CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 6-6-2011 08:41 AM | Show all posts
cepat plan...
yg penting nak FARIS ngan AISHAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 11:30 AM | Show all posts
Faris nak buat perangkap... Siapa yg kena.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 01:11 PM | Show all posts
tt...bestnyer....cptlah sambung

lama2 faris leh jatuh chenta ngan aisyahni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 01:31 PM | Show all posts
dah kamceng nampaknya....
plan apa tu???
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:00 PM | Show all posts
ahaks abang2 penculik pun bingai...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 08:47 PM | Show all posts
x sabar nak tunggu plan diaorang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2011 09:19 PM | Show all posts
“Saya ingin memohon kebenaran dari pihak Tengku Fatimah dan Tengku Khursiah untuk mengiklankan kedua gambar ini di media. Hal ini, bagi memudahkan pihak kami mencari kedua2 suspek bagi membantu siasatan ke atas kes kehilangan Tengku Faris,” pinta Inspektor Amir. Itu saja jalan yang ada setelah usaha menjejaki kedua orang suruhan Tengku Khursiah yang hilang menemui jalan buntu.

Tengku Khursiah dan Tengku Fatimah berpandangan. Berkerut dahi mereka selepas dimaklumkan bahawa kedua orang suruhan Tengku Khursiah itu sudah hilang jejak.

“Tapi, cara pengiklanan gambar itu di media harus teliti. Jangan sampai perkara sebenar terbongkar. Kami tidak mahu berita ini tersebar hatta ke telinga kaum keluarga yang lain sekalipun,” kata Tengku Fatimah.

Inspektor Amir mengangguk. Dia yakin akan hal itu. Mereka punya cara tersendiri untuk membuat pengiklanan di media tanpa menyebarkan perkara sebenar.

“Saya janji. Hal ini akan dijaga sebaik mungkin,” kata Inspektor Amir. Beliau bangun, mahu beredar dari villa Tengku Fatimah. Kedua2 wanita anggun separa umur bangun, turut mengiringinya pulang setelah hampir 2 jam berada disitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 09:21 PM | Show all posts
Tit! Tit! Sms yang baru saja diterima oleh Dol segera ditelek. Terkumat kamit mulut Dol membaca sms itu sementara Abu pula bertenggek ditepinya, turut sama membaca. Berkerut dahi keduanya.

“Haa….Macammana nak buat ni?” soal Dol. Dia saling berpandangan dengan Abu.

“Ada coverage ke tengah2 hutan ni?” soal Faris tiba2. Ketiga2 pasang mata menoleh ke arahnya terpinga2. Faris sengih.

“Ini wilayah Celcom…dah kalau dia kata ni wilayah dia, mesti ada coverage…” balas Dol. Melopong mulut Faris memandang Dol.

“Apa mesejnya?” soal Faris ingin tahu. Dol kembali memandang skrin telefon bimbitnya.

“Kami kena bawak mayat kau pada dia, petang ni jugak. Kalau mayat kau tak sampai pada dia sebelum petang ni, pita video kami akan diserahkan kepada pihak polis…”kata Dol. Mendengar berita itu, keempat2 mereka saling terdiam.

“Haa..kalau macam tu, inilah masa kita nak mulakan plan kita…” kata Faris. Masing2 mengangguk.

“Jom! Kita bergerak sekarang…” kata Faris. Dia sudah tidak diikat lagi memandangkan kali ini, dia yang menjadi ‘bos’ baru mereka. Abu dan Dol kelam kabut mengutip barang2 mereka lalu menjinjing menuju ke van mereka yang terletak di luar jalan.

“Gerak! Gerak….” Dol bersuara lantang, tak ubah seperti seorang komando mengarahkan anak buahnya bergerak pantas.

“Gerak..gerak..gerak khas….cehhh…aku rasa macam siri gerak khas dalam TV pulak…” Abu mengilai ketawa sambil berjalan di belakang Dol yang mengetuai perjalanan mereka. Aishah mengekori di belakangnya manakala Faris pula berjalan di belakang Aishah. Langkah mereka laju menuruni anak bukit. Sebaik melewati pokok kekabu, Faris memandang jalan itu.

