CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 1-8-2011 09:40 AM | Show all posts
thanks for the n3..hope dapatlah sambung lagi..

Selamat Menyambut Ramadhan semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 10:46 AM | Show all posts
tks fizzi
tak sedar dah ada n3 baru
sambung lagi ... nak tau apa plan ecah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 01:53 PM | Show all posts
akhirnya dah ada cerita...
ecah mcm dah stat berplan nmpknya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:26 AM | Show all posts
As salam fizzi... sambung lah lagi... nak tahu kesudahannya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 05:41 PM | Show all posts
salam cik fizzi..aduishh tak sabar nye nak tau the next cite ni...rase cam takleh nak tido malamm.. heheh ! tulungggg cepat2 yerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:44 PM | Show all posts
fizzi bila nak sambung nih... dah lama bangat tunggu nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 09:03 AM | Show all posts
morning...jengok ...jengok jengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2011 09:04 PM | Show all posts
salam.

selamat menyambut ramadhan (walau dah seminggu...heheh..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2011 09:06 PM | Show all posts
“Rasa macam pelik sekarang..” luah Aishah yang berada disebelah Faris. Mereka masih dalam perjalanan pulang ke hotel. Kereta terus bergerak perlahan membelah malam pekat.


“Apa yang pelik?” soal Faris perlahan. Muzik latar dari Mozart melatari ruang udara di dalam kereta itu. Aishah melemparkan pandangannya kea rah tingkap kereta, melihat pemandangan  di luar.


“Dulu..aku rasa macam bebas bercakap dengan kau tanpa pedulikan apa2. Sekarang, aku rasa macam   serba tak kena bila kita bersembang…macam janggal…” kata Aishah perlahan. Faris tersenyum.


“Kau suka aku?” soal Faris tiba2. Aishah terdiam. Dia merenung jauh ke depan. Memang! Memang dulu aku sukakan kau. Berkali2 Abu dan Dol mengingatkannya agar jangan terus hanyut dengan perasaan suka dan sayang itu kerana akhirnya diri sendiri yang akan terus merana. Namun dia degil. Di simpan semua perasaan itu hingga bernanah. Dipupuk perasaan itu, hingga Abu dan Dol pun tidak dipedulikan.


Kata2 Abu dan Dol tak ubah bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dia degil dengan pendiriannya. Tetap mengingati Faris meski berjauhan. Namun hari ini, ternyata bersama Faris mengundang padah pada dirinya.


Tidak pernah terduga dikotak fikirannya bahawa suatu hari nanti dia akan hidup seorang diri tanpa Abu dan Dol. Tidak terlintas difikirannya, Faris yang dipuja setengah mati, menjadi punca dia kehilangan 2 saudaranya itu.


Sekarang, lelaki itu menyoalnya sedemikian rupa? Apa jawapan yang harus diberikan? Aku suka kau? Aku cintakan kau? Apa lagi yang akan terjadi jika kata2 itu dituturkan?


“Kau rasa?” soal Aishah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2011 09:07 PM | Show all posts
“Aku rasa kau sukakan aku. Sebab tu bila kau berhadapan dengan aku, kau jadi serba tak kena…” balas Faris sambil tersenyum. Aishah tersenyum sinis. Yakin sungguh lelaki itu berkata2.


“Kau cakap macam dah ada pengalaman…” bidas Aishah perlahan. Kali ini Faris pula terjerat. Memang benar, berdasarkan pengalamannya dahulu, rata2 perempuan sering menjadi serba tak kena bila berhadapan dengannya. Bila diselidiki, rupa2nya mereka menaruh hati padanya. Begitu juga halnya dengan Tengku Alyah.


“Itu dulu…” tukas Faris perlahan.


Aishah mengukir senyum sinis. Terasa hendak mengejek dengan ayat terakhir Faris. Namun, dia hanya mendiamkan diri.


Faris memandang cermin keretanya yang menghadap belakang sepintas lalu. Hatinya terasa tidak tenteram. Sebuah kereta Waja  berwarna hitam dilihat bergerak perlahan mengikut kadar kelajuan kereta mereka.


“Kalau tak salah aku, kereta belakang kita ni dah ikut kita sejak dari restoran lagi…Kau perasan tak?” soal Faris tiba2. Pantas Aishah menoleh ke belakang.


Papp!!! Serentak dengan itu Faris menampar peha Aishah.


“Kau janganlah toleh! Nanti diorang perasan! “ marah Faris. Aishah cepat2 memandang ke depan. Dipandang Faris disebelahnya.


“Kau perasan tak kereta ni ada jugak masa kat restoran tadi?” soal Faris inginkan kepastian. Aishah diam, cuba mengingati kembali saat2 dia berada di restoran. Pantas dia menggeleng.


“Entah, aku tak perasan pun…” balas Aishah. Darahnya berderau saat itu. Tas tangan hitam digenggam seeratnya ke dadanya. Faris masih memandu dengan tenang.


