaga gulai ketam tersebut tidak membuang ikatan getah pada ketam-ketam tersebut.
“Itu lah ada orang kata tak pandai masak tak apa. Asal jangan niaga dekat bazaar Ramadan,” komen @arieannayanz.
“Mungkin dah basuh sebelum masak, cuma terfikir tak bahaya ke masak getah sekali.. Kemungkinan ada bahan kimia terlarut dalam makanan bila suhu panas,” komen @Fezania02.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ketam tu x dicuci ke sebelum masak.. ? Klu cuci mesti buang sekali getah tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 13-3-2025 10:19 PM
Ketam tu x dicuci ke sebelum masak.. ? Klu cuci mesti buang sekali getah tu kan..
Ewww bangkem takleh bayangkan bau hanyir ketam tu kalau tak dicuci lepas tu denga lendir pasir dan bendasing2 lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|