Jalan terus dihala ke kiri. Tidak seperti ke kanan seperti yang dilakukan oleh Aishah dahulu. Lantas, bahu Aishah diketuknya.

“Apa?” Aishah pantas menoleh kea rah Faris disebelahnya yang laju berjalan mengikut rentak Dol dan Abu.

“Bukan dulu kau belok ke kanan?” soal Faris yang masih berjalan. Aishah terkesima. Alamak…kantoi….dijelirkan lidahnya menahan rasa.

“Kan?” soal Faris sekali lagi, mahukan kepastian. Aishah memandang muka Faris kemudian tersengih.

“Kau ni!!! Saja nak bagi kita sesat!!!” serentak dengan itu, kepala Aishah ditunjalnya.

“Woii..!!!! Mangkuk betul kau ni….main tunjal2 kepala aku!!!” menjerit nyaring Aishah bila Faris sudah berlari2 anak meninggalkannya di belakang. HIlai tawa Aishah dan Faris memecah suasana pinggir hutan petang itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2011 09:22 PM | Show all posts
“Kenapa dia sampai hati nak bunuh aku ya? Kami bukannya orang lain…pernah main sama2….Aku tak faham, mengapa manusia sanggup berbunuhan hanya kerana harta…” keluh Faris. Tubuhnya terikat  dan dia sedang dibaringkan di belakang van.

“Kalau bukan Tengku Kamil macammana?” soal Aishah yang berada di kerusi depan. Mereka sedang menunggu lelaki yang menjadi ‘bos’ kepada mereka dahulu tiba di tepi jalan sunyi itu.

“Isk…susah aku nak jawab. Kalau bukan Tengku Kamil, takkan Tengku Khursiah? “ keluh Faris. Sukar untuk dipercayai ibu tirinya sanggup berbuat sedemikian.

“Susah ke senang ke…itulah namanya hakikat. Dan hakikat selalunya susah untuk ditelan…” sambung Aishah. Terdengar satu keluhan dilepaskan dari mulut Faris.

“Syyhh! Syyhhh! Dia dah sampai!” Abu pantas berteriak sebaik sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam berhenti di hadapan kereta mereka. Kelam kabut, Aishah dan Faris mendiamkan diri di dalam kegelapan malam. Dol dan Abu yang nyata berdebar, perlahan2 turun dari van. Plan yang mereka rancangkan, harus berjalan sebaik mungkin. Tersilap langkah, padah besar menanti mereka pastinya!

Seorang lelaki bercermin mata hitam keluar dari kereta tersebut bersama 2 orang pengiringnya. Abu dan Dol dihampiri oleh mereka. Dari dalam kereta, Aishah dan Faris dapat mendengar perbualan mereka melalui cermin tingkap van yang terbuka.

“Korang ni macam2 hallah!!! Apa yang rosak dengan van ni?” jerkah lelaki yang bercermin mata hitam. Sebentar tadi, dia dihubungi oleh Abu yang memberitahu mereka bahawa van yang mereka naiki rosak di jalan itu.

“Err…tak tahulah bos! Saya rasa timing belt dia putus….kitorang start banyak kali, tak boleh jalan dah…itu yang kitorang mintak bos datang sini..” kata Dol berbohong. Memanggil ‘bos’ datang ke tempat mereka lebih selamat jika mereka pergi ke tempat ‘bos’. Ini kerana, jika berada di tempat orang, mereka tidak tahu berapa banyak bahaya yang bakal mereka tempuh. Silap haribulan, elok2 nak menangkap ‘bos’, mereka pula yang tertangkap.

Lalu, mereka menggesa ‘bos’ datang sendiri secepat mungkin kerana bimbang jika ‘mayat Faris’ dilihat oleh orang lain yang melalui jalan tersebut.

