CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 3-6-2011 03:20 PM | Show all posts
Reply 149# Jaza2008

thanks Jaza...

ada gak org yg perasan...
aku sendirik pun terlepas pandang...

itulah kekdahnya akibat taip main taram...
pasni kena baca dulu sblm post n3...
kena check grammar...
baru leh post....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2011 03:26 PM | Show all posts
Faris tersenyum2 simpul memandang Aishah di tepinya. Penat menyusur sungai sejak tengahari tadi masih bersisa. Kini mereka tiba di suatu kawasan lain pula. Namun, tanda2 jalan keluar masih belum nampak.

Hari yang sudah gelap, membuatkan mereka terpaksa menangguhkan perjalanan mereka mencari jalan keluar dari hutan itu. Dalam keadaan malam yang gelap ditemani cahaya bulan, kedua2nya saling merenung unggun api yang dinyalakan sejak senja tadi.

Faris memandang Aishah di depannya yang memeluk tubuh sambil merenung unggun api.

“Aishah…” pertama kali Faris tiba2 memanggil nama itu. Aishah yang sedikit terkejut dipanggil sebegitu pantas mendongak, memandang Faris.

“Kau panggil aku ke?” soal Aishah seakan tidak percaya.

“Panggil kaulah…Ada orang lain lagi ke kat sini…” balas Faris. Meremang bulu roma Aishah mendengarnya. Dipandang ke kiri kanannya lalu dia merapati Faris. Terlopong Faris melihat Aishah yang terpisat2 menghampirinya.

“Aku ingat kau berani sangat…” perli Faris sambil tersenyum mengejek.

“Aku memang berani. Tapi, ayat kau tu, tak boleh blahh la beb…” kata Aishah.

“Faris!” sebut Faris tegas. Matanya tepat memandang wajah Aishah yang samar2 disimbah cahaya unggun api.

“Hah?” Aishah tercengang melihat Faris yang memandangnya serius.

“Nama aku Faris…bukan beb….” kata Faris lagi. Aishah sengih.

“Minta maaf ye Tengku…” Aishah tergaru2 kepalanya. Faris tergelak kecil. Dipandangnya Aishah yang asyik menggaru2 kepala. Lantas ditarik rambut Aishah mendekatinya.

“Woii!!! Sakitt…” Aishah terjerit kecil bila rambutnya ditarik. Tubuhnya juga terdorong menghampiri Faris di sebelahnya. Faris  membelek helai demi helai rambut Aishah.

“Ada kutu kot ni….” kata Faris sambil meneliti rambut Aishah yang panjang hingga ke  pinggang. Pantas Aishah menarik rambutnya dari tangan Faris.

“Malammmm sikit ye….!” bentak Aishah. Benci diperlekehkan sebegitu rupa. Faris tersenyum. Aishah dipandang lagi.

“Memanglah dah malam sekarang….” lembut jawapan Faris lalu satu nafas perlahan dihembus ke telinga Aishah di tepinya.

“Woii!!” menggeletar tubuh Aishah kerana geli dengan hembusan nafas Faris secara tiba2. Lantas tubuh Faris dijauhi. Aishah memandang Faris yang asyik merenungnya.

“Kau apahal ni…hembus2 kat telinga aku…” marah Aishah.Berdebar2 perasaannya bila melihat renungan mata Faris. Faris tidak menjawab, sebaliknya tersenyum manis ke arahnya. Lalu, kaki Aishah dipegang dan diluruskan.

“Kau ni kenapa beb…..” Aishah terketar2 bila Faris sudah menghampirinya dan menindih kakinya. Faris terus mendekati Aishah dengan pandangan mata yang sukar ditafsir. Aishah menggeletar, bagai terpukau dengan perlakuan Faris yang tajam merenung matanya. Sedar tak sedar, Faris sudah hampir2 menindih tubuhnya.

“Faris….” Aishah terus menolak tubuh Faris sekuat tenaga. Namun Faris masih tidak berganjak, mengeraskan badannya.

“Kau pernah dengar orang kena rogol tak?” soal Faris perlahan merenung tepat ke mata Aishah yang sudah berada di bawah tubuhnya. Tangannya sudah merayap dari pinggul Aishah perlahan2 naik ke pinggang.

