JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
198375
View
1802
Reply

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]

Author: cmf_WonBin       Show all posts   Read mode

Post time 1-8-2011 12:44 PM | Show all posts
Pra-kesimpulan

Adam dan Hawa bukan makhluk pertama yang hidup di bumi. Pasangan dari syurga itu lebih tepat dikatakan manusia (yang menepati definisi manusia) pertama yang hidup di muka bumi. Makhluk yang paling awal hidup di bumi sudah tentu sekali bukan manusia. Namun, makhluk-makhluk itu tidak diciptakan sebagai khalifah di bumi meskipun sudah lama menghuni bumi sebelum era Adam.

Makhluk-makhluk itu tidak dipilih sebagai khalifah di bumi, ia berlaku sedemikian kerana ketetapan manusia sebagai khalifah sudah tertakluk di bawah kehendak Allah, manusia dipilih sebagai khalifah, bukan jin, juga bukan malaikat.

Kita wajar kembali meneliti teks al-Quran sebelum membuat kesimpulan kerana al-Quran menyematkan jawapan yang bersesuaian dengan akidah kita. Manakala pendapat-pendapat selain al-Quran pula hanya digunakan sebagai lorong-lorong untuk mencari lokasi kedudukan kompas. Setelah menemui titik yang sesuai, barulah kita meletakkan kompas supaya arah yang ditunjukkan itu menghala ke arah jawapan atau sekurang-kurangnya boleh diterima sebagai jawapan. Namun, jawapan yang konkrit adalah tertakluk di bawah pengetahuan Maha Pencipta.


Kita imbas semula pernyataan sebelum ini. Bible mendakwa bahawa manusia (Adam) wujud di bumi pada kira-kira 5000 tahun Sebelum Masihi atau 7000 tahun dari tarikh hari ini. Manakala penjelasan forensic sejarah pula menjelaskan manusia sudah wujud
kira-kira 2 juta tahun Sebelum Masihi. Ia menimbulkan kontradiksi tarikh yang sangat jauh. Persoalan juga mula timbul apabila membandingkan sifat tulang rangka manusia (termasuk Adam) sebagai manusia sempurna dari segi tulang rangka mahupun anatomi.

Adam dan keturunannya diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk. Maksud sebaik-baik makhluk itu pula mencakupi tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah, bentuk fizikal termasuk kesempurnaan tulang rangka dan sebagainya.


Manakala tulang rangka manusia yang ditemui dan dilabel sebagai manusia pra-sejarah itu pula tidak sempurna dari segi saiz tengkorak yang ideal dengan skala rangka tubuh sebagaimana manusia yang menepati definisi manusia. Saiz tengkorak manusia itu pula lebih besar jika dibandingkan dengan skala ideal bagi keseluruhan tulang rangka. Dari segi saiz tengkorak sahaja sudah tidak menepati skala saiz yang tepat seperti manusia sempurna. Jadi, ia tidak sempurna sebagaimana skala saiz tulang rangka manusia. Di sini, kita menyentuh mengenai skala tulang rangka. Bukan berbincang mengenai saiz manusia dahulu kala yang dikatakan bersaiz gergasi. Skala dan saiz secara konkrit tidak sama meskipun kedengaran saling berkait.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:45 PM | Show all posts
Apa maksud yang disampaikan Darwin? Mungkin, mungkin dan mungkin?

Darwin cuba menyogok pemikiran manusia tanpa pegangan agama supaya mempercayai bahawa manusia moden yang wujud hari ini adalah hasil proses evolusi yang mengambil masa jutaan tahun. Menurut teori itu, manusia didakwa berkembang daripada spesies monyet sebelum berubah menjadi bentuk primate yang sempura.

Manusia yang dimaksudkan Darwin itu pula tidak memiliki sifat tulang rangka yang sempurna dari segi skala. Berdasarkan maklumat dari sumber Freemason, Darwin dikatakan seorang ahli pertubuhan rahsia yang ditugaskan mencipta teori kewujudan manusia dan pada masa yang sama menidakkan keterangan dalam kitab-kitab agama terutama al-Quran. Boleh disimpulkan bahawa Darwin cuba menyesatkan akidah manusia selepas diberi pengetahuan oleh para iblis yang menjadi tuannya. Itu maksud secara terang dan nyata.

Namun, penemuan arkeologi pula menunjukkan memang wujud tulang rangka yang menepati teori Darwin. Bagaimana pula itu?

Kita perhalusi lagi, tulang-tulang manusia yang menepati teori Darwin ditemui dalam sifat yang tidak sesempurna tulang manusia seperti kita. Ia mungkin sebenarnya memang tulang beruk yang menepati definisi beruk, namun dikatakan sebagai manusia awal oleh Darwin. Atau ia mungkin bukan tulang rangka beruk, tetapi makhluk lain yang pernah mendiami bumi ketika zaman dinosaur sebelum Adam. Makhluk-makhluk itu kemudian mati, lalu dikebumikan oleh bangsa mereka dan menjadi tulang temulang seperti yang ditemui oleh pencari gali arkeologi.


Bateri pra-sejarah?
Pada masa itu, mungkin makhluk-makhluk itu hidup dan mati seperti manusia hari ini. Namun diberikan umur yang panjang selepas memohon kelebihan itu daripada Allah dan kemudian dilaknat oleh Allah. Kita hanya mampu berkata MUNGKIN.. kerana kita sememangnya tidak tahu semua rahsia. Kita hanya mampu membuat andaian dan perlu dipastikan andaian itu tidak tergelincir. Tidak kurang juga mungkin makhluk itu juga pernah membina monumen sebagai tanda pencapaian tamadun mereka.

Kehidupan makhluk-makhluk itu di bumi pula mungkin telah membina tamadun-tamadun mereka yang tersendiri. Proses pembinaan tamadun pula menyaksikan berlaku penerokaan bumi sehingga mengakibatkan kerosakan. Mereka juga mungkin telah hidup selama jutaan tahun sebelum Adam, membina lapisan masyarakat, hidup berpuak dan berkomuniti serta berlaku pertelingkahan.

Juga mungkin, ketua makhluk itu (iblis) dan golongan malaikat dipanggil oleh Allah selepas diciptakan Adam. Iblis mungkin naik ke syurga melalui laluan langit di tapak Kaabah (belum dibina pada masa itu) untuk menemui Allah di syurga semasa Adam dibangkitkan dan ditiupkan roh.


Catatan maklumat graviti pada batu?
Iblis bagaimanapun menderhaka ketika Allah memerintahkannya supaya sujud kepada Adam, lalu iblis dilaknat dan dihukum kafir. Mungkin juga seluruh isi alam bergegar saat kemurkaan Allah terhadap iblis yang enggan sujud kepada Adam, bumi juga tidak terkecuali daripada gegaran itu. Semua makhluk di bumi tiada satu yang hidup termasuk dinosaur yang hidup sezaman dengan jin pada masa itu.

Mungkin seluruh isi alam bergegar ketika sebelum iblis meminta dipanjangkan umur, lalu semua bangsa jin yang berada di bumi ketika itu ada yang mati disebabkan tidak mampu bertahan dengan gegaran yang sangat kuat. Lalu mati menjadi tulang-tulang. Semua itu berlaku mungkin sebelum iblis meminta dipanjangkan umur dan menjadi ghaib. Tahap keimanan jin-jin yang mati itu pula tidak dapat dipastikan. Ini hanya andaian.

Hanya Allah lebih mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 16:33

Kesimpulan

Darwin mungkin sekali memaksudkan manusia mengikut teorinya itu sebagai bangsa jin yang pernah hidup di bumi ketika zaman dinosaur. Darwin berbuat demikian bagi menjauhkan manusia daripada kenyataan bahawa manusia itu sebenarnya diciptakan dalam keadaan yang cukup sempurna termasuklah dari segi susunan tulang rangka.

Al-Quran menjelaskan pasangan Adam iaitu wanita pertama diciptakan daripada sebahagian dirinya. Adam dijadikan sebagai asas terhadap penciptaan Hawa. Maka apabila Adam dijadikan sebagai asas untuk mencipta Hawa, maka ternyata bahawa sifat (fizikal) Adam sudah cukup sempurna sehingga Allah menciptakan Hawa juga dengan mengambil sebahagian daripada diri Adam sendiri. Sudah tentu Adam sempurna sebagai manusia secara fizikalnya. Lalu, Adam menjadi asas terhadap penciptaan wanita yang ditakdirkan hidup bersamanya di syurga dan bumi.

Kita ambil contoh mudah ini untuk membuat perbandingan. Teknologi klon dibuat dengan mengambil sebahagian daripada produk induk yang sempurna dan lazimnya DNA (deoksiribonukleik asid). Induk dipilih berdasarkan sifatnya yang sempurna supaya dapat menghasilkan klon yang sempurna. Induk yang sempurna juga menjamin penghasilan klon yang sempurna dan peratus kejayaannya juga tinggi. Maka dari contoh mudah itu, bukankah jelas untuk menghasilkan sesuatu daripada produk sesuatu memerlukan induk itu memiliki sifat yang sempurna supaya proses penghasilan klon berjaya?

Bahkan, teknologi klon juga tercipta selepas manusia mengkaji penjelasan kitab-kitab termasuk Quran dan Bible mengenai penciptaan Hawa. Maka, bukankah jelas bahawa Adam juga manusia sempurna yang menjadi asas kepada penciptaan Hawa?

Dengan itu, di mana kredibiliti Darwin dalam mengatakan manusia itu bermula dengan sifat tidak sempurna (asal beruk) dan beransur berubah menjadi sempurna (manusia)? Teknologi klon sendiri menidakkan teori Darwin, walhal teknologi klon itu tercipta selepas para saintis meneliti keterangan dalam kitab-kitab agama. Adam dan pasangannya selaku manusia pertama yang hidup di bumi dan memiliki sifat-sifat sempurna.

Oleh itu, apa maksud Darwin melalui teorinya dan kepada siapa manusia beruk itu dirujuk jika tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada keturunan tuannyaiaitu syaitan dan jin yang pernah menghuni bumi sebelum Adam diciptakan? Tulang rangka beruk itu pula tidak sesempurna seperti manusia, dan sudah tentu ia bukan manusia. Maka, jin itu sifatnya sedikit hampir seperti beruk dan hampir kepada seakan-akan sifat fizikal manusia?

Dari sudut biologi spesies primate, manusia boleh menghasilkan hybrid jika benih sperma dan ovum disatukan sesama spesies menerusi bioteknologi klon. Andai jin juga memiliki sifat fizikal yang hampir sama dengan manusia, maka tidak mustahil juga bangsa itu boleh menghasilkan hybrid jika bersetubuh dengan manusia. Maka siapa pula manusia hybrid itu?


Mohon maaf jika pendapat ini salah. Kita hanya mampu membuat andaian dan ia bukan bermaksud jawapan. - Penulis


END OF negative seven.