“Hmmhh!! Van buruk macam ni, baik korang hantar muzium saja lepas ni! Mana mayat budak tu?” tidak sabar2 lelaki itu mahu melihat Faris. Faris pula, kelam kabut memejamkan matanya. Bajunya sudah kebasahan disimbah sirap dibahagian depan untuk menampakkan seolah2  dirinya benar2 sudah dibunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 09:24 PM | Show all posts
“Ada bos! Ada kat belakang! Kitorang nak pergi tempat bos dari tadi, tapi van ni pulak buat hal….kitorang bukan lambat..” masih sempat Abu membebel pula. Pandai sungguh dia berlakon! Mereka berlima berjalan menuju ke belakang van.

Aishah yang berada di dalam van diam tak berkutik dengan menyembunyikan badannya di dalam kotak besar yang terdapat di tempat duduk belakang.

Sebaik sampai, pintu belakang van dibuka. Tubuh Faris yang mengerekot diikat berserta baju yang berlumuran darah dipandang. Lelaki itu tersenyum, kemudian merapati Faris. Tubuh Faris cuba dibalikkan, untuk mengesahkan bahawa lelaki itu benar2 telah mati.

Namun, sebaik badan Faris dibalikkan, tangan Faris yang pura2 diikat tadi, terus mengacu sepucuk pistol tepat ke kepala lelaki itu. Terpana lelaki bercermin mata hitam didepannya sebaik melihat tubuh Faris yang bangun bersama pistol yang diletak ke dahinya.

Dalam masa yang sama, Dol dan Abu terus memaut leher 2 orang pengikut lelaki itu.

“Kalau korang tak nak bos korang ni mati aku tembak, jangan bergerak!” arah Faris kasar. 2 orang suruhan lelaki tadi terdiam dengan tangan mereka yang terangkat ke atas. Lelaki bercermin mata hitam itu terkedu.

“Apa semua ni?” bentaknya marah. Wajah Faris dipandang tepat.  Aishah dari dalam van terus keluar dengan dengan tali lalu terus dia mengikat kaki dan tangan 2 orang suruhan lelaki itu. Faris pula memandang lelaki dihadapannya. Cermin mata hitam lelaki itu ditanggalkan.

Hah?! Kali ini mata Faris membulat melihat wajah lelaki itu. Aishah yang baru selesai mengikat 2 orang suruhan lelaki tadi, cepat2 memaut lengan lelaki itu dan mengikat tangannya kemas2.

“Siapa kau?” soal Faris terpana. Serentak dengan itu, Abu, Dol dan Aishah memandang lelaki dihadapan Faris yang baru saja diikat. Lelaki itu pula, diam, cuba memalingkan wajahnya kea rah lain.

“Ini bukan Tengku Kamil?” soal Aishah cemas.

“Bukan!” jerit Faris. Keadaan bertukar kelam kabut di dalam malam yang gelap dan sunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:33 PM | Show all posts
suspen sungguh   .....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 03:29 AM | Show all posts
best gila citer ni... keep it up fizz
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 08:33 AM | Show all posts
lagi...lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 08:39 AM | Show all posts
lawak2...siap ada wilayah celcomla...gerak khasla...fizzi cpt kasi n3 lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:28 AM | Show all posts
wahh suspenn suspennn
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:25 PM | Show all posts


mestilah bukan Mastermind yg sebenar dtg...
pasti tok dalang dia yg muncul kan diri dulu...
kalu mastermind yg dtg memang nak cari nahas la...
dlm apa2 kes skalipun tunggak utama penjenayah
pasti berselindung dibalik tok dalang2 yg bergiat cergas memastikan plan mereka berjaya..
harap2 Faris tak keliru lah..
bwk je penjenayah tu kat polis taulah polis uruskan nak cari BOSS besarnya...

next..next..next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 01:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by iza89 at 7-6-2011 13:58

sapa mereka tu
atau mereka org suruhan tengku kamil, tak kan bos mereka senang2 nak turut padang pulak habis la nanti...
bos yang besar tak kan turun
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:08 PM | Show all posts
lg2,,,,x kn la si kamil tu nk pergi
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 12:46 AM | Show all posts
suspen pulak sape dalang penculikkan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:32 AM | Show all posts
sambung sikit lagi...
sementara ada masa terluang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.171180 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list