Aishah tercengang. Dipandangnya Faris dengan mata yang terbeliak. Rasa macam tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Tangan Aishah pantas meraba kawasan tanah, mencapai kayu yang menjadi unggun api berdekatannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 03:30 PM | Show all posts
Pukkk!!!! Serentak dengan itu, satu pukulan hinggap di  kepala Faris. Rambut  Faris sedikit terbakar dek kerana api yang masih menyala di hujung puntung kayu berkenaan. Kelam kabut dia menggosok2  rambut dan kepalanya.

“Woi!!! Kau nak mampus ke hah? Nak bakar orang eh?” teriak Faris kemarahan. Aishah melopong , lalu bingkas bangun dengan puntung kayu api yang masih tergenggam erat di tangannya.

“Kau kata kau nak rogol aku! Aku bakarlah kau dulu…” jawab Aishah. Niat dihati ingin lari, tetapi melihatkan seluruh kawasan yang gelap di sekelilingnya, ditahan dulu hasrat itu.

“Rogol kau? Mana ada! Aku main2 saja tadi…” kata Faris sambil mengibas2 rambutnya yang sudah berbau hangit.

“Main2  apebende kalau tangan dah merayap macam tu…” cemuh Aishah. Faris kembali duduk sambil menggosok2 kepalanya yang sakit.

Melihat Faris duduk, Aishah duduk kembali. Dibuangnya puntung kayu ke dalam unggun api. Kasihan pula melihat Faris yang mengaduh kesakitan. Faris pandang Aishah di tepinya, kemudian menggeleng kesal.

“Hilang akal ke aku nak rogol kau? Banyak lagi perempuan cantik kat luar tu! Kalau setakat macam kau ni, sorry to say, kau bukan taste akulah! Kalau kau serah diri kat aku pun, aku tak selera nak pandang!” bentak Faris. Apa saja yang terlintas di fikirannya, diluahkan saja tanpa mengambil kira perasaan Aishah.

Aishah terdiam. Tersinggung mendengar kata2 Faris. Sedikit perasaannya tercalar. Dipandangnya unggun api di hadapan mereka. Aishah tunduk sambil memeluk lututnya. Terasa maruahnya benar2 terguris dengan kata2 Faris.

“Ini ke cara orang keturunan baik2 nak main2?  Main2 dengan maruah orang?” tutur Aishah perlahan dalam nada menyindir. Faris terkesima mendengar kata2 Aishah. Bibirnya serta merta kelu. Aishah dilihat terus membaringkan dirinya dengan membelakangi Faris.

Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Aishah lagi selepas itu. Faris terdiam sejenak. Dia diserbu rasa serba salah yang membukit. Nafasnya ditarik payah. Dipandang tubuh Aishah yang membelakanginya. Faris meraup2 wajahnya. Dia cuba mengingati kembali apa yang dilakukannya sebentar tadi.

Jujur, dia sendiri tidak tahu, mengapa dia boleh bertindak seberani itu. Melihat wajah Aishah, tiba2 membangkitkan satu rasa yang aneh di gelodak jiwanya. Cuba ditahan, namun tatkala dia membelai rambut Aishah, perasaan itu kian menebal. Dia gagal mengawal tindakan luar sedarnya.

Kata2 Aishah terus berdengung di fikirannya. Main2 dengan maruah orang? Saat itu, Faris kembali teringatkan teman2 perempuannya yang selalu diajak berpeleseran dengan kawan2nya. Selalunya, perempuan2 itu selalu dijadikan bahan untuk menghiburkan dia dan kawan2nya. Disuruh menyanyi, mereka menyanyi. Disuruh menari, mereka menari.

Peluk cium, bagai perkara biasa dalam kehidupan mereka. Namun, lebih dari itu seperti dia bertindak terhadap Aishah tadi, tidak pernah terjadi di dalam hidupnya. Bukan dia tidak pernah dihidangkan dengan peluang2 yang bagus, tapi, setiap kali dia menghampiri mana2 perempuan, wajah mamanya kerap muncul. Serta merta, rasa bersalah terhadap mama selalu menyelamatkannya dari terus terbabas jauh.