Carta tahap: . -7, -6, -5, -4, -3, -2, -1, 0 (tahap 0 adalah tahap paling minima, manakala tahap 1 dan seterusnya pula bukan dalam lingkungan pengetahuan yang mampu dicapai fakulti akal manusia) (Tahap -8, -9, -10 -N sudah anda ikuti dalam subjek-subjek tertentu sebelum ini, tak perlu bertanya kenapa bermula dengan -7)


Sumber:
Quran Kitab Suci
Teori Evolusi Darwin
Bible, Genesis
Discovery Researchers' Note
ShaHi-Umat Terakhir

P/s: Thread ini (kejadian makhluk) hampir selari dengan sumber Fieza Mira http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=528303
cuma penyampaiannya buat saya terkejut MUNGKIN ada konspirasi menutup RAHSIA sebenar dari ketahui umum. (kiv dulu)

Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kpd kajian dan kepintaran otak fikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah.

Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenal Allah dgn sebenar-benarnya, umat islam boleh menguasai ilmu yg lebih tinggi yakni ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah. Peluang teristimewa yg di kurniakan Allah kpd Islam inilah yg sebenarnya meletakkan tahap umat islam kesuatu darjat yg paling tinggi. Kemuliaan yg teragung jika dibandingkan dgn manusia kafir dan kufur.

Sabda Rasulullah: "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah."

Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberi Nya ilmu kpd manusia melalui aqal dan iman, dgn satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu utk berbakti kepada Nya dan utk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya.

Sesungguhnya semua ilmu yg ada pd manusia adalah ilmu Allah semata-mata, sedangkan pd hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah shj yg empunya.

Secara umumnya ilmu Allah terbahagi dlm 3 kelompok yaitu
(a) ilmu Qalam (b) ilmu Ghaib (c) ilmu Syahadah.

Berkaitan dgn ilmu Qalam, Al Quran dlm Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan "Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yg mengajar kamu dgn (ilmu) qalam dan Tuhanmu mengajar kpd manusia apa-apa yg tidak di ketahuinya."

Sedang mengenai ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah diterangkan dalam Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yg bermaksud " Dialah Allah yg tiada tuhan kecuali Dia, Mengetahui yg (ilmu) ghaib dan (ilmu) Syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ilmu Qalam adalah suatu ilmu yg dipelajari oleh manusia bg tujuan utk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut di fahami dan di terima oleh pancaindera kita yg tujuh. Ilmu Qalam diajar di sekolah secara formal atau informal dlm masyarakat . Ia adalah ilmu yg paling sederhana yg dpt dikuasai manusia, contoh : ilmu kedoktoran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ayat-ayatal syifa dan ruqyah (pembinasa Jin?).

Ilmu Ghaib adalah merupakan suatu ilmu yg dpt menerangkan sesuatu yg tidak dpt diterangkan oleh ilmu qalam. Ilmu Ghaib hanya dpt diajar sepenuhnya oleh guru ghaib (batin) dan tidak dpt diajarkan oleh guru zahir.Biasanya guru ghaib ini terdiri dari wali-wali Allah, para nabi dan rasul. Ilmu Ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang2 tertentu shj yaitu orang2 yg di anugerahkan oleh Allah utk menerimanya . Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa shj di antara keduanya. Contoh ilmu ini adalah Silat Gerak seperti Gerak Faqir, Ilmu Pawang dan Ilmu Kebatinan Lam Alif.

Ilmu Syahadah adalah suatu ilmu yg paling tinggi didalam tingkatan pelajaran ilmu Allah yg dapat di kuasai manusia (bukan Masters @ Phd ). Ia merupakan martabat ilmu yg tertinggi. Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kpd Allah swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dgn lain perkataan ilmu syahadah adalah ilmu utk menyatakan diri Allah itu sendiri. Hanya orang2 yg mencapai martabat ilmu ghaib yg paling tinggi shj yg dpt menguasai ilmu syahadah ini.Contoh ilmu ini : syahadat Tokku Paloh

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Ankabuut - Ayat 19)

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt sediakan kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi.


Waallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 01:35 PM | Show all posts
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN

Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.






Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang manusia sebelum kedatangan Nabi Adam as.






(Gambar kiri) Goats Hole Cave, Pavillon, Gower

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goats Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.






Gambar (kanan) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.












Gambar (kiri) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.




Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear.









Loji Nuklear yang Berusia 2 juta Tahun di Oklo, Republik Gabon

Pada tahun 1972 terdapat sebuah penemuan luar biasa yang akan memperkukuhkan lagi kajian wujudnya peradaban masa lalu yang telah melalui era pengunaan nuklear dengan penemuan loji Reaktor Nuklear yang berusia dua juta tahun di Oklo sekitar Republik Gabon. Pada tahun yang sama sebuah perusahaan (Perancis) yang mengimport bahan uranium dari Oklo di Republik Gabon, Afrika untuk diproses. Mereka terkejut dengan penemuan bahawa bahan uranium yang diimport ternyata sudah diproses dan digunakan sebelum ini serta kandungan uraniumnya dengan bahan buangan reaktor nuklear hampir sama. Penemuan ini berhasil menarik para ilmuwan untuk datang ke Oklo bagi suatu penelitian, dari hasil kajian menunjukkan adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan kapasiti kurang lebih 500 ton bahan uranium di enam wilayah, dijangkakan ia dapat menghasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Loji nuklear tersebut terpelihara dengan baik, dengan lay-out yang masuk akal, dan telah beroperasi selama 500 ribu tahun lamanya.


ahli sejarah Islam yang awal seperti al-Masoudi, al-Maqdisi, malah al-Thabari telah pun membahaskan tentang hal ehwal pra sejarah, walaupun tidak dinafikan perbahasan mereka mengalami banyak kesulitan sebab pada zaman itu kemajuan sains dan teknologi untuk mencari jawapan, belum ada. Jika mereka hidup di zaman ini, saya yakin mereka akan memanfaatkan ilmu Biologi untuk tujuan yang sama.

Ulama seawal mereka, sudah pun berusaha untuk mengenal pasti apakah adanya kehidupan manusia atau semi manusia sebelum Adam. Pelbagai tafsiran telah mereka kemukakan dan ini membantu kita untuk berasa lega bahawa Islam memberi ruang untuk soalan-soalan pra sejarah ini dikaji dan jika ada perbahasan di dalam ilmu biologi dan kejuruteraan genetik boleh menjelaskan beberapa perkara, maka janganlah terasa bersalah untuk mempelajarinya.

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. (Qs.Al-An'am: 6)
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 01:46 PM | Show all posts
penatnya baca.. rehat2 jap
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 3-8-2011 14:50

OOPART adalah singkatan dari perkataan  Out of Place Artifact yang bermaksud  artifak-artifak yang tidak sesuai dengan zamannya. Dalam erti kata lain, penemuan artifak-artifak ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dengan teknologi penghasilannya menyebabkan artifak itu dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ia dijumpai.

Bagaimanapun, penemuan  artifak seumpama ini banyak sekali dijumpai dan masih belum dapat dijelaskan sehingga hari ini. Ramai pengkaji mengakui, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya.  Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

OOPART adalah istilah yang diciptakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat yang bernama Ivan T. Sanderson untuk merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada tempat dan zamannya. Jelas Sanderson, kewujudan artifak  seumpama ini dilihat bertentangan dengan sejarah, waktu, dan teori kewujudan.


Sebagai contoh, terdapat dua penemuan arkeologi yang terkenal dikategori sebagai OOPART. Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau Crystal Skull yang merupakan barang tinggalan daripada bangsa Maya di daerah Yacatan, Mexico.

Seperti yang diketahui umum, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini. Namun selepas penemuan Tengkorak Kristal, banyak ahli arkeologi merasakan, terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.

Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan, adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna seperti ini? Lebih-lebih lagi ia dihasilkan daripada batu permata Amesthyst. Persoalannya, sejauh manakah bangsa Maya pada waktu itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia, sedangkan manusia di zaman teknologi pun susah untuk mengukir batu permata ini?


Selain daripada artifak purba Maya, terdapat satu lagi penemuan yang dianggap OOPART. Penemuan yang dimaksudkan adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir Sebelum Masihi (SM). Anehnya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan udara pada zaman kini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain figura yang berkemungkinan wujud pada masa hadapan.

Namun, kemunculan tulisan ini menjadi tanda tanya kerana pesawat yang pertama kali dicipta di bumi adalah berlaku pada abad ke-16. Pesawat ini dicipta oleh dua orang adik beradik,  Orville dan Wilbur Wright.


Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan perkembangan sesuatu tamadun. Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.

Golongan ini berpendapat adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman. Walaupun begitu, istilah ini dilihat berlaku masih diaplikasikan untuk mencari bukti dan teori terhadap teknologi mendahului zaman pada peradaban silam.

Sementara itu, dalam majalah INFINITI pada edisi ke ke-21 lalu, Infiniti telah menceritakan mengenai kewujudan plot-plot zaman yang diterima pakai masyarakat dunia sebagai zaman perkembangan sejarah manusia yang bermula dari zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.

Bagaimanapun, di antara keempat-empat zaman tersebut wujud satu zaman yang  tidak ditonjolkan dan seolah-olah disorokkan dalam lipatan sejarah, iaitu zaman Megalitik atau zaman batu besar.

Pada zaman ini,  wujud teknologi  pembinaan yang cukup luar biasa. Sebagai contoh, Tembok Besar China yang masih kukuh hingga ke hari ini. Mengikut kajian arkeologi, ia dibina sekitar tahun 200 SM. Tembok raksasa ini merupakan monumen terpanjang di dunia. Ukurannya menjangkau 6,400 kilometer (KM) yang bermula dari Shanhaiguan hingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran antara sempadan China dengan Manchuria.

Begitu juga dengan struktur piramid yang dibina oleh masyarakat Mesir yang masih tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan negara moden hari ini. Monumen ini dianggap sebagai binaan batu yang paling besar di dunia. Mengikut kajian arkeologi, struktur binaan kuno ini
dibina oleh 240,000 orang hamba abdi.

Difahamkan,pada musim banjir, 4,000 blok dibawa menyeberangi Sungai Nil, diheret di atas tanjak ke dataran Giza dan diletakkan di bahagian teras. Batuan ini kemudian diletakkan dengan cermat di tempat sepatutnya sehingga ruang di antara batu terlalu kecil untuk memuatkan sebarang objek, walaupun sehelai kertas.

Selain kecanggihan teknologi pembinaan kuno yang melangkaui zaman, masyarakat purba juga maju dalam ilmu sains. Masyarakat Mesir misalnya telah melakukan pembedahan otak sekitar tahun 3,000 SM. Ia dilakukan dengan menggunakan teknik-teknik yang sangat profesional seperti pemotongan kulit dan tengkorak yang begitu kemas sehingga pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan.