“Aku rasa kereta tu ikut kita….” beberapa idea mula muncul di kepala Faris. Bagi memastikan samaada kereta itu mengekori mereka atau tidak, Faris terus memberi isyarat untuk melencong kea rah  satu simpang yang kebetulan berada di hadapan mereka.


Aishah diam tak berkutik. Tas tangan hitamnya digenggam erat lagi. Faris terus membelok keretanya memasuki simpang. Dan telahan Faris nyata benar2 berlaku. Kereta Waja hitam itu juga turut membelok kea rah simpang yang sama.


Faris dan Aishah saling berpandangan. Wajah masing2 mula merona pucat.


“Kan aku dah kata..penculik kau sebenarnya masih bebas. Kalau nak ikutkan, seorang penjahat takkan cari pasal dengan orang yang dia tak kenal dan tak memberi manfaat apa2 pada dia. Cuba kau bayangkan, si Hazriq Iqbal yang tidak pernah ada perhubungan dengan kau, tiba2 mahu menculik dan membunuh kau? Untuk apa? Sesuatu yang ganjil bukan?.” dalam keadaan  tegang seperti itu, Aishah sempat membebel panjang.


Faris mengangguk, membenarkan kata2 Aishah. Kereta itu masih lagi mengekori belakang mereka. Barangkali tidak menyedari kewujudan mereka telah disedari.


“Apa kita nak buat sekarang?” mata Faris melingas memerhati seluruh kawasan sekitar .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2011 09:08 PM | Show all posts
“Kita cuba menyorok…” ujar Aishah memberi cadangan.


“Bernas idea kau!” puji Faris lalu melajukan kereta mereka.


“Sebab tu aku suka kau!” sambung Faris lagi. Aishah diam sambil memandang jalan. Barangkali mungkin ada simpang yang boleh mereka menyusup untuk melarikan diri dari kereta tersebut.


Aishah meneliti kawasan sekitarnya. Kawasan perumahan yang agak padat penduduknya  dengan simpang yang banyak. Aishah menoleh ke belakang. Kereta itu tidak kelihatan kerana dipisahkan oleh simpang. Peluang itu harus diambil segera!


“Kau masuk simpang depan, kemudian patah balik ikut simpang lagi satu!” arah Aishah segera. Pantas Faris membelok keretanya ke satu lorong dan melajukan keretanya agar membolosi jalan itu hingga ke hujung. Mereka perlu sampai ke hujung simpang sebelum kereta mereka dilihat oleh kereta Waja tersebut.


Sebaik sampai di hujung simpang, terus Faris membelok ke arah  simpang yang membolehkan mereka keluar ke jalan utama semula. Aishah pantas menoleh kebelakang. Kereta Waja itu sudah hilang.


“Dah hilang…” Aishah senyum senang sambil tersenyum memandang Faris. Faris turut senyum, sambil mengesat peluhnya.


“Siapa mereka?” soal Faris sambil memandang Aishah curiga. Jika begini keadaannya, nampaknya misteri kes penculikannya dahulu masih belum selesai. Kata2 Inspektor Amir mula terngiang2 diingatannya. Barangkali benar, masih ada sesuatu yang tertinggal di dalam kesnya.


Aishah diam. Hatinya berdebar2. Tas tangan hitam di tangannya direnung lama. Perlahan2 dia membuka butang tas tangan tersebut. Sekeping kertas dikeluarkan dari tas tangan itu. Faris terkedu melihat perlakuan Aishah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2011 09:09 PM | Show all posts
Faris memandang Aishah yang mencium kertas putih yang bercampur warna coklat. Bagaikan ketagih menghidu baunya, Aishah leka melekapkan kertas itu ke hidungnya.  Aneh!


Aishah membuka matanya perlahan2 lalu memandang Faris yang terpinga2.


“Cuba kau hidu bau kertas ni…” Aishah menghulurkan kertas yang dipegangnya sejak berada di dalam kereta tadi kepada Faris. Sebaik sampai ke hotel, mereka berdua terus berkurung di dalam bilik Aishah. Faris terkebil2 memandang Aishah yang menghulurkan kertas itu kepadanya. Perlahan2, diambil kertas itu lalu dibawa ke hidungnya.


Huh! Hanyir!! Kertas comot itu segera dijauhkan dari hidungnya. Faris terus memandang Aishah di depannya.


“Bau apa ni?!” soal Faris terkejut. Lantas coretan di kertas itu dibaca.


‘JAUHI TENGKU FARIS JIKA KAU TAK MAHU MATI SEPERTI MEREKA! TENTU SAKIT BILA MELIHAT ORANG YANG KAU SAYANG MATI..’


Mata Faris terjegil lalu dia memandang Aishah. Aishah mengukir senyum sinis.


“Apa ni?” Faris mula dihujani pelbagai persoalan yang sukar dirungkai. Pandangan mata Aishah menambahkan lagi kekusutan hatinya.


