CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4300|Reply: 3

Zizan Razak anggap anak Emma Maembong macam anak sendiri

[Copy link]
Post time 19-3-2025 10:01 PM | Show all posts |Read mode


“Kami memang saling memahami dan serasi tetapi semua itu atas dasar kerja.”

Demikian antara penjelasan pengacara dan pelawak, Zizan Razak mengenai kemesraannya dengan pelakon, Emma Maembong dalam sebuah kempen hari raya bagi mempromosikan sebuah jenama pakaian baru-baru ini.

Zizan, 40, berkata, keserasian dan kemesraan mereka turut mengimbau momen hubungan cinta mereka suatu ketika dahulu.

“Pada saya keserasian dengan Emma memang jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja.

“Saya dan Emma memang saling memahami, rasa menggamit kembali apa yang kami lalui dulu tetapi kalau nak pergi arah lain tidak terfikir.

“Pada saya kalau nak bekerjasama dengan Emma pada masa akan datang, saya okey dan menadah tangan,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

  


Meraih pujian kerana masih boleh bekerjasama dengan bekas kekasih, dia berpendapat perkara tersebut berlaku kerana menganggap dirinya semakin matang.

“Mungkin ada juga bekas-bekas kekasih yang saya tak boleh bercakap dan sebaliknya tetapi kita pun semakin hari semakin matang.

“Mungkin kami pernah sama-sama salah. Kalau betul matang, lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.

“Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri.

“Kita doakan yang baik-baik untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga ada hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli,” katanya lagi.

Ditanya sama ada mereka mempunyai kemungkinan untuk kembali menjalin hubungan cinta, Zizan tidak memikirkan hal tersebut sebaliknya mendoakan terbaik buat Emma.

“Buat masa ini tak terfikir untuk kembali bersama, mustahil pun tak boleh cakap sebab saya bukan orang yang tentukan masa depan.

“Pada saya, doakan yang baik-baik. Apa apa keputusan saya doakan untuk semua.

“Selepas putus ada juga jumpa dengan dia tetapi selalunya bertemu di majlis-majlis sebegini,” ujarnya.

  


Terdahulu, Emma dan Zizan dipuji bersikap profesional apabila mereka dilantik wajah bagi kempen raya sebuah jenama pakaian baru-baru ini.

Keserasian mereka membuat ramai netizen mendoakan agar mereka kembali menjalin hubungan cinta.

Sebelum ini, mereka pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum memilih haluan masing-masing pada tahun 2015.

Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar 20 Februari 2020 namun mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan Shazli dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawoo ek Emma ni. Kalau lah belajar tinggi sikit mmg lengkap pakej boleh carry diri dgn lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 19-3-2025 11:55 PM
Lawoo ek Emma ni. Kalau lah belajar tinggi sikit mmg lengkap pakej boleh carry diri dgn lebih baik.

sheolsss cantek teruk! meolss baru nk ckp gini.. ayah sheollsss xberjaya hantar sheolsss sampai ke pringkat tinggi. kalau x, lg lengkap kejadian.

tu xsesuai dgn si pilot tu. xsekufu walau cantek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe kaki disko jugak ke?
Kalau ya, sekufulah dgn emma.
Kalau bukan, tak sekufu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-3-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.943336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list