Begitu juga dengan ilmu sains masyarakat Sumeria. Mengikut kajian arkeologi, masyarakat ini sudah memiliki sistem angka sendiri dan mencipta matematik berdasarkan nombor 60 sejak tahun 5,000 SM. Menariknya, sistem itu masih memainkan peranan penting sehingga ke hari ini. Antaranya, 60 minit dalam sejam, seminit ada 60 saat dan 360 darjah dalam satu bulatan penuh.

Sumber

Sebuah legenda telah diceritakan secara turun temurun di Amerika Tengah. Baik suku Maya dan suku Aztec percaya bahwa dunia telah dihancurkan sebanyak 4 kali dan yang kita tempati sekarang adalah dibawah Generasi ke 5. Raksasa (dinasor) hidup dibawah Generasi pertama, dunia mereka telah dihancurkan oleh air. Generasi kedua menyaksikan naga dari udara menghancurkan dunia dan orang-orang diubah menjadi kera, hanya seorang pemuda dan seorang wanita yang diselamatkan. Generasi ketiga telah dihancurkan oleh api syurga (meteor), manusia pada masa itu hanya makan buah-buahan

Pada masa Generasi ke 4, manusia telah mati karena kelaparan, yang diikuti dengan banjir api dan darah. Diperkirakan akhir dari Generasi dunia ke 5 telah tiba kerana Bumi telah bergetar (kemungkinan akan terjadinya pembalikan kutub magnet Bumi). Kemudian semua kehidupan akan lenyap. (kiamat)


Word Count
Count Character
BB code Playground
Cool HTML to BBCode Converter
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 02:36

[size=100%]Penggalian Manusia Purba
[size=100%]  [size=100%]Darimanakah manusia berasal?? Suku Maori (suku asli Selandia Baru)  menganggap dahulu langit dan bumi menyatu. Semesta diselimuti gelap  gulita. Manusia adalah hasil dari pemisahan langit dan bumi karena ulah  putra bumi dan langit yang menginginkan cahaya dan mengerahkan  kekuatannya untuk memisahkan ayah dan ibunya. Sehingga manusia yang  tadinya berada di dalam kegelapan mulai terlihat. Sementara dalam  dongeng Jerman, dewa langit dan dewa lainnya suatu hari sedang  berjalan-jalan di tepi pantai. Pada suatu gundukan pasir mereka melihat  dua buah pohon dan merubahnya menjadi manusia.

   [size=100%]Lalu  ketika zaman berganti, muncul pula Darwin dengan teori evolusi yang  mengatakan manusia berasal dari kera. Teori ini perlahan mulai diterima  manusia. Banyak orang berpendapat manusia adalah hasil dari suatu  perubahan genetik selama berjuta-juta tahun dari suatu sosok makhluk  hidup yang bernama kera.

[size=100%]Namun  sama halnya dengan dongeng-dongeng yang diceritakan pada awal kisah  tadi, orang-orang mulai bertanya, darimanakah atau dimanakah tepatnya  awal dari proses evolusi itu terjadi?

[size=100%]Manusia dari Eropa..?  

<-[size=100%] Pilot Chesley
[size=100%]Di  abad-abad terakhir ini, orang beranggapan, benua Eropa adalah tempat  berasalnya manusia. Hal ini bukannya tidak beralasan. Di eropa bagian  barat banyak ditemui tempat-tempat peninggalan prasejarah. Di kurun  waktu 1823 hingga 1925 ada sekitar 116 peristiwa penemuan tulang  belulang manusia purba. Di antaranya ada ditemukan tulang kera yang  berubah menuju bentuk manusia. Namun tetap aja, itu tulang-tulang kera.  Sementara sisa-sisa zaman batu (telah melewati masa evolusi), kurang  lebih ada 236 peristiwa penemuan di seluruh Eropa.

[size=100%]  Lalu di Prancis pada tahun 1856, ditemukan fosil manusia kera. Fosil  itu dianggap sebagai fosil terlama yang ditemukan di masa itu.  Maklumlah, saat itu riset yang dilakukan di Asia dan Afrika belum  memberikan hasil yang maksimal. Jadi, bisa disimpulkan, Eropa lah tempat  awal terjadinya proses evolusi itu. Apalagi para ilmuwan di Eropa saat  itu tampaknya lebih memilih tempat tinggalnya sebagai tempat asal muasal  manusia dan mengenyampingkan kemungkinan-kemungkinan geografis benua  lain yang mungkin lebih unggul seperti Asia dan Afrika.

[size=100%] [size=100%] Eugene Dubois (gambar kanan hitam/putih)
[size=100%]Namun  pada akhir abad 19, seorang berkebangsaan Belanda bernama Eugene Dubois  (1858-1940), berhasil menghadirkan penemuan yang luarbiasa di sini, di  Indonesia. Eugene dan penemuannya adalah orang yang pertamakali  menentang teori manusia pertama berasal dari Eropa.

[size=100%]Eugene  Dubois adalah seorang dokter penganut setia teori evolusi milik Darwin.  Dokter muda ini memiliki semangat luarbiasa hingga mampu menutupi  (lebih tepatnya menemukan) kekosongan proses evolusi antara kera ke  manusia. Ia percaya di Asia pasti ditemukan fosil yang lebih tua dari  eropa.

[size=100%]  Pada tahun 1887 dengan hati yang menggebu-gebu dokter Belanda ini  datang ke pulau Jawa. Eugene bekerja pada sebuah rumah sakit. Pada waktu  senggang ia tak segan-segan merogoh koceknya untuk menyewa 50 orang  tahanan pribumi dan bersama-sama berjalan menyusuri tepi kiri dan kanan  Bengawan Solo sambil meneliti lokasi potensial yang mungkin menyimpan  tulang belulang manusia purba.

[size=100%]  Siapa menyangka, pekerjaan yang nyaris tak mungkin itu membuahkan  hasil. Dokter muda yang basicnya bukan seorang arkeolog ini, mendapatkan  hasil yang menggemparkan dunia. Suatu hari di tahun 1890 di suatu  lokasi di sekitar Bengawan Solo (daerah Sangiran), Eugene dan  teman-temannya menemukan sepotong kerangka rahang atau geraham manusia  purbakala.

[size=100%]  Kemudian setahun berikutnya (1891) di kampung Trinil-Solo, mereka  kembali menemukan batok kepala atau tengkorak manusia purbakala yang  mencirikan kera. Selanjutnya di tahun 1892, kelompok Eugene menemukan  tulang kaki manusia purba yang mirip kaki manusia modern. Dari bentuk  tulang kaki itu, bisa disimpulkan pemilik tulang tersebut sudah bisa  berjalan dengan kedua kakinya.

[size=100%]  Setelah penemuan-penemuan itu Eugene mengambil kesimpulan, tengkorak  atau batok kepala dan kaki itu adalah milik satu orang yang sama. Dan  orang itu adalah nenek moyang dari manusia yang ada sekarang. Dengan  kata lain, tulang belulang dari pertengahan mata rantai teori evolusi  milik Darwin.

[size=100%]  Pada tahun 1894 Eugene Dubois membuat semacam makalah yang berisi  laporan hasil penelitiannya. Ia menamakan fosil itu sebagai manusia  kera yang berdiri atau manusia Jawa. Belakangan, dunia arkeolog  menyebutnya dengan Pithecanthropus Erectus. Setelah penemuan itu  dipublikasikan, timbullah pertentangan yang hebat di kalangan para  ilmuwan di masa itu. Teori manusia berasal dari daratan Eropa yang  selama ini membuai para ilmuwan, seakan terbantah oleh penemuan yang  luarbiasa dari Eugene Dubois.

[size=100%]  Para ilmuwan yang mendukung teori manusia dari Eropa dibuat gelisah dan  tak bisa duduk dengan tenang. Mereka pun menyatakan tidak percaya  dengan penemuan Eugene dan mencurigainya. Beberapa di antara para  ilmuwan malah berasumsi bahwa fosil yang ditemukan Eugene di Indonesia  adalah sepotong tulang dari kera atau hewan sejenis. Sedangkan yang  lainnya menganggap fosil itu adalah tulang belulang manusia cacat.  Sayangnya, selain manusia Jawa temuan Eugene, tidak ada penemuan lain di  benua Asia maupun benua Afrika. Akibatnya, di tengah kerasnya bantahan  para ilmuwan Eropa, laporan Eugene lenyap. Sehingga teori yang  dilontarkan Eugene hilang selama kurang lebih 30 tahun lebih.

[size=100%]
[size=100%]
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:37 AM | Show all posts
[size=100%]Namun ternyata waktu juga yang berhasil menghalau kabut yang menutupi  kebenaran teori Eugene. Seiring memasuki abad 20, makin banyak terjadi  penemuan fosil manusia purba di sekitar kawasan tempat Eugene Dubois  melakukan penggalian. Akhirnya, teori yang menyatakan manusia berasal  dari Eropa, hanya tinggal cerita dongeng saja. Manusia Jawa yang  diperkirakan hidup antara 700.000 hingga 1.200.000 tahun lalu, akhirnya  diakui sebagai penemuan manusia purba yang berusia paling tua. Jerih  payah Eugene Dubois dinilai sangat bermanfaat bagi perkembangan ilmu  Arkeologi. Namanya serta penemuannya yang spektakuler, dicantumkan dalam  buku sejarah.

[size=100%]  Mungkin dalam dunia scient, orang beranggapan Afrika adalah daratan  yang tertua. Namun penemuan Eugene dan teman-temannya di Indonesia,  layak dihormati. Lagipula, belum ada penemuan sekaliber Eugene Dubois di  Afrika hingga saat ini.

[size=100%] (berbagai sumber)

[size=100%]Sangiran, Gudang Fosil Purbakala Kelas Dunia  
[size=100%] Sangiran, Surga Arkeologi
[size=100%]  Sangiran adalah situs warisan dunia. Tidak ada yang dapat menyangkal  hal itu. Di mata orang awam, Sangiran memang tidak sekondang Borobudur.  Sebab utamanya berpulang ke daya tarik visual. Orang yang Borobudur  sudah memenuhi benaknya dengan bayangan hal-hal aneh, megah atau  menakjubkan. Sesampai di tujuan yang mereka lihat mungkin berbeda namun  tidak berselisih jauh dari bayangan.

[size=100%]  Calon pengunjung Sangiran dengan isi kepala serupa pasti akan kecewa.  Peminat kepurbakalaan (utamanya pelajar-mahasiswa) pun kerap melihat  situs yang namanya perkasa di peta evolusi ini lebih ramai cerita  ketimbang pentasnya. Namun, tak dapat dipungkiri, tempat ini adalah  gudangnya fosil purbakala sejak penemuan Eugene Dubois. Temuan fosil di  situs Sangiran memiliki arti signifikan dalam perkembangan ilmu  pengetahuan.