Tapi…perempuan2 itu, semua datang kepadanya. Bukan dia yang mencari! Bukan salah aku jugak! Faris merebahkan badannya. Dia merenung bintang2 dilangit. Nafasnya dihela berat. Sekilas lalu, dia menoleh ke arah Aishah yang langsung tidak bergerak.

I’m sorry Aishah…I’m really sorry…..Faris terus dihimpit rasa serba salah. Terkilan rasa hatinya kerana bertindak sedemikian terhadap Aishah tadi. Rupanya, orang jahat pun ada hati dan harga diri….Malam kian tua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 3-6-2011 16:04

“Bangun! Bangun!” Faris terasa perutnya senak dihentak sesuatu yang keras. Perlahan2 dia membuka mata. Silau cahaya matahari yang terang benderang sudah cukup memberitahu bahawa hari sudah siang.

Faris membuka matanya dengan lebih besar. Tetapi, sebaik terlihat 2 batang tubuh yang tegak berdiri di hadapannya ,  membuatkan mata Faris terbeliak lebih besar.

“Bangun!!!” arah Dol seraya menendang perut Faris. Terpisat2 Faris bangun, lalu dipandang sekelilingnya. Aishah sedang berdiri di sebelah lelaki berbaju hitam manakala lelaki berbaju hijau pula sedang mengacukan pistol ke arahnya.

Perlahan2, Faris bangun sambil memandang mereka bertiga silih berganti. Macammana diorang boleh jejak aku ni???

“Kau lari ye…..Kau ingat kau pandai sangat hah?” marah Dol.

“Pulak tu, pandai2 bawak lari anak dara orang…Aku cepuk jugak kepala kau ni…” tambah Abu yang kepanasan. Aishah angguk, bersetuju dengan abangnya.

Faris ternganga memandang mereka bertiga. Dia sudah hilang akal, lebih2 lagi melihat pistol Dol dan Abu yang sentiasa terarah kepadanya.

“Ikat tangan dia sekarang Abu!” Dol menghulur tali yang dibawanya kepada Abu. Pantas Abu menghampiri Faris lalu tangan anak muda itu diraih kasar.

“Err..bang! Bang! Nanti dulu bang! Jangan ikat saya! Kita berbincang dulu bang! Kita bincang!” kelam kabut Faris memohon simpati mereka. Namun Abu terus mengikatnya.

“Aishah…tolong aku…” Faris memandang Aishah yang sedang memandangnya dengan muka selamba.

“Kau tahu nama Aishah?” jerit Abu terkejut sebaik terdengar nama Aishah keluar dari mulut anak muda itu. Aishah dan Faris terlopong. Dol segera mencengkam dagu Faris.

“Heeyyy..apa lagi kau tahu pasal kami hah? 2 hari korang kat hutan ni….apa yang kau tahu?” soal Dol berang. Faris serba salah. Dia benar2 mengharapkan Aishah menolongnya saat itu. Namun Aishah dilihatnya diam membeku memandangnya.

“Saya cuma tahu nama dia…itu saja!” kata Faris cemas.

“Lagi?” soal Dol tegas. Aishah dan Faris dipandang silih berganti.

“Takde….betul bang…” jawab Faris resah. Dol merapati Abu sambil merenung Faris.

“2 hari kat hutan ni dengan Aishah…Cuba kau tanya Aishah…budak lelaki ni ada buat apa2 kat dia tak…” bisik Dol, namun cukup didengari oleh Faris. Lantas Faris terkesima. Abu berpaling, memandang Aishah dibelakangnya.

“Err…Ecah. Abang nak tanya sikit ni…2 hari kamu kat hutan dengan budak lelaki ni. Dia…ada buat apa2 pada kamu?” soal Abu terus terang. Faris ternganga lantas memandang Aishah memohon simpati.

Aishah pandang Faris kemudian tersenyum sinis. Dia berjalan merapati Faris manakala Faris pula memandangnya penuh harap agar Aishah akan menyebelahinya di saat itu.

