View: 3933|Reply: 58
|
[Jenayah]
Cikgu Demand, Tak Nak Terima Pen, Mug, Frame, Bunga Kecik Untuk Hadiah Hari Guru!
[Copy link]
|
|
Hari 16 Mei, para pendidik seluruh negara sekali lagi menyambut hari istimewa buat mereka iaitu Hari Guru. Selepas menabur bakti dan menghabiskan banyak masa bagi mengajar anak murid, tidak salah untuk mereka berehat dan berseronok pada hari itu.
Setiap kali penganjuran sambutan tersebut di sekolah, para pelajar akan memeriahkannya dengan meraikan jasa para guru yang banyak berkorban sebelum ini.
Antara perkara yang tidak sabar dilakukan oleh murid adalah memberikan hadiah kepada guru tercinta. Pun begitu, masih juga ada isu melibatkan jenis barangan yang diberikan kepada para pendidik ini.
Cikgu Minta Ibu Bapa Sediakan Hadiah Untuk Sambutan Hari Guru
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (manis_khairi) apabila seorang wanita berkongsi satu tangkap layar perbualan di platform WhatsApp dipercayai daripada group kelas di antara ibu bapa dan juga guru di sekolah anak.
Dalam mesej tersebut, cikgu dari sekolah swasta di Johor itu sedang memberi peringatan kepada setiap ibu bapa dan penjaga tentang sambutan Hari Guru yang akan diadakan.
Kebiasaannya, pemberian hadiah daripada murid ini dikira sebagai satu sedekah buat mereka yang mempunyai rezeki lebih untuk berkongsi dengan para guru. Bahkan ia tidak sepatutnya menjadi satu keperluan atau kewajipan.
Namun lain pula bagi sesetengah sekolah yang mana ada cikgu yang meminta ibu bapa bagi menyediakan hadiah-hadiah untuk dibawa ke sekolah.
“Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan kepada guru pada hari tersebut (sambutan Hari Guru),” kata si cikgu.
Guru Harap Ibu Bapa Tak Beri Pen Atau Mug
Lebih mengundang perhatian adalah apabila guru ini mengehadkan jenis hadiah yang boleh diberi. Hadiah yang biasa diterima oleh mereka adalah tidak digalakkan kerana dikatakan tidak memberi manfaat.
“Kami mohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi pen, mug, frame (bingkai gambar), atau bunga-bunga kecil kepada guru-guru. Hadiah yang berkat adalah hadiah yang memberi manfaat,” pesan pengajar itu lagi.
Situasi ini kemudiannya membuat si ibu tertanya tentang adab para guru yang meminta-minta sesuatu jenis hadiah daripada para penjaga.
“Boleh ke demand macam ni? Apa pendapat korang?” tanya si ibu.
Ramai Tak Puas Hati Dengan Sikap Guru Yang Demand Jenis Hadiah
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan permintaan guru yang tidak munasabah itu.
“Tolonglah jangan normalize benda ni. Macam wajib pulak kena bagi hadiah waktu hari guru. Ibu bapa yang berkemampuan tak apa. Ibu bapa yang tak berkemampuan macam mana?
“Lepas tu yang bagi hadiah gah-gah bukan main kau layan baik budak tu. Yang tak bagi hadiah atau biasa-biasa je kau (cikgu) buat endah tak endah. Cuba ikhlaskan diri tu,” kata seorang netizen.
Malah ada juga individu yang sempat menyindir guru-guru yang terlalu ‘demand’ ini.
“Suruh anak hadiahkan al-Fatihah je untuk cikgu-cikgu macam ni. InsyaAllah bermanfaat. Tak ada la sampai hidup meminta-minta,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir para ibu turut berkongsi sikap guru sekolah lain yang tidak memaksa seseorang murid untuk membeli sebarang jenis hadiah.