[size=100%]  Tapi jangan lupa, khususnya bagi Indonesia, ilmu yang membahas  fosil-fosil itu kurang populer. Untuk mudahnya, bukan ilmu yang bisa  (langsung) menghasilkan uang. Mayoritas dari kita, diakui atau tidak,  bersekolah untuk mendapat pekerjaan, demi mengasapi dapur dan  syukur-syukur bisa mengubah nasib. Bidang studi yang dijubeli calon  mahasiswa hingga hari ini belum bergeser dari teknik, kedokteran,  ekonomi dan hukum. Akibatnya apresiasi bagi situs Sangiran hanya  sekadarnya.

[size=100%]  Sangiran terletak 20-an km di utara Solo. Cara termudah untuk  mengunjungi museum Sangiran adalah dengan naik sepeda motor. Bila  memakai angkutan umum, dari terminal Tirtonadi, Solo, orang bisa naik  bis jurusan Purwodadi (bis besar) atau Gemolong (bis 3/4). Bilang pada  awak bis untuk turun di Kalijambe, di pertigaan ke Sangiran. Dari  pertigaan ke museum dengan ojek.

[size=100%]  Museum Sangiran dilengkapi dengan gedung pertunjukkan. Bila kuota  peminat tercukupi, VCD The Foot Print of Fore Fathers akan diputar.  Tayangan berdurasi 20 menit itu padat informasi. Pembentukan kubah  Sangiran karena aktivitas Gunung Lawu purba, pelapukan karena hujan,  terkelupasnya lapisan tanah, tereksposnya fosil, muncul berturut-turut  di layar.

[size=100%]  Di bagian kedua ada episode keluarga Pithecanthropus memburu Stegodon  Trigonochepalus (gajah purba berkepala bentuk segitiga). Antara nonton  VCD dan kunjungan ke museum mestinya satu paket. Urutannya pun tak boleh  di balik. Menikmati VCD di sini untuk mengasah apresiasi. Setelah itu,  sembari mengamati fosil-fosil di balik etalase, imajinasi akan lebih  hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 15:10



Kes pertama UFO direkodkan terjadi ke atas Kenneth Arnold, bekas tentera udara Amerika Syarikat. Semasa memandu pesawat ringan di Pergunungan Raineer dia terserempak dengan sebuah objek berkilat. Laporan yang dibuat ekoran kejadian itu merupakan penemuan yang penting dalam kajian UFOlogy.Satu kes yang paling penting dalam kajian UFO ialah misteri UFO terhempas di Roswell, New Mexico sehinggakan Pegawai Pemerintah Penempatan Tentera di Roswell ketika itu mengarahkan pegawainya mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyebut tentang sebuah kapal angkasa makhluk telah terhempas.

Dalam tahun 1992 adalah dikatakan 10,000 kes UFO dilaporkan di selurub dunia. Apakah benar ke datangan mereka itu untuk menakluki bumi Seperti yang digambarkan dalam cerita-cerita Hollywood? Erich Von Daniken dalam bukunya "Chariots of The Gods?" berpendapat makhluk-makhluk asing ini sebenarnya telah melawat bumi sejak zaman purba lagi. Beliau memberi contoh hasil lukisan-lukisan yang terentang di Padang Pasir Nazca, Peru.

Von Daniken berpendapat lukisan itu terhasil dengan bantuan makhluk asing menunjukkan tempat pendaratan kapal-kapal angkasa mereka. Penulis itu juga berpendapat manusia banyak mengetahui dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada makhluk asing.Atas sebab itulah setengah tamadun awal manusia mempunyal ciptaan-ciptaan yang aneh dan begitu menakjubkan sekali.

Misalnya bateri purbakala yang masih tersimpan di Muzium Iraq merupakan satu ciptaan yang sudah tentu dibantu oleh tangan-tangan luar.Begitu juga pembuatan kristal dan ilmu-ilmu matematik orang Assyria. Von Daniken ber- kata ciptaan-ciptaan itu menunjukkan adanya manusia dari planet lain yang melakukan pemindahan teknologi. Menurut Erich keadaan inilah yang telah dilalui oleh manusia purbakala apabila berhadapan dengan "angkasawan" yang telah turun ke bumi ketika bumi masih berada dalam zaman pra-sejarab.

Kejadian melihat UFO bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Buku "Greatest UFO Mysteries" ter- bitan Orbis Publications menyenaraikan kejadian kes-kes UFO yang terkenal telah mencatatkan satu kejadian di Kelang di mana dua buah piring terbang telah menghalakan sejenis pancaran ke sebuab kilang yang mengakibatkan kebakaran. PADA Oktober 1999, penduduk Tanjung Sepat gempar kerana menyaksikan objek UFO. Kejadian terlihatnya cahaya yang berlegar di ruang udara atau UFO atau piring terbang bukan sesuatu yang baru kerana banyak kes yang berkaitan dengan UFO telah terjadi di negara ini.

Sebelas tahun dahulu sekitar 1984 telah dilaporkan suatu objek terbang yang tidak dikenali dikawasan Hulu Langat. Pada 1987 di Mentakab, Pahang objek piring terbang yang dikatakan sebesar sebuah kereta dikatakan telah dilihat oleh sekumpulan guru dan murid.

Pada 1991 di Pontian beberapa orang pemain kompang cuba mendekati piring terbang yang dikatakan telab mendarat, tetapi piring terbang itu terbang apabila dihampiri. The Malay Mail bertarikh 21 dan 24 April 1993 telan memuatkan berita mengenai terlihatnya UFO di kawasan Bangsar dan Ampang. Di dalam buku "Pelawat Dari Angkasa" menceritakan kejadian yang berlaku ke atas seorang pelajar yang ditembak oleh makhluk kenit yang datang menaiki piring terbang sebesar dulang. Kejadian itu berlaku di Tronoh, Perak pada 1974.

Anda Pasti Tertanya-Tanya Macam Mana Kewujudannya,Siapakah mereka? Apakah mereka mempunyai teknologi dan dimana pesawat UFO dibina?Dari mana mereka datang? Bermacam-Macam Persoalan Yang Bermain Di Fikiran Anda Yang Sehingga Kini Masih Belum Terjawab .


Menurut mangsa-mangsa yang diculik oleh makhluk asing menjelaskan terdapat berbagai jenis dan bentuk pesawat.Maklumat yang didapati menjelaskan terdapat 4 kategori makhluk asing :-

1. Greys  2. Reptilia 3. Nordies 4. Hybrid


a) Greys

Makhluk ini bertubuh kecil dengan warna badan kelabu.Mereka merupakan makhluk kelas pekerja dan mempunyai kepakaran didalam bidang teknikal.Mata mereka hitam dan besar sering kali dijumpai manusia kerana mereka banyak melakukan kerja-kerja penculikan dan melakukan bedah siasat ke atas tubuh badan manusia.Selain dari itu pesawat mereka terhempas di ROSWELL dan sejak dari itu mereka melakukan hubungan ketenteraan secara rahsia dengan pihak tentera Amerika.Makhluk greys mirip dengan serangga belalang dan terkenal dengan panggilan Alien Workshop.

b) Reptilian atau Reptoid

Makhluk ini berbadan sebesar manusia tetapi lebih tegap dan tanpan.Mulut mereka lebih besar dari manusia bersisik seperti ular,berwarna hijau dan diantara mereka ada yang mempunyai sayap.Yang bersayap merupakan jenis Draco atau naga yang tidak bersayap lebih mirip jenis ular.Dari maklumat didapati makhluk greys ini berkerja untuk makhluk jenis Reptoid.

c) Nordies

Makhluk ini paling mirip dengan manusia dari segi bentuk badan ,wajah tetapi bentuk badan agak besar,tanpan dan rambut mereka berwarna putih,mata berwarna biru sering kali menggunakan bahasa skandinavia.Beberapa saksi yang pernah diculik menjelaskan mereka juga pernah melihat manusia selain makhluk greys.Maklumat yang didapati makhluk Nordic ini berkerja untuk makhluk greys dan ketua mereka adalah kumpulan dari makhluk Reptoid.
d) Hybrid dan Chupacabra

Makhluk ini hasil daripada gabungan genetik antara makhluk asing dengan manusia.Bentuk makhluk ini belum cukup sempurna seperti manusia.Wajah mereka seperti budak kecil,berambut dan ada juga yang tidak berambut.Kepala mereka lebih besar jika dibandingkan dengan manusia.Kulit mereka pucat dan bermata seperti makhluk greys.Selain daripada itu makhluk seperti Chupacabra juga gabungan genetik supaya mereka ini dapat tinggal bersama-sama di alam manusia.

Siapakah makhluk-makhluk asing ini? Dari manakah mereka datang? Apakah tujuan mereka ke mari? Ianya masih menjadi misteri yang tidak terjawab.

Dalam mempelajari masalah UFO ,saya sebenarnya lebih suka menekankan unsur SIAPA DI SEBALIK UFO bukan APA ITU UFO.USO (Objek dari lautan) dan UFO ini merupakan suatu objek terbang yang tak dikenali dari mana datangnya.

Bagi membincang masalah UFO atau USO tidaklah mudah,kerana ia merupakan satu maklumat rahsia bagi setengah pihak.Mengapakah ia adalah RAHSIA?kerana objek ini terlalu sulit untuk dihuraikan secara terperinci sebab objek ini tidak ada di depan mata atau diminta hadir didepan anda.Banyak laporan mengenai UFO atau makhluk asing sering diragukan disebabkan bukti yang tidak lengkap.Peristiwa yang terjadi di ROSWELL pada tahun 1947 dimana sebuah pesawat UFO terhempas dan terdapat 4 makhluk asing yang dijumpai (3 mati dan 1 masih hidup).Mayat makhluk asing yang mati tadi dibawa ke satu tempat rahsia untuk dibedah siasat.

Bukti dan maklumat ini telah di musnah oleh pihak tentera Amerika supaya maklumat tersebut tidak sampai kepada pihak pemberita dan masyarakat.Setelah itu mereka mengeluarkan fakta bahawa objek yang terhempas tadi bukanlah UFO tetapi belon udara (SKYHOOK).Berita ini telah mengejukkan masyarakat ketika itu kerana pada waktu itu terdapat beberapa orang yang mempunyai bukti melihat dan menjumpai serpihan pesawat UFO tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:08 PM | Show all posts


SIAPA DI SEBALIK UFO boleh dibahagi kepada :-


a) Mungkinkah UFO ini datangnya dari bumi

Bukti menyatakan UFO ini dari bumi amat susah untuk dipercayai kerana peristiwa UFO bukanlah baru dijumpai tetapi sejak sekian lama sebelum manusia dapat berjaya membuat pesawat terbang lagi.Pesawat yang sering dilihat mempunyai teknologi yang tinggi dimana manusia belum mampu membinanya.Tidak ada bukti yang jelas menyata pesawat UFO ini berasal dari bumi.

b) Mungkinkah UFO berasal dari angkasa lepas

Penjelasan mengenai UFO berasal dari angkasa lepas adalah bukti yang amat jelas.Tetapi terdapat beberapa fakta perkara yang masih kabur mengenai kedatangan mereka dari angkasa lepas.