“Ada! Dia peluk saya bang! Lepas tu dia campak saya dalam air….“ jawapan Aishah yang spontan membuatkan Abu dan Dol segera melepuk kepala Faris.

“Tak guna! Tak guna punya budak! “Dol dan Abu terus melepuk kepala Faris. Aishah senyum puas. Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah. Mendengar jeritan Faris yang dipukul memberi satu kepuasan dilubuk hati Aishah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 03:54 PM | Show all posts
Reply 161# fizziany


    bukan apa Fizzi tu dah jadi normal lah.. kat umah org mmg aku jadi perihatin sgt2...
kat umah sendiri aku pun tunggang langgang gak...hihihi
sbb apa bila kita menulis cam malas nak ulang baca takut 'terjelma' idea lain dan kena edit lagi...
kalu umah org baru kita perasan ada cam tak kena (tu pun kalu TT tu tak edit btul2 la)
tak pe lah kita saling tgur mengur... aku risau takut ko merajuk trus xnak bagi n3 dah.....
mau aku kena hampuk dgn fan ko nnti...hehehe...

harap makin best la n3 nnti..
jgn ambik hati ye fizzzi.. lagipun smbil keja smbil makan kropok...
baru la best.... (peribahasa baru ciptaan aku tu...)  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 04:02 PM | Show all posts
Reply 165# Jaza2008


kalu sambil keje boleh makan keropok..syok gak..
masalahnya akeje aku..takleh enganged ngan bende lain langsung!

takat kunyah gula2 ..... buleh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2011 06:11 PM | Show all posts
Rasain lu Faris. Apa pasailah hang gatai sangat kat dalam hutan pun nak buat kes. Kan kepala dah kena cepuk dengan Harun Salim bacik!

aisyah pun brutal je bila abang dia ada, suka hati dia bila Faris kena cepuk!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 01:28 PM | Show all posts
aku suka aishah ni
jgn kasi chance kat faris

sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2011 02:03 PM | Show all posts
Inspektor Amir menekan loceng pagar sebuah rumah berkali2. Masuk kali ini, sudah kali ke tiga belas. Naik kematu jarinya menekan loceng. Kalau dilihat suasana rumah itu dari luar, nampak seperti tidak berpenghuni saja.

Betul ke alamat ni? Hati Inspektor Amir mula digaru resah dan sangsi. Sudah 3 kali dia datang bertandang ke rumah itu hari ini. Namun, penghuninya masih jua belum muncul. Tiba2, bunyi pagar rumah sebelah yang dibuka mencuri perhatiannya. Seorang lelaki tua berkopiah keluar dari pagar.

“Anak nak cari siapa? Dah banyak kali pak cik tengok anak datang sini?” soal Pak Cik itu. Dari penampilan luarannya, barangkali dia berusia awal 70-an. Inspektor Amir yang disapa, terus mengukir senyum dan berjabat tangan dengan pak cik tua itu.

“Ohh..Saya, Inspektor Amir. Saya sebenarnya nak mencari Halim bin Lamin. Alamat ni yang diberikan kepada saya. Betul ke ni rumah Halim bin Lamin?” soal Inspektor Amir. Rasa lega bila ada yang sudi menolongnya saat2 itu.

“Ohh…alamat ni betul…memang ni rumah Halim…” kata pak cik tua itu sambil tersenyum. Bersinar mata Inspektor Amir mendengar. Diurut2 dadanya kelegaan.

“Tapi..dia dah pindah 4 hari lepas…” sambung pak cik tua itu.

“Hah?” tersentak Inspektor Amir. Pindah jugak??? Sebelum ini, dia sudah ke rumah Abu Bakar , orang pertama suruhan Tengku Khursiah pada hari kehilangan Tengku Faris. Abu Bakar juga diberitakan telah berpindah. Bukan setakat dia seorang saja yang berpindah, malah seluruh kaum keluarganya juga diangkut sekali.

“Betul? Pak cik tahu dia pindah ke mana?” soal Inspektor Amir gusar. Kini, perlbagai persoalan mula timbul dibenaknya. Nyata, kehilangan Tengku Faris berunsur jenayah! Kalau tidak, takkan kereta boleh hilang, CCTV boleh rosak, 2 orang suruhan Tengku Khursiah boleh hilang!