“Dekat sekolah anak lelaki saya pula, sangat berbeza. Alhamdulillah cikgu semua baik-baik. Syukur,” kata seorang ibu sambil berkongsi tangkap layar group WhatsApp. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buat undang2 boleh bagi kad sahaja. No gift policy. Harap menteri cepat cegah sebelum parah. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi kad je la sudah
cikgu bias la nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak juga bagi, baik parents sekelas share2 duit sorang rm 2,3 ringgit pastu beli 1 je hadiah utk guru kelas. Kalau x, xyah la bg terus. SG dulu xde pon bg apa2 hadiah kat cikgu. Hadiah kan result yg helok dgn perangai yg helok je. Tu pon nampak lah cikgu sayang n ingat kat SG…. Gittchewww kita humble bragggg  |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dulu2 takde pn kegigihan nak bagi cikgu hadiah2 suma bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
terima je la..nama pun hadiah..banyak cikadak pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 19-5-2025 09:27 AM
Alaah yg hamak sgt ngn hadiah2 tu pun bkn org lain anak bini cikgu laa jugaa
Hadiah bagi kat tok laki tp dia laa yg terlebih beriaa
Dulu yg viral tak suka hadiah kedai eco tu bini cikgu la juga
Cikgu2 lelaki biasanya tak kisah sgt pun dapat ok takda pun ok tp dah binik dia menekan2 dan berharap hurmmmm
Nak laki dpt byk hadiah hengko kena la bersediaa berkongsi laki tu ngn anak2 murid hahah
Tp bkn semuaa laaa ada je bini2 yg chill je takde la semua nk kecoh2
|
|
|
|
|
|
|
|
amboiiii sakan demand. hadiah apa yg bermanfaat sgt tu bg cikgu?
takyah bagi apa2...wish sudah |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 19-5-2025 08:58 AM
Kalau nak juga bagi, baik parents sekelas share2 duit sorang rm 2,3 ringgit pastu beli 1 je hadiah u ...
Dulu masa sekolah menengah just bg hadiah kat guru kelas je tu pun kumpul duit satu kelas beli kain pasang or tempahkan baju utk cikgu.
Yaa itu sajaaa.
Takde pun bg hadiah secara personal. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau iols.cikgu
Iols.suka.murid bg kad je..
Sebab kalau kad,.sure mcm2 style.ado..
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah swasta...dah tentu mak bapak ada bajet lebih... |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 19-5-2025 09:24 AM
terima je la..nama pun hadiah..banyak cikadak pulak...
Hahah ada chuols. Ada org yg meols kenal ni lgi komplen hadiah utk baby gang opismate bagi. Warna tak kene, design x kene.
Dah la kita masak n hantar ke rumah nak jamu dia, lagi komplen x ckup byk makanan meols bagi. Eh babi..ko pon x pnh bagi aku apa2..lagi nak bising. Tu last lah. Niat ikhlas tros jdi sakit hati. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 19-5-2025 08:58 AM
Kalau nak juga bagi, baik parents sekelas share2 duit sorang rm 2,3 ringgit pastu beli 1 je hadiah u ...
Dh btahun dh xbg individual hadiah kt cikgu2. Commit waktu tadika ja sbb cikgu2 xramai, swasta kan.
Naik sek ren, sek men dh stop kecuali pibg mintak chip in utk belikn hadiah sempena hari guru.
Rasional meols pn sama, janji ank2 jaga kelaku, kerja sekolah siap, exam elok tu pn tanda penghargaan dh kt cikgu2. (ank kita xbg depa sakit kepala ) |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 19-5-2025 09:24 AM
terima je la..nama pun hadiah..banyak cikadak pulak...
Haha dh lama tak dga cikadak
Mmg bnyk kira deme ni |
|
|
|
|
|
|
|
“Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan kepada guru pada hari tersebut (sambutan Hari Guru),” kata si cikgu.
Dahsyat cikgu skrg  |
|
|
|
|
|
|
| |
|