1. Radar pengesan pesawat belum pernah dapat menjejaki pesawat yang masuk di dalam atmosfira bumi

2. Galaksi Alpha Centauri yang berjarak 4.3 tahun cahaya tidak ada pesawat dari bumi yang dapat menghampiri galaksi tersebut atau pesawat dari galaksi tersebut yang kecepatan cahaya pun tidak dapat mencapai kelajuan untuk menghampiri bumi.Jika mereka dapat menempuhi sekali pun mereka tetap memakan masa yang terlalu lama.

3. Fenomena UFO tidak mengikut hukum alam graviti dan aerodinamik.

c) Mungkin UFO adalah dari bangsa Jin

Apakah Jin menpunyai teknologi?Dapatkah tamadun bangsa Jin ini diterima oleh akal manusia pada masa kini.Fakta ini juga dapat diterima kerana bangsa Jin sebenarnya hidup dialam ini berlandaskan dari kitab Al Quran.Fenomena jin ini ternyata jelas kerana mempunyai persamaan dengan cara dan tingkah laku yang dilakukan oleh makhluk asing yang menculik manusia.Fenomena UFO sering juga berlaku dimana pesawat-pesawat hilang tiba-tiba dan muncul tiba-tiba ini berdasar penelitian dan pengalaman mereka yang telah memasuki dimensi UFO.Mungkin mereka dari bangsa Jin yang telah diceritakan didalam buku DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA oleh Muhammad Isa Dawud.

d) Mungkin UFO adalah berasal dari tamadun yang musnah

Peninggalan runtuhan bangunan dan tamadun lalu membuktikan bahawa manusia dahulu lebih maju daripada manusia yang berada pada hari ini.Ini berdasarkan pembinaan piramid di seluruh mukabumi ini dan lukisan-lukisan yang menunjukkan bukti bahawa adanya kemajuan dimasa lalu.Sejarah telah membuktikan terdapat beberapa negara yang telah maju ketika lalu seperti Lemuria,mu dan atlantis tetapi telah musnah disebabkan gempabumi yang dahsyat.Apakah mereka TELAH kembali ke dunia untuk kali kedua?

UFO dizaman Nabi Muhammad!! Apakah itu UFO?

Kisah ini berlaku ke atas Usaid Bin Hudhair yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di dalam buku Sosok Para Sahabat Nabi halaman 145,146 dan buku Kisah Sahabat Nabi 1

Perkara ini disebut berulang-ulang dibaca oleh Usaid ketika ia membaca kuda itu pun gusar dan lari bila Usaid diam tidak membaca kuda itu kembali,lalu Usaid membangunkan anaknya kerana takut nanti anaknya terpijak oleh kuda tersebut.Dalam keadaan Usaid membangunkan anaknya yang bernama yahya itu dia mendongak ke arah langit,alangkah terkejutnya beliau melihat sebuah objek bulat seperti payung sedang berada diatasnya ,beliau belum pernah melihat objek sedemikian indah dan ditepinya ada cahaya berkelipan bagaikan lampu yang sedang bergantung.Sewaktu itu daerah tersebut cerah bercahaya akhirnya objek tersebut perlahan-lahan tinggi dan hilang dari pandangan mata Usaid tetapi sayang hanya Usaid yang melihat objek tersebut.Setelah waktu pagi tiba dia menghadap Rasulullah s.a.w untuk mengisahkan pengalamanya lalu Rasulullah bersabda Seandainya engkau meneruskan bacaanmu,tentu orang-orang akan melihat keajaiban tersebut









UFO Cloud Formation in Romania


A flying saucer-shaped cloud has been spotted in the skies above Romania C just weeks after a similarly striking formation appeared over Moscow. If viewed from a distance the disc cloud, which is outlined by a ring of sunlight, appears to resemble an alien craft.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 05:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 17:41

Unidentified flying object (UFO) dalam Al-Quran

Ada dua macam kendaraan yang pada umumnya dipakai manusia dalam sejarah hidupnya di dunia kini yaitu : yang memakai tenaga menolak untuk maju seperti hewan, mobil, kapal laut atau kapal udara: Yang lainnya memakai tenaga lenting atau centrifugal seperti pesawat piring terbang. Kedua macam kendaraan ini oleh ayat 43/12 disebutkan dengan benda terapung dan ternak. Yang dimaksud dengan ternak ialah kuda, unta, keledai. dan sebagainya. Dan benda terapung ialah segala macam kendaraan yang diwujudkan oleh teknologi manusia termasuk dalamnya piring terbang.

Khusus mengenai piring terbang, oleh ayat 16/8 disebut kendaraan yang tidak diketahui manusia dalam waktu ribuan tahun, dan oleh ayat 43/12 disebut setiapnya berpasangan yaitu bahagian positif dan bahagian negatif dari piring terbang itu. Karena ayat 43/12 ini membicarakan kendaraan maka tentunya istilah "berpasangan" itu adalah kendaraan juga dan kendaraan itu tidak lain daripada piring terbang dengan bahagian positif dan bahagian negatifnya.


وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً وَيَخْلُقُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
16/8. Dan kuda dan bigal dan keledai itu adalah untuk kamu kendarai dan selaku perhiasan dan DIA menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.

Ayat 16/8 ini menerangkan soal kendaraan yang biasanya dipakai oleh manusia, tentunya hal yang belum diketahui itu adalah kendaraan juga. Kalau kuda dan keledai adalah kendaraan berupa tenaga pembawa dan penarik maka keadaannya sama dengan mobil dan kapal terbang selaku pembawa dan penarik.

Baik kuda dan keledai maupun mobil dan kapal terbang sama memakai tenaga tolak ke belakang untuk maju ke muka, dari itulah kedua macam kendaraan itu sama pada prinsipnya. Jadi apakah kendaraan yang belum diketahui manusia sebagai tersebut pada ayat 16/8 itu ? Hal ini dijawab sendiri oleh Alquran :

وَالَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الْفُلْكِ وَالْأَنْعَامِ مَا تَرْكَبُونَ
43/12. Dan DIAlah yang menciptakan setiapnya berpasangan. Dan DIA jadikan
untuk kamu yang kamu kendarai dari benda terapung (fulku) dan ternak.

لِتَسْتَوُوا عَلَى ظُهُورِهِ ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا
اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
43/13. Agar kamu berada di atas punggungnya, kemudian kamu akan memikirkan nikmat Tuhanmu ketika kamu berada di atasnya dan kamu katakan: "Maha Suci DIA yang mengedarkan ini untuk kami dan tidaklah kami satu generasi padanya.


وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
43/14. Dan bahwa kami adalah orang-orang kembali pada Tuhan kamu.


Kalau orang membaca susunan Ayat Suci ini sepintas lalu maka tidaklah akan didapatinya sesuatu yang aneh dan baru, tetapi hendaklah dia menyedari tidak satu pun ayat Alquran itu yang percuma atau lambang-lambangan malah semuanya berupa unsur-unsur yang berkaitan untuk terwujudnya pengertian ilmiah. Dengan memahami susunan Ayat Suci di atas ini maka "benda terapung" yang tercantum padanya adalah kendaraan yang belum diketahui tersebut pada ayat 16/8. Susunan Ayat Suci itu biarlah kila analisakan di belakang, kini marilah kita masuki persoalan yang nantinya jadi bahan dalam penganalisaan itu.

Alquran sering sekali menjelaskan persoalan rotasi dan orbit benda-benda angkasa. Dia berupa dorongan bagi setiap orang agar memperhatikan kenapa Bumi ini berputar di sumbunya, kenapa planet ini bersama planet lain beredar keliling Surya yang juga berputar di sumbunya. Semua globe itu tidak bertiang sebagai kelihatan, tidak bertali dan tiada tempat bergantung. Semuanya bergerak dalam keadaan bebas terapung. Hanya Rawasialah yang menyebahkan setiap globe itu berbentuk bulat. Rawasialah yang memutar planet itu di sumbunya sembari membawanya berkeliling Surya: Sungguh Rawasia itu adalah wujud penting dan sesuatu yang harus diselidiki secara lebih mendalam oleh para teknologi. Dengan mengetahui keadaan Rawasia setiap planet itulah maka dulunya Nabi Ibrahim dapat mengalahkan satu kerajaan besar yang memusuhinya.

Bumi yang beratnya sekira 600 trillion ton tidak jatuh pada Surya karena daya lantingnya (centrifugal) dalam mengorbit, sebaliknya dia tidak terlanting jauh keluar garis orbitnya ditahan oleh daya jatuhnya (gravity) pada Surya sebagai pusat orbit. Daya lanting Bumi dan daya jatuhnya sama besar disebut orang dengan Equillibrium, karena itu sampai kini Bumi yang kita diami senantiasa berputar dan beredar keliling Surya. Kini kita misalkan saja: bagaimana kalau daya lantingnya dipakai sedangkan daya jatuhnya ditiadakan? Waktu itu praktis Bumi ini akan melayang jauh meninggalkan Surya. Jadi tenaga centrifugal demikian dapat dipakai untuk terbang jauh jika tenaga gravity dihilangkan. Akhirnya kita terbentur kepada: bagaimana cara menghilangkan daya jatuh itu?

Suatu cara ialah dengan memutar bahagian pesawat secara horizontal. Bila putaran itu semakin cepat akan semakin besarlah daya centrifugal dan semakin kecillah daya gravity, akhirnya daya jatuh ini akan hilang sama sekali dan mulailah pesawat terangkat dengan mudah tanpa pengaruh tarikan Bumi. Tentu orang akan heran: bagaimana pula pesawat dapat berputar terus tanpa tumpuan? Dari itulah kita namakan pesawat itu dengan Shuttling System yaitu pesawat berupa piring dempet yang di tengahnya tempat penompang :

A. Bahagian Atas, kita namakan Positif berputar ke kanan, semakin ke pinggir massanya lebih tebal dan berat.

B. Bahagian Bawah, kita namakan Negatif, berputar ke kiri, semakin ke pinggir massanya lebih tebal dan berat.

C. Bahagian Tengah, kita namakan Neutral, tempat awak pesawat serta perlengkapan dan mesin yang memutar Positif dan Negatif sekaligus.