2 orang suruhan Tengku Khursiah hilang? Tengku Khursiah??? Mungkinkah??? Inspektor Amir mula dihujani pelbagai pertanyaan. Hatinya mula tidak tenteram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 02:04 PM | Show all posts
“Berapa lama kita nak tunggu lagi mummy? Tak bolehkah kita suruh saja peguam tu baca wasiat tu tanpa Tengku Faris?” soal Tengku Kamil berang. Menunggu berita dari unit siasatan khas yang diupah oleh keluarganya terasa lambat sungguh.

“Sabarlah Tengku Kamil….Dah wasiat arwah macam tu, macammana kita nak buat…” keluh Tengku Khursiah sambil mematah2kan jarinya.

“Kenapa lembab sangat polis ni? Susah sangatkah nak jumpa Tengku Faris tu? Kamil tak kira…Kamil nak pergi jumpa Dr. Jagjit..nak buat rayuan supaya dia baca wasiat tu tanpa Tengku Faris!” Tengku Kamil terus bangun.

“Tengku Kamil!!!” Tengku Khursiah terus bangun lalu mengejar Tengku Kamil hingga ke muka pintu. Namun, langkah Tengku Kamil lebih laju darinya.Hii…Tengku Khursiah mendengus kasar. Geram. Arwah suaminya juga satu hal..mengapa perlu membuat wasiat sebegitu rupa…menyusahkan keluarganya sahaja!

Kereta Tengku Kamil dilihat terus keluar dari perkarangan villa sambil diperhatikan oleh Tengku Khursiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 02:05 PM | Show all posts
“Mengucap sekarang!” arah Dol pada Faris sebaik membaringkan Faris dilantai. Abu tersenyum2 disebelah Dol manakala Aishah pula mula panic melihat perlakuan Dol dan Abu.

“Apa semua ni?” soal Faris cemas. Melihat wajah Dol yang serius, Faris mula gusar.

“Kami diarah bawa mayat kau pada bos kami. Jadi, aku bagi kau peluang untuk mengucap!” kata Dol tegas. Tercegil mata Faris mendengarnya. Peluhnya merenik semakin banyak. Aishah yang ternganga sejak tadi, terus mendapatkan Abu dan Dol.

“Abang Abu! Abang Dol! Kenapa kita kena bunuh budak lelaki ni?” soal Aishah cemas. Faris cuba menahan debar didadanya yang semakin tidak keruan.

“Bos suruh…kita terpaksa…Kau ketepi Ecah!” arah Abu lalu menolak tubuh Aishah yang berada didepan mereka. Namun Aishah tidak berganjak. Dikeraskan badannya menahan tepisan Abu. Wajah Aishah merona merah, menahan marah sambil memandang Dol dan Abu.

“Jadi, betullah abang Abu dan Abang Dol pernah bunuh orang sebelum ni? Mati2 Ecah tak percaya!!!” jerit Aishah tiba2 dengan wajah berang. Abu dan Dol terlopong memandang Aishah.

“Siapa beritahu Ecah macam ni?” soal Abu. Dia dan Dol saling berpandangan. Nafas Aishah turun naik, menahan marah di dada.

“Siapa beritahu tak penting! Tapi, selama ni mati2 Ecah ingat kita ni cuma penculik ! Kenapa mesti kita jadi pembunuh?!! Kenapa?!!” jerit Aishah hiba. Abu dan Dol berpandangan lagi. Dol memandang Faris yang terbaring di lantai rumah kayu mereka.

“Ini…mesti budak ni yang cerita….” Dol terus menarik picu pistol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 02:06 PM | Show all posts
“Nanti!!!” Aishah segera menepis tangan Dol dari menghala pistol kearah Faris. Abu dan Dol berpandangan lagi.

“Ecah…Tolonglah! Jangan emosional sangat! Kerja kita cuma tinggal ini saja. Lepas tu, kita boleh dapat duit yang banyak Ecah!!!” kata Abu. Aishah menggeleng.