“Masih terbau kan?” Aishah bersuara perlahan, tersenyum sinis. Faris mengerutkan keningnya seraya merenung Aishah. Dia mula berusaha membaca fikiran Aishah, namun gagal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2011 09:11 PM | Show all posts
“Bau darah abang Abu dan abang Dol….” Aishah senyum lagi. Senyuman yang menakutkan! Faris terpana mendengar kata2 Aishah.
       

“Aish….” Bibir Faris mula kelu. Matanya tidak dapat lari dari memandang Aishah. Dia perlukan kebenaran saat itu.


“Aku dapat nota tu…pada malam kau temui aku. Nota tu, ada dalam genggaman abang Dol….” tutur Aishah perlahan memulakan bicaranya. Faris terkesima.


“Jadi, rompakan itu?” soal Faris keliru. Aishah senyum lagi.


“Tak pernah berlaku sebarang rompakan di rumah aku. Tak pernah ada RM8 ribu yang hilang. Yang hilang dan dirompak dari rumah aku malam itu…cuma nyawa abang Abu….dan nyawa abang Dol…..” balas Aishah perlahan. Mata keduanya saling berpandangan tajam.


Faris mengerutkan dahinya. Dia bagaikan tidak percaya mendengar cerita Aishah.


“Jadi kau tipu polis?” soal Faris. Aishah menjungkit keningnya, lalu mengangguk.


“Aku yakin, penculik kau masih bebas. Kes kau masih tergantung. Dan aku sangat pasti…orang yang membunuh kedua abang aku, adalah orang yang paling dekat dengan kau. Barangkali seseorang yang sudah lama sakit hati dengan kau! Atau yang terlalu cemburu dengan kau!” kata Aishah tegas.


“Tapi…” bibir Faris bagaikan kelu untuk meneruskan kata2. Dia merenung nota yang tercatat dikertas itu. Tak mungkin Aishah berbohong! Wajah Aishah dipandang lagi.


“Mungkin abang tiri kau?” soal Aishah sinis seraya senyum.


“Tak mungkin!” pantas Faris menggeleng. Tengku Kamil telah membuktikan dirinya tidak terlibat dalam hal itu.


“Jadi barangkali ibu tiri kau?” duga Aishah pula. Faris menggeleng lagi.


“Dia bukanlah seburuk yang disangka! “ tegas Faris. Aishah senyum. Nafasnya dihela lagi. Dia merenung jauh ke siling. Bibirnya diketap.


“Jadi…mungkin Tengku Alyah,” duga Aishah.


“Tak mungkin! Dia takkan sampai hati nak buat aku macam ni! Dia cintakan aku!” tegas Faris lagi. Aishah merenung wajah Faris.


“Kau cintakan dia?” soal Aishah pula. Faris terkesima lalu memandang Aishah yang menanti jawapannya.


“Tak…” jawapan Faris membuatkan mereka saling berpandangan dan terdiam sejenak.


“Sebab kau tak cintakan dia, maka dia berdendam dengan kau…” ujar Aishah perlahan. Faris mengerutkan keningnya. Takkanlah Tengku Alyah sampai hati hendak membunuhnya? Takkanlah Tengku Alyah tergamak membunuh Abu dan Dol? Mengapa? Kalau benar, bagaimana dia lakukan semua itu? Siapa pula Hazriq Iqbal yang tiba2 muncul dalam kes ini?


“Ahhh!!! Aku tak dapat nak fikir semua tu!!!” Faris terus memegang dahinya. Dia bangun dari sofa lalu terus baring di katil. Otaknya mula berpinar. Seribu satu soalan mula menyerbu mindanya.


“Kau tak payah susah2…Kali ini, biar aku yang uruskan! Aku ada pelan untuk kita….” Aishah bangun lalu menghampiri Faris yang terbaring di katil.  Faris memandang Aishah yang berdiri tegak di hadapannya.


“Nota ni..nyawa aku!” kertas di tangan Faris dirampas lalu Aishah  menyimpan kembali nota berdarah itu ke dalam tas tangan hitamnya. Dia tidak akan sesekali membiarkan kertas itu hilang dari hidupnya!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 09:58 PM | Show all posts
yeay..ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 02:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by thafly at 8-8-2011 02:55

lama xjenguk sini tgk2 ada cerita baru..
apa2 pon, saspen nyaaaa citer ni..
sapa sbenonye yg culik faris dulu??
tengku kamil ke tengku alyah..
xpon tengku kamil+tengku alyah komplot..:@
ataupon entah2 tengku kamil suka kat alyah, so jeles punye pasal dia upah orang culik faris?
penin speku mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 02:43 PM | Show all posts
ADUH......BERDENDAM LAH PLAK AISYAH NIH......{:1_142:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 12:51 PM | Show all posts
mesti faris terkedu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 02:48 PM | Show all posts
fizz sbg banyak2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 03:00 PM | Show all posts
cpt aishah cri sape dalangnye...nak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 03:11 PM | Show all posts
xsabar nak tunggu rancangan ecah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058359 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list