Praktis pesawat akan terangkat ditambah dengan ledakan seperlunya untuk tenaga pembelok dan untuk penambahan kecepatan sewaktu berada di angkasa tanpa bobot. Walau bagaimanapun konstruksi pesawat itu nantinya, kita serahkan kepada para sarjana, tetapi kita yakin nantinya akan terwujud sebagai pesawat kebal peluru dan tak memerlukan landasan tertentu karena dia dapat berdiri diam di angkasa dan yang lebih hebat lagi ialah bahwa pesawat itu tentunya water proof yang kalau perlu dia dapat langsung masuk lautan dan keluar lagi menurut semuanya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 05:38 PM | Show all posts
Pernah kita sebutkan bahwa kendaraan manusia kini sudah kolot atau usang karena sistem yang dipakainya telah berlaku selama ribuan tahun, semuanya memakai prinsip menolak ke belakang untuk ke muka dan menolak ke bawah untuk naik ke atas. Setelah manusia sanggup memakai daya centrifugal berupa piring terbang barulah manusia itu memulai kendaraan modern. Jadi masa terwujudnya piring terbang adalah batas antara kekolotan dan kemodernan peradaban manusia. Batas ini disebut oleh 43/13 dengan kiasan bahwa sarjana yang mulai mendapatkan piring terbang mengatakan . Waktu itu manusia baru memulai hidup dalam generasi lain yaitu generasi pesawat itu tidaklah segenerasi dengannya modern.

Dalam peradaban modern dimana manusia umumnya memakai piring terbang sebagai kendaraan, akan banyak sekali perubahan dalam kehidupan baik di bidang kebendaan maupun di bidang kejiwaan. Di bidang kebendaan akan berlaku perobahan dalam kehidupan seperti: Orang tidak lagi membutu*kan jalan raya dan rel kereta api yang sangat banyak menghabiskan tenaga tempat benda dan waktu. Orang akan mempergunakan daerah itu untuk tempat kediaman atau untuk kebutu*an lainnya: Orang akan memindahkan perhatiannya kepada lautan sebagai sumber makanan karena lautan itu memang sangat luas di mana terkandung berbagai bahan untuk keperluan hidup, dan daratan sebahagian besar akan dijadikan orang untuk tempat tinggal; Orang akan melakukan penerbangan antar planet secara normal waktu mana Jupiter atau Saturnus dan planet yang lebih besar lainnya akan menjadi sasaran dalam perekonomian dan politik.

Di bidang kejiwaan akan berlaku perubahan dalam kehidupan seperti : Orang akan menyadari bahwa alam semesta ini memang diciptakan untuk kebutu*an hidup manusia oteh Alkhaliq yang ESA: Orang akan menyadari bahwa agama yang diturunkan oleh Alkhaliq itu hanyalah agama Tauhid yang sama sebagai yang dikatakan oleh ayat 3/83; Orang akan menyadari bahwa agama Tauhid yang diturunkan Alkhaliq itu mengandung hukum yang sesuai dengan kejadian dan naluri yang terdapat di semesta raya dan pada diri manusia sendiri, dan bahwa menolak agama itu berarti merugikan diri sendiri, 41/53.

أَفَغَيْرَ دِينِ اللّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعاً وَكَرْهاً وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
3/83. Apakah mereka hendak mencari selain agama Allah, padahal telah Islam untukNYA orang-orang di planet-planet dan di Bumi ini secara patuh dan terpaksa, dan kepadaNYA mereka akan dikembalikan.

Sewaktu telah terlaksana penerbangan antar planet dengan memakai pesawat piring terbang akan terjadilah peradaban modern dan sadarlah manusia bahwa ajaran hidup yang mereka anut selama ini ternyata keliru karena mereka kebanyakan menerimanya secara tradisionil tanpa koreksi seksama; Akan kembalilah mereka kepada ajaran Tauhid selaku agama yang diredhai Allah. Hal ini dinyatakan dalam ayat 43/14 bahwa para sarjana waktu itu akan mengakui kekeliruan pendapatnya dan merobah agamanya menurut ajaran hidup yang diturunkan Allah. Dalam Ayat Suci lain hal itu diterangkan secara tegas sekali, setiap orang yang membacanya akan sependapat dengan analisa yang telah kita kemukakan tadi. Arti Ayat Suci itu sebapi berikut :

وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَاباً مِّنَ السَّمَاءِ فَظَلُّواْ فِيهِ يَعْرُجُونَ
15/14. Dan kalau Kami bukakan di atas mereka pintu atmosfir maka mereka beriringan naik padanya.

لَقَالُواْ إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَّسْحُورُونَ
15/15. Mereka akan mengatakan: "bahwasanya telah terpesona pemandangan kami (selama ini) malah kami adalah kaum yang disihiri (oleh tradisi).


Ayat Suci terakhir ini menerangkan bahwa setelah berlakunya penerbangan antar planet yang memang waktunya ditentukan oleh Allah, maka para sarjana yang tidak menganut agama Alquran akan menyadari kekeliruan yang dilakukannya selama ini. Mereka akan menyadari bahwa mereka telah disihir oleh paham tradisionil dan mereka langsung bertobat lalu menganut agama yang diredhai Allah. Keterangan ini paralel dengan apa yang tercantum dalam ayat 43/14.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 05:39 PM | Show all posts
Dengan keterangan seperti disampaikan di atas ini nyatalah bahwa yang dimaksud dalam ayat 16/8 dan 43/12 s/d 43/14 adalah penerbangan antara planet dengan memakai pesawat piring terbang. Ketentuan Ayat Suci itu pasti berlaku dan kini masyarakat manusia Bumi sudah memulai penerbangan itu, mereka sedang menjurus kepada ketentuan yang tercantum dalam Alquran. Hanya saja mereka baru memulainya dengan pesawat rocket berupa Apollo yang ternyata gagal untuk antar planet, kecuali ke Bulan yang bukan planet dan itupun dengan membuang kekayaan dengan percuma. Pesawat Jumping jet mungkin dapat dipergunakan untuk penerbangan tersebut tetapi pesawat ini membutu*kan energy yang sangat banyak terutama dalam daerah atmosfir planet waktu datang dan pergi, tambahan lagi tak kebal peluru dan tidak mungkin dipakai untuk masuk lautan. Maka satu-satunya pesawat yang praktis effektif untuk keperluan itu tidak lain daripada piring terbang yang dimaksudkan ayat 43/12 tadi. Waktu itu logislah apa yang disinyalir oleh Ayat Suci yang artinya kita kutipkan di bawah ini :

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ أُوْلَـئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمن يَكْفُرْ بِهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
2/121. Orang-orang yang Kami datangkan Kitab pada mereka, lalu mereka analis dia dengan penganalisaan logis, itulah orang-orang yang beriman padaNYA dan siapa yang engkar padaNYA maka itulah orang-orang yang rugi.

لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
6/67. Bagi setiap perkabaran (ayat Alquran) itu ada ketentuan (waktu)nya dan akan kamu ketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 05:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 17:44

وَإِذْ أَنجَيْنَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَونَ يَسُومُونَكُمْ سُوَءَ الْعَذَابِ يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءكُمْ وَفِي ذَلِكُم بَلاء مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ
7/141. Dan ketika Kami apungkan gunung kecil (piring terbang) di atas mereka seolah-olah dia berupa planet dan mereka menyangka bahwa dia aka jatuh pada mereka. Peganglah (pengetahuan) apa yang Kami datangkan padamu dengan kekuatan dan pikirlah apa yang ada padanya semoga kamu menginsyafi.

بَلْ كَذَّبُواْ بِمَا لَمْ يُحِيطُواْ بِعِلْمِهِ وَلَمَّا يَأْتِهِمْ تَأْوِيلُهُ كَذَلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ
10/39. Tetapi mereka mendustakan apa yang tidak mereka kuasai ilmunya dan belum datang pada mereka penganalisaannya.
Seperti itulah telah mendustakan orang-orang sebelum mereka, maka lihatlah betapa akibat orang-orang zalim.

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
20/114. Maha Tinggi Allah Raja yang logis, dan janganlah bergegas pada (pengertian ayat) Alquran itu sebelum terlaksana padamu (ketentuan wahyuNYA, dan katakanlah : "Wahai Tuhanku, tambahlah padaku ilmu."

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
22/54. Dan agar tahu orang-orang yang didatangkan ilmu itu bahwa dia (Alquran) logis datang dari Tuhanmu, lalu mereka beriman padaNYA maka menyerahlah hati mereka kepadaNYA, dan bahwa Allah itu adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang beriman kepada tuntunan yang kukuh.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
31/20. Apa tidakkah kamu perhatikan bahwa Allah mengedarkan untuk kamu apa yang di planet-planet dan apa yang di Bumi ini serta mencukupkan atasmu nikmatNYA zahir dan bathin ? Dan dari manusia itu ada yang menantang pada Allah tanpa ilmu dan tiada kitab yang menerangkan.

وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَأَيَّ آيَاتِ اللَّهِ تُنكِرُونَ
40/81. Dan DIA perlihatkan padamu pertanda-pertandaNYA maka pertanda-pertandaNYA yang mana dapat kamu engkari ?

Sumber
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:28 PM | Show all posts
i penah tengok kt tv ,Crystal skull ,tengkorak kristal is fake..tipu belaka..xcaya tengok kt wiki
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:29 PM | Show all posts


Tafsiran Ayat 30-34 Surah Al-Baqarah

Video tersebut, dimulakan dengan petikan ayat dari surah al-baqarah ayat 30 dan 31. Seawal ini lagi, saya sudah agak curiga dengan video ini, kerana tafsiran yang dibawakan oleh video ini amatlah janggal sekali. Berikut terjemahan penuh ayat tersebut, saya cerakinkan untuk memudahkan kita nampak terjemahannya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Mereka bertanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.
Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.


Ketika ini, video tersebut melontarkan satu persoalan C Apakah perkara yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui para malaikat?

Dan seterusnya disambung dengan penceritaan (bukan ayat sebenar alQuran) bahawasanya Allah mengajar kepada Nabi Adam mengenai nama-nama, dengan frasa nama-nama yang dimerahkan. Video tersebut seterusnya menceritakan bahawa setelah itu, semua malaikat sujud tanda penghormatan, kecuali iblis kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai nama-nama oleh Tuhannya, dan bahagian ini diulang kembali dengan sintaks (susunan ayat) berbeza untuk menegaskan.

Bahagian tersebut berakhir dengan video tersebut menafsirkan nama-nama itu sebagai penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah.

Mari kita kupas satu persatu mengenai tafsiran ini. Untuk kupasan saya ini, saya tidak akan mengupas mengikut akal dan nafsu saya sendiri, sebaliknya saya merujuk kepada tafsiran oleh ahli tafsir islam terkenal, Ibnu Kathir. Ibnu Kathir merupakan ahli tafsir (mufassir), ahli hadis (muhaddis) dan ahli sejarah Islam yang terkenal, bermazhab Syafii (sunnah, bukan syiah). Kitabnya, Tafsir Ibnu Kathir merupakan antara kitab tafsir terkenal yang sering digunakan dalam menafsirkan ayat-ayat alQuran.