“Bang….abang nak RM3 juta tak?” Faris yang dari tadi diam tiba2 bersuara. Keadaan yang kucar kacir tadi, tiba2 menjadi sunyi sepi dengan pandangan mata ketiga2nya memandang Faris. Huh….Faris tarik nafas lega.

“Ha’a bang…Ecah lupa nak cakap, kalau kita hantar dia balik rumah dengan selamat, dia kata nak bagi kita RM3 Juta….” Aishah pula tiba2 menyampuk. Abu dan Dol berpandangan. Melihat Dol dan Abu yang saling terdiam merenung ke lantai, Aishah segera menolong Faris bangun. Faris didudukkan dihadapan mereka.

“Thanks…” melebar senyum Faris memandang Aishah yang sudi membantunya. Namun Aishah langsung tidak membalas senyuman itu. Wajahnya biasa saja.Faris sedikit kecewa.

“Apasal kau baik sangat dengan dia ni?” rupa2nya Abu melihat aksi mereka berdua. Pantas Aishah menggeleng.

“RM3 juta bang…” tukas Aishah. Tidak mahu Abu tersalah anggap akan kebaikannya. Dol menggaru2 kepalanya, merenung Faris.

“Betul ke kau ada duit RM3 Juta? Jangan2 kau tipu aku…” soal Dol ragu2. Tapi, kalau bukan orang kaya, takkan lelaki ini hendak diculik?

“Betul bang…abang tahu tak siapa bapa saya?” soal Faris kelam kabut. Dol dan Abu perlu diyakinkannya sebaik mungkin agar menerima cadangannya.

“Tak tahu…” Dol menggeleng.

“Tengku Mansor Tengku Mustaphar…” jawab Faris.

“Siapa tu?” soal Abu pula. Dol turut angguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 02:07 PM | Show all posts
“Bapa saya mungkin tak glamor. Tapi, dia salah seorang kerabat diraja dan seorang ahli korporat. Harta dia banyak…kat Malaysia ada, kat Indonesia ada..kat London ada…kat Dubai pun ada…Kalau kira2 seluruh jumlahnya….mmm….berbillion jugaklah…” kata Faris. Melopong mulut Dol dan Abu mendengar cerita Faris.

“Betul ke?” soal Dol kurang yakin.

“Betul bang..saya tak tipu. Cuba abang fikir, kenapa saya diculik. Saya sebelum ni, tinggal kat London dengan mak saya. Tapi, saya balik Malaysia ni sebab nak dengar pembahagian harta. Tapi, saya diculik pulak oleh abang…Jadi, itu pun dah membuktikan yang saya memang boleh bayar abang RM3 Juta….” kata Faris lagi. Berpeluh2 dia berusaha meyakinkan kedua lelaki didepannya.

Aishah disebelah Abu dikerling sepintas lalu. Gadis itu tunduk berfikir, tidak memandangnya langsung.

“Tapi….” Dol menghela nafas lemah, kemudian menyimpan pistolnya ke sarung yang tersangkut kemas dipinggangnya.  Melihat Dol yang menyimpan pistolnya, sedikit sebanyak melegakan sedikit hati Faris. Nampaknya, penculik dihadapannya ini, masih punya hati.

“RM3 Juta…siapa tak nak. Tapi…kami sebenarnya ada masalah…..” tutur Dol lemah. Abu tunduk terdiam. Wajah keduanya jelas berada  dalam dilemma.

“Kenapa bang? Tak cukup ke? Nak saya kurangkan upah?” soal Faris.

“Heyy!!! Nanti….biar aku jelaskan….” Kelam kabut Dol menangkis kata2 Faris. Faris tersenyum simpul.

“Sebenarnya….kami bukan tak nak terima tawaran kau…tapi….” Aduhhh…perkataan ‘tapi’ itu menjadi ngeri untuk didengar oleh Faris.

“Kami ni sebenarnya terdesak….” kata Dol lemah. Faris dan Aishah sama2 memandang Dol. Dol memandang Abu disebelahnya.

“Aku cerita je lah ye Abu….” kata Dol seakan meminta kebenaran dari Abu.

“Cerita sajalah. RM3 Juta punya pasal….” Jawab Abu dengan muka sedih. Aishah turut terpinga2 melihat kedua2 lelaki didepannya. Dia sudah duduk memeluk lutut sambil memasang telinganya dengan teliti.

“Kami ni..sebenarnya bukanlah nak menculik orang sangat….kami ni terpaksa…kami ni sebenarnya bekerja untuk orang…” kata Dol.

“Untuk siapa?” soal Faris.

“Kau jangan menyampuk! Biar aku cerita sampai habis…” marah Dol pula.

“Eh..eh..jangan marah dia….RM3 Juta….” Abu cepat2 menepuk peha Dol.

“O! Sorry…aku lupa…” Dol menggaru2 kepalanya. Faris menggeleng2kan kepalanya.

“Kami ni ada berhutang dengan satu along…RM15 ribu. Tapi…disebabkan lambat bayar…sejak 4 tahun yang lalu, bunga dia dah naik berkali ganda. Sekarang hutang kami tu dah jadi RM70 ribu..” kata Dol lemah.

“Berhutang dengan saudara sendiri pun ada bunga?” soal Faris hairan. Dol pandang muka Faris dengan wajah tidak puas hati. Tidak suka ceritanya dipotong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 02:07 PM | Show all posts
“Haa..ini la sebab aku kata kau bingai…Along tu, bukan saudara kami, tapi gelaran untuk syarikat peminjam wang …” sampuk Aishah disebelahnya. Faris melopong, terpinga2.

“Mana aku tahu..kan aku dah kata, aku tak tinggal kat Malaysia sebelum ni…”marah Faris. Paling dibencinya, gelaran ‘Bingai’ yang diberikan oleh Aishah padanya. Faris dan Aishah saling berpandangan serius.

“Kalau kau tak duduk Malaysia sebelum ni, macammana kau boleh fasih bercakap Melayu? Satu pun tak pelat?” soal Abu pula. Faris memandang Abu pula.

“Ha..a! Ecah pun nak tanya macam tu jugak sebelum ni…tapi, tak terkeluar dari mulut…” sampuk Aishah. Faris ternganga.

“Kiri kanan rumah aku kat London dulu, orang Melayu! Mak aku pun cakap melayu…kawan2 aku kat London pun ada yang melayu…Tinggal kat luar negara tak bermakna aku lupa asal usul…” jawab Faris.

“Mak kau melayu?” soal Abu. Dol memandang mereka  bertiga yang tiba2 nampaknya sudah berubah dari topic asal.

“Mak saya orang putih. Tapi dia pakar cakap melayu bang. Sebab, sebelum dia kahwin pun, lama dia dok Taiping. ..” balas Faris.

“Buat apa mak kau duduk kat Taiping?” soal Aishah pula. Dol pula menarik nafas geram memandang mereka yang asyik berbual.

“Ohh…dia datang Malaysia dulu, sebab nak buat kajian pasal pokok mengkudu. Sekali, terjumpa bapak saya yang masa tu kebetulan tengah bukak ladang kat situ… so, dari situ diorang jadi kawan…then lepas tu kawin,” kata Faris memberi penerangan. Melopong mulut Aishah dan Abu.

“Hoihhh!!!! Korang ni nak dengar cerita aku ke, nak dengar cerita mak dia kawin dengan bapak dia?” teriak Dol marah. Pantas Faris, Abu dan Aishah kembali memandang Dol.

“Ala..selingan. Drama kat TV pun ada iklan..” kata Abu membebel. Dol mendengus, kemudian kembali menyambung ceritanya.

“Haa..dengar aku nak bercerita ni. ..so, bila dah banyak sangat hutang, kami tak tahu macammana nak bayar balik. Jadi, dari situ, kami nak tak nak, terpaksa menculik anak orang kaya dan mintak tebusan. Paling banyak tebusan kami mintak pun…RM30 ribu saja. Tak berani nak mintak lebih2, takut lambat dapat duit. Jadi, sekali culik, dua kali culik…tiga kali culik…baru dapat langsaikan hutang tu…Tapi….” Dol berhenti sejenak sebelum menyambung ceritanya.