Pertama, adalah rentetan peristiwa yang membawa kepada Allah berfirman kepada malaikat Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dalam menafsirkan bahagian ayat ini, Ibnu Kathir berkata,

It was said that the meaning of Allahs statement,

(I know that which you do not know.) is, I have a specific wisdom in creating them, which you do not have knowledge of. It was also said that it is in answer to,
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:33 PM | Show all posts
Mari kita lihat bahagian ayat sebelumnya. Allah menyatakan hasrat untuk menciptakan seorang khalifah di muka bumi. Perkataan khalifah banyak ditafsirkan, namun saya tidak berhasrat nak membawa tafsirannya disini kerana terlalu panjang. Selepas itu, para malaikat bertanya kepada Allah, kenapa hendak dijadikan sesuatu yang akan membawa kerosakan di muka bumi, sedangkan mereka sentiasa bertasbih dan memuji Allah?

Persoalan yang dilontarkan oleh malaikat inilah, yang dijawab oleh Allah bahawasanya Allah tahu akan hikmah/kenapa Dia hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi (meskipun manusia akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah).


Dan ayat ini sebenarnya tidak ada kaitan pun dengan ayat seterusnya. Ibnu Kathir menafsirkan, ayat malaikat Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? tersebut sebenarnya merupakan satu permohonan dari malaikat, agar malaikat yang dihantar ke muka bumi kerana mereka lebih bertasbih dan tidak akan membuat bencana di muka bumi. Ini hanyalah satu pernyataan (statement) yang menjelaskan, bukannya atas nada riak, justeru tidak timbul isu malaikat bersifat riak. Begitu juga, persoalan yang dilontarkan adalah semata-mata untuk mendapatkan jawapan dari Allah, bukannya persoalan bertujuan mempersoalkan atau mempertikaikan perbuatan Allah. Justeru tidak timbul isu malaikat itu ingkar.

Ayat seterusnya, lagi menyeleweng penafsiran oleh video tersebut, iaitu berkenaan nama-nama. Menurut video tersebut, nama-nama inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat sebelumnya. Sungguh janggal sekali. Malah menurut video ini juga, mengatakan nama-nama ini menjadi sebab iblis enggan sujud. Dan dikatakan pula, nama-nama ini adalah penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah?

Pertama sekali C tujuan Allah mengajar nama-nama kepada Adam. Peristiwa ini berlaku selepas persoalan para malaikat sebentar tadi, maka Allah ingin menunjukkan perbezaan antara Adam dan para malaikat. Malahan, sebenarnya peristiwa Allah mengajarkan nama-nama kepada Adam ini berlaku SELEPAS peristiwa malaikat sujud kepada Adam. Bukannya sebelum, sepertimana yang diceritakan dalam video tersebut. Berikut penjelasan Ibnu Kathir,

Allah stated the virtue of Adam above the angels, because He taught Adam, rather than them, the names of everything. This occurred after they prostrated to him. This discussion precedes that event here, only to show the importance of his position, and the absence of the angels knowledge about creating the Khalifah when they asked about it. So Allah informed the angels that He knows what they do not know, and then He mentioned this to show them Adams superiority over them in knowledge.


Seterusnya, apakah nama-nama tersebut? Ibnu Kathir membawakan riwayat yang panjang lebar mengenai proses mengajar nama-nama kepada Nabi Adam ini. Berikut saya bawakan riwayat-riwayat tersebut:

Ad-Dahhak said that Ibn `Abbas commented on the Ayah;
(And He taught Adam all the names (of everything)) Meaning, the names that people use, such as human, animal, sky, earth, land, sea, horse, donkey, and so forth, including the names of the other species.

Ibn Abi Hatim and Ibn Jarir reported that `Asim bin Kulayb narrated from Sa`id bin Ma`bad that Ibn `Abbas was questioned,
(And He taught Adam all the names (of everything)) Did Allah teach him the names of the plate and the pot He said, Yes, and even the terms for breaking wind!
Allah taught Adam the names of everything, their proper names, the names of their characteristics, and what they do, just as Ibn `Abbas stated about the terms for passing gas.


Boleh jelas? Nabi Adam diajar mengenai nama-nama benda yang terdapat di bumi, yang digunakan di bumi. Hatta KENTUT sekalipun (breaking wind, passing gas) diajar. Ini bukan saya yang sebut, tapi Ibnu Kathir yang meriwayatkan daripada para sahabat termasuklah Ibnu Abbas. Ibnu Abbas adalah sahabat nabi yang paling handal dalam ilmu tafsir, kerana beliau didoakan sendiri secara khusus oleh Rasulullah.

Adakah KENTUT, pinggan mangkuk, kuda, keldai dan sebagainya ini yang ditafsirkan sebagai penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah? Sungguh binasa apabila memandai-mandai menafsirkan ayat alQuran menggunakan akal fikiran sendiri.

Then He showed them to the angels) meaning, the objects or creations. `Abdur-Razzaq narrated that Ma`mar said that Qatadah said, Allah paraded the objects before the angels,

(And said, Tell Me the names of these if you are truthful).

Allahs statement means, Tell Me the names of what I paraded before you, O angels who said,

(Will You place therein those who will make mischief therein and shed blood).

You asked, `Are You appointing a Khalifah from us or from other creations We praise and glorify You.

Therefore, Allah said, "If you say the truth, that if I appoint a non-angel Khalifah on the earth, he and his offspring will disobey Me, commit mischief and shed blood, but if I designate you the Khalifahs you will obey Me, follow My command and honor and glorify Me. However, since you do not know the names of the objects I paraded before you, then you have even less knowledge of what will occur on the earth that does not exist yet."

(They (angels) said:
Glory is to You, we have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the Knower, the Wise.).

Here the angels are praising Allahs holiness, and perfection above every kind of deficiency, affirming that no creature could ever acquire any part of Allahs knowledge, except by His permission, nor could anyone know anything except what Allah teaches them. This is why they said,

(Glory is to You, we have no knowledge except what you have taught us. Verily You are the Knower, the Wise) meaning, Allah is knowledgeable of everything, Most Wise about His creation, and He makes the wisest decisions, and He teaches and deprives whom He wills from knowledge. Verily, Allahs wisdom and justice in all matters is perfect.

Nah, disini sudah jelas tujuan Allah mewujudkan peristiwa Allah mengajar Nabi Adam nama-nama benda. Ia adalah pembuktian kepada para malaikat, mengenai hikmah kenapa Adam dijadikan sebagai khalifah di bumi, meskipun generasi Adam akan melakukan kerosakan dan kemusnahan.



Bermula dari awal-awal video lagi, sudah jelas tafsiran yang dikemukakan bercanggah dengan tafsiran ulama muktabar. Ini adalah teknik biasa para konspirasi teoris, apabila mereka memetik ayat-ayat alQuran, kononnya sebagai bukti apa yang mereka nyatakan itulah kebenaran, namun yang ramai daripada kita orang awam tidak ketahui, petikan ayat-ayat tersebut ditafsir sesuka hati mereka tanpa merujuk kepada kitab dan ulama yang terkenal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 19:36

Sejarah menipu?

Jika anda rasakan artikel ini sudah panjang, maka ketahuilah ianya akan menjadi lebih panjang lagi. Video ini diteruskan dengan dibawakan hujah kononnya apa yang diajar oleh sejarah itu satu pembohongan.

Dari hujah-hujah dalam video tersebut, banyak hujah yang dikemukakan merupakan kekeliruan, tidak berasas dsb yang tidak wajar keluar dari seseorang yang TAHU. Namun tanpa pengetahuan yang mendalam, beliau sudah berani mendakwa itu dan ini, satu sikap yang bercanggahan dengan Islam itu sendiri.

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya. (QS. Al Israa:36)


Terlebih dahulu saya tegaskan, perkara paling penting dalam pengajian sejarah adalah TIMELINE. Apabila kita nak berbicara mengenai sejarah, maka pastikan kita jelas mengenai TIMELINE terlebih dahulu. Tak kiralah sejarah apa sekalipun C Sejarah kemerdekaan Malaysia, sejarah kewujudan negara haram Israel, sejarah Dinosaur dan sebagainya.

Apabila kita dapat memahami TIMELINE, maka baru kita nampak secara keseluruhan apa yang berlaku sebenarnya. Dan apabila kita memahami TIMELINE barulah kita dapat mengenalpasti pembohongan dan penyelewengan sejarah, sepertimana yang berlaku dalam video ini.
Sebagai contoh pengaplikasian timeline C katakanlah saya membuat kenyataan C Parameswara mati dimakan dinosaur. Tanpa perlu penyelidikan yang mendalam, kita boleh menjangkakan yang kenyataan ini satu pembohongan kerana parameswara dan dinosaur itu tidak sezaman!

Pengkajian ilmu hadis dalam Islam juga mementingkan aspek timeline dalam memeriksa kesahihan hadis yang dibawakan oleh setiap periwayat hadis. Adalah tidak logik jika saya katakan Imam Syafii pernah makan bersama-sama dengan Rasulullah, kerana Imam Syafii itu lahir pada tahun 767, puluhan/ratusan tahun selepas kewafatan Nabi.

Begitulah juga dengan isu yang dibangkitkan ini. Manusia purba?

Manusia zaman batu, dikenali sebagai Neanderthals. Ia direkodkan muncul sekitar 350 RIBU tahun lalu dan berakhir sekitar 30 RIBU tahun lalu.

Menurut para ulama sejarah pula, Nabi Adam dijangkakan berada pada 6000 tahun yang lalu. Jadi apakah timeline yang ada disini?



Boleh nampak TIMELINE tersebut? Jarak antara kewujudan manusia purba dengan Nabi Adam adalah tersangat lah jauh, 24 ribu tahun sekurang-kurangnya! Jarak antara kita sekarang dengan Nabi Adam pun lebih dekat, iaitu 6 ribu tahun sahaja!

Pendek kata, kalau kita katakan antara Nabi Adam dengan zaman sekarang ini satu generasi kitaran (cycle), agaknya ada berapa generasi boleh dimuatkan sejak kewujudan Neanderthals? 350 Ribu tahun dibahagikan 6 ribu?

Penyelewengan sejarah yang dilakukan oleh video tersebut, adalah menyamakan kononnya Nabi Adam dan Neanderthals itu sama. Padahal kedua-duanya adalah dari zaman yang berbeza sama sekali.

Begitulah juga seperti tamadun-tamadun yang diceritakan di dalam video tersebut. Tamadun Babylon, Egypt, semuanya sekitar 3000 tahun sebelum masihi. Sedikit pun tak sama dengan manusia purba yang wujud selewat-lewatnya 300 RIBU tahun lampau.


Penyelewengan oleh video tersebut, jika ditunjukkan kepada masyarakat awam yang tidak mempunyai ilmu mengenai bidang ini, tentulah akan diterima dengan membuta tuli. Namun bagi mereka yang ahli (ahli arkeologi, pakar sejarah), tentu sekali video ini hanya sekadar lelucon sahaja.

Permasalahan ini timbul, apabila kita terlalu ghairah mengaitkan agama dan sains/sejarah. Sejarah menyatakan, bukti pertama kewujudan hidupan yang berkemahiran menggunakan peralatan adalah Neanderthals. Neanderthals adalah entiti saintifik, diperolehi menerusi kajian dan penemuan.

Sedangkan Nabi Adam itu siapa? Nabi Adam adalah entiti religion, diperolehi melalui wahyu sama ada alQuran dan Sunnah.

Justeru itu, masakan boleh disamakan Nabi Adam = Neanderthals, kerana definisi kedua-duanya berbeza! Apakah definisi Nabi Adam itu?

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Al-Tin 95: 4)

Mohamed Asad dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa: Allah SWT telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang paling sempurna dan dikurniakan kualiti-kualiti yang positif pada fizikal dan mentalnya sesuai dengan tujuan yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang diciptakan ini.

Neanderthals (manusia purba) itu, manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya kah? Tentu sekali tidak. Sedangkan Nabi Adam itu, manusia yang diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Kerana itu, Allah menggunakan perkataan khalifah. Allah ingin menjadikan khalifah di muka bumi. Khalifah, seseorang yang mentadbir urusan bumi dan mempunyai keupayaan untuk menggunakan, memanipulasi dan memanfaatkan sumber-sumber bumi untuk misi yang Allah tetapkan. Adakah Neanderthals (manusia purba) itu mempunyai keupayaan sebagai Khalifah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by acescripters at 2-8-2011 19:37

Siapakah manusia terawal?

Persoalan ini, tentulah amat delicate sekali. Jika saya menyebut istilah EVOLUSI, tentulah artikel ini diharamkan dan saya dikatakan pendokong Evolusi. Namun tahukah anda, 1000 tahun sebelum Charles Darwin mengeluarkan teorinya mengenai evolusi, ulama-ulama Islam telahpun membahas mengenai kewujudan Nabi Adam?


Saya memetik tulisan daripada Ustaz Hasrizal, dibawah artikel Adam-Adam Sebelum Adam:

PANDANGAN ULAMA ISLAM YANG AWAL

Di dalam sejarah Islam, tumpuan kita adalah pada melihat sejauh mana umat melaksanakan peraturan Allah, sebagai mekanisma jatuh dan bangunnya tamadun. Oleh kerana tumpuannya begitu, maka kadang-kadang kita terlepas pandang kepada pandangan para ulama terhadap persoalan-persoalan pra-sejarah ini.

Sebagaimana teori evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Roman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka.

Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Masoudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Masoudi meletakkan bab Penjelasan Tentang Umur Dunia, Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam, Penjelasan Tentang Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka, Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya, Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya dan sebagainya.


Al-Masoudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

Ulasan-ulasan al-Masoudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.

Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina dan menstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihat persoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak boleh dipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidak sewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi era Pra-Adam turut diambil kira.

Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandang terhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama seawal kurun ke-10M terhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek ini berharga untuk diberikan perhatian.

ADAM SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu Adam telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu Adam itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan Adam yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri Adam di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad wa al-Tarikh dan Ibn al-Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaail Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Boleh lihat bagaimana ulama Islam mengupas isu ini? Bandingkan dengan ulama yang membuat video tersebut, tentu kita sendiri boleh menilai antara kaca dan permata.

Namun harus saya tegaskan, kesimpulan daripada artikel Ustaz Hasrizal tersebut:
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:38 PM | Show all posts
ISU LEKEH?

Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI.

Pengetahuan kita ada batas-batasnya.

Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan adam lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!

Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.

Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.


Semoga teguran Ustaz Hasrizal tersebut dihayati oleh kita semua.

Lain-Lain

Seterusnya video tersebut diteruskan lagi dengan dongeng dan hikayat yang tidak diketahui asal-usulnya. Kisah-kisah mengenai Freemason, Templar Knight, dsb ini, jika dikekalkan atas landasan TANPA MENGAITKAN DENGAN FAKTA AGAMA, maka bagi saya ianya masih boleh diterima lagi. Namun apabila dikaitkan dengan fakta agama, ianya satu penyelewengan yang besar.

Contohnya seperti dakwaan tiang obelisk itu tempat syaitan berkumpul. Saya tertanya-tanya, bagaimana mereka yang mendakwa tersebut tahu perkara sedemikian? Adakah mereka itu dapat melihat syaitan berkumpul di tiang-tiang?

Syaitan, adalah perkara ghaib. Malaikat, adalah perkara ghaib. Kiamat dan tanda-tandanya seperti Dajjal, Imam Mahdi, adalah perkara ghaib.

Perkara-perkara ghaibiyyah, cukuplah kita merujuk hanya kepada alQuran dan Sunnah. Janganlah kita memandai-mandai dengan akal fikiran kita.

Saya percaya, jika ditanya kepada mereka-mereka ini apa dalil dari alquran/sunnah mengatakan tiang-tiang itu tempat syaitan berkumpul, nescaya tidak ada jawapannya!

Penulis/pembuat video tersebut mengakhiri artikel di blognya dengan ungkapan ini:

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak.


Ini adalah ungkapan biasa para konspirasi teoris untuk lepas tangan dari tanggungjawab kesahihan dakwaan yang mereka kemukakan. Adakah boleh, baling batu sembunyi tangan sedemikian? Allah memberi amaran mengenai perlakuan sedemikian, dalam AlQuran:

Janganlah kalian mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kalian menyembunyikan kebenaran itu, sementara kalian mengetahuinya (QS al-Baqarah [2]: 42)

Adh-Dhahak memaknai ayat itu dengan menyatakan, Janganlah kamu mencampurkan haq dengan batil, kebenaran dengan kedustaan.

Abu al-Aliyah menyatakan, Janganlah kamu mencampurkan haq dengan batil dan sampaikanlah peringatan/nasihat kepada para hamba Allah, umat Muhammad saw. Janganlah kalian mencampuradukkan antara Yahudi dan Nasrani dengan Islam, padahal kalian mengetahui bahwa agama Allah itu adalah Islam, sedangkan Yahudi dan Nasrani adalah buatan manusia, bukan dari Allah. (Ibn Katsir, Tafsîr Ibnu Katsîr, Jilid I).


Selalu saya sebutkan, kebenaran itu jelas dan dusta itu jelas. Namun penipuan yang paling berkesan, adalah mencampurkan keduanya. Dengan mencampurkan keduanya, seseorang itu tidak lagi mampu membezakan keduanya. Nak kata tipu, ada juga betulnya. Nak kata betul, macam tak logik pula? Dan itulah teknik yang sering digunakan para konspirasi teoris. Mereka menyelitkan hadis-hadis, petikan-petikan ayat alQuran sebagai kebenaran dalam penulisan mereka.

Bagaimana nak membezakan antara haq dan batil? Bagaimana nak membezakan kaca dan permata? Perlulah kepada kajian yang terperinci, dan ilmu yang mendalam. Namun tanyalah diri kita sendiri C berapa ramai daripada kita yang ingin mengkaji setiap dakwaan yang dikemukakan? Isu evolusi, arkeologi, dsb C berapa ramai daripada kita yang mempunyai ilmu mengenainya?

Saya petik kembali amaran oleh Allah s.w.t yang saya bawakan di atas,

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya. (QS. Al Israa:36)


Sudah bersediakah kita untuk dipertanggungjawabkan dengan apa juga yang kita turuti? Video yang kita tonton dan dengar tersebut, hati kita yang mempercayai video tersebut C bolehkah kita dipertanggungjawabkan mengenai sesudah kita mempercayainya?

Manakala kepada para pendokong teori konspirasi juga, saya sarankan untuk membaca penulisan saya yang ini:

http://me.leokid.my/berdakwah-dengan-perspektif-yang-betul

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w, maksudnya:

Dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga. (Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Pandulah umat Islam kembali kepada penghayatan AlQuran dan Sunnah. Ajaklah kami untuk kembali mempercayai alQuran dan Sunnah, bukannya mempercayai Freemason atau Illuminati dan segala bagai anasir yang entah dari mana datangnya ini. Bahawasanya sesungguhnya cukuplah alQuran itu sebagai huda lil muttaqin, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.


source: link
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:45 PM | Show all posts
i penah tengok kt tv ,Crystal skull ,tengkorak kristal is fake..tipu belaka..xcaya tengok kt wiki
; ...
areenarena Post at 2-8-2011 07:28 PM



    Mystery of the Crystal Skulls














Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by areenarena at 14-8-2011 20:13

la la la la
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:55 PM | Show all posts
Reply 71# acescripters
betui la cite nie la!!{:1_147:}
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:09 PM | Show all posts
penerangan yg sgt best.. sukee btul baca penerangan inchee acesripters nihh.. keepitup klu ada lagi, silee tambah.. hehee
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:18 PM | Show all posts
teory i pulak...hehe
-pada era dinasour sudah ada makluk berteknology tinggi n mempunyai teknology  ...
areenarena Post at 2-8-2011 07:51 PM

Salam areenarena ..
teori anda MUNGKIN berlaku kerana evolusi juga berlaku di planet lain.


teori saya MUNGKIN mereka dari bumi mengalami evolusi dan mencapai tamadun yang teramat canggih tidak mustahil sekiranya gen haiwan bercampur dengan haiwan lain menjadi gambar seperti di sebelah kanan (khinzir berwajah monyet).




dan tidak mustahil kiranya ada gen manusia bercampur dengan gen binatang menjadi seperti bayi berwajah anjing seperti gambar di sebelah kiri ini.


Segala nya cukup sempurna TETAPI ada satu lubang yang bocor. Lubang inilah yang membuat semua ahli kitab dan sains bercanggah pendapat.


Ilmuan kejadian terhadap bentuk manusia adalah dari saripati tanah, yang sudah terbukti kebenarannya. Bentuk manusia ini telah dikaji baik secara pendekatan ke-iman maupun melalui pendekatan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi khususnya cabang biologi.

Oleh sebab bentuk manusia yang adalah terbuat dari bahan tanah inilah yang menyebabkan manusia memiliki kecenderungan bersifat duniawi  menyukai/mencintai serba-serbi dunia yaitu  :

    * 1. Harta
    * 2. Tahta
    * 3. Syahwat


Manusia ada terdahulu mencapai TAMANDUN yang amat menakjubkan TETAPI tiada CAHAYA dalam diri manusia tersebut. Nabi Adamlah yang memperkenalkan (berdakwah) cahaya tersebut kepada kaumnya. (Jalan Mengenal Diri.)
   
Permulaan kisah "Adam sebelum Adam" ni dah dibincangkan oleh para Ulama² Islam zaman dahulu sebelum Barat amik alih tugas pada kurun ke 10 dengan memusnahkan beberapa kitab² kuno zaman dahulu yang dikarang oleh Ulama² kita. Saya percaya ada konspirasi yang memadam sejarah ini kerana mereka hendak kita bertelagah sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065820s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list