“Kau sambung pulak Abu…kering air liur aku..” pinta Dol. Abu setuju saja. Kali ini pandangan Faris dan Aishah terarah kepada Abu pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 02:08 PM | Show all posts
“Kali ke tiga kami culik budak, kami dapat RM50 ribu dengan senang. Tapi, 3 hari selepas kami dapat duit tebusan dari family budak tu, tiba2 kami dapat call dari sorang lelaki. Dia nak jumpa kami. Jadi kami pergi jumpa dia. Waktu kami jumpa dia, kami ditunjukkan satu video. Video kami bertiga menculik budak yang ketiga dan ada juga video waktu kami ambil wang tebusan dari family budak tu…” kata Abu.

“Jadi, dipendekkan cerita, orang tu kata, dia akan hantar video tu ke pihak polis. Masalahnya, dalam video tu, ada gambar Ecah sekali. Kalau setakat kami berdua, kami tak heran pun setakat masuk lokap. Tapi, kami rasa macam tak wajar untuk mengheret Ecah sekali sebab dia cuma jadi pak turut dalam semua kes.. Jadi, tawaran dibuat. Video tu takkan dihantar ke pihak polis kalau kami ikut cakap dia…” ujar Abu lagi.

“Dan, inilah tugas kami sebagai pertukaran kepada video tu. Kami ditunjukkan gambar kau dan diarah oleh bos kami, untuk culik kau. Tambah pulak, kami dijanjikan upah yang lumayan. Siapa tak nak….” sambung Abu lagi. Aishah dan Faris melopong memandang Abu.


“Habis, 2 orang suruhan yang abang bunuh tu macammana pulak?” soal Aishah mencelah kata2 Abu.

“Sebenarnya…2 orang yang nampak macam kena bunuh tu…tak kena bunuh pun. Itu semua sekadar lakonan. Kalau nak tahu, 2 orang suruhan yang mula2 ambil kau dari airport tu pun sebenarnya berkomplot dengan kitorang. Kau ingat tak, diorang ada bagi kau minum air?” soal Abu kepada Faris yang tercengang.

“Ada..” perlahan2 Faris angguk. Abu dan Dol saling berpandangan.

“Dalam air tu sebenarnya, ada ubat tidur. Sebaik kau minum, memang kau terus lelap tak hingat punya. Bila dah sampai kat tepi jalan, kitorang siapkan 2 orang tu berpura2 macam kena bunuh, then baru kami ketuk kepala kau supaya kau terbangun….Tapi, hakikatnya, memang 2 orang suruhan tu tak mati sebenarnya. Semua tu, adalah lakonan semata2 untuk menampakkan kau seolah2 benar2 diculik oleh kami untuk wang tebusan…” sambung Abu panjang lebar.

Faris dan Aishah melopong mendengar cerita Abu.

“Macammana kau boleh pasti yang selepas kau culik aku, dia akan serahkan pita video tu pada kau balik? Buatnya, dia masih simpan mastercopy video tu dan guna isu tu untuk terus mempergunakan korang pada masa depan, tak ke naya jadinya?” soal Faris pula.


Kali ini, Abu dan Dol saling berpandangan. Berkerut wajah masing2.

“Hah! Kau betul!!! Kenapalah kami tak fikir macam kau sebelum ni….Habis, apa kita nak buat ni?” Dol sudah tidak senang duduk. Dia sudah kesana kemari didepan mereka. Abu, Aishah dan Faris saling berpandangan resah.

“Kalau macam tu, kita kena buat plan…” usul Faris tiba2. Serentak dengan itu, Aishah, Abu dan Dol memandang Faris.

“Plan apa?” soal Abu tidak sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 04:11 PM | Show all posts
Si kena Culik hendak memberi tunjuk ajar kepada  si Penculik
apa kah plan Faris
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 10:52 PM | Show all posts
dorg dah kwn dh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 10:55 PM | Show all posts
faris akan bg plan baek punyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:12 AM | Show all posts
penculik dah berpakat dgn yg di culik....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:42 AM | Show all posts
RM3 juta punya pasal
penculik pun leh jd kawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.091873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list