CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4204|Reply: 1

Berniaga Part time lebih berkat dari "part time income"

 Close [Copy link]
Post time 22-5-2011 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Aku terbaca artikel ni...mcm menarik...berniaga sambilan lebih berkat dari part time income(utk gomen staff)
aya mula berniaga dari umur 7 tahun, masa tu bapak susah, anak ramai, aku jual sagon, keropok goreng,kerepek ubi, kerepek pisang, mainan dll kat sekolah dan menjaja kat surau diwaktu tengahhari, selepas sekolah pagi dan sebelum masuk sekolah agama. kekadang aku jual kerepek secara borong kat cikgu Fatimah kerana dia duduk kat pekan. dia lawa... rambut kerinting afro.

Aktiviti ini aku teruskan hingga darjah 6.

Masuk tingkatan satu aku buat bisnes fotostate buku kerja ( aku fotostate ke pekan kerana kg aku takde mesin fotostate, koperasi sekolah pun takde mesin fotostate ) satu buku aku untung tak lebih dari RM1.00 ( 10% JER ) Walaupun aku harus mengayuh basikal sejauh15 km ke pekan. kerana ia perlu lebih murah dari beli buku.... walaupun qualiti kertas lebih baik.

BISNES NI BERTAHAN SELAMA 3 TAHUN DAN DIBANTU ABANG YANG DAH BERKERJA DAN ADA MOTOR. Lepas SRP aku pindah sekolah dan koperasi sekolah dah beli mesin Fotostate.

Aku sekolah tingkatan 4 aliran Sains, peluang bisnes fotostate masih ada kerana aku dah ada link dgn tokey fotostate dan dah dapat rate murah.
Aku buat juga. Aku terpaksa berhentikan bisnes fotostate apa bila POLIS jumpa risalah MEMALI dalam beg aku, Selepas diambil statement aku dibebaskan kerana cikgu datang jamin dan mengesahkan aku buat bisnes fotostate dengan menerima tempahan orang. Risalah Memali dirampas dan aku rugi RM 20.00. Masa tu RM 20.00 boleh makan tengahari 10 orang kat kantin sekolah.

Bisnes fotostate buku aku teruskan ... hingga tapat SPM.

Dapat keputusan SPM aku dah malas belajar... Aku nak kerja. Aku kerja kontrak tukang kayu , koncrete dan ikat bata ( projek stadium Badminton Cheras, Pejabat daerah Bangi dll ) Waktu malam aku buat mee goreng kat rumah kongsi jual kat pekerja indonesia dan bangladesh.

2 tahun kerja kontrak aku sambung belajar kat politeknik PD.

Siang aku belajar dan malam aku kerja hotel Ming Court. Dalam tempoh itu duit aku dah mula susut kerana expenses > income. Biasiswa? pinjaman? tak main laaaa.... Hari sabtu dan ahad tiap-tiap minggu aku pajak Kenu.. 6 biji kenu RM 50 sehari. kali pertama aku pajak kenu aku untung RM 80.

Kemudian ia stabil dengan keuntungan melebihi RM 100 sehari kerana dah ada pengalaman. minggu kedua dah pasang sorang pekerja, gaji RM 20.00 Sehari. Air minum aku bawak dari rumah satu flas. makan aku belanja.

Sebulan aku untung sekitar RM 600 - 800. Masa tu aku agak mewah ... calculator pun canggih.. beli baru seminggu dah kena rembat. tapi aku percaya orang yang rembat tu tak reti nak pakai kerana dia lain banyak. dan handbook ada pada aku..

Masa tu aku rasa tak sampai 10 pelajar yang pakai motor sendiri ( beli sendiri ) kalau bapak beli tu... aku tak heran.. yg pakai kereta pun ada.

Oleh kerana aku tergolong didalam kumpulan cerdas, maka aku kurang mengulangkaji pelajaran, sebaliknya aku yang mengajar kawan-kawan dan mengeluarkan sebahagian besar belanja dapur. Tapi...... assignment aku jarang buat. kawan-kawan aku ler....

Kerja hotel dan memajak kenu aku hentikan semasa semester ke 4 kerana aku perlu menumpukan kepada pelajaran semester akhir.... Tapi aku meniaga jugak. jual T-Shirt. cuma tak serancak dulu-dulu...

Habis Belajar kat Politeknik aku kerja YTL. 2 tahun aku kerja YTL. aku tak meniaga apa-apa pun kerana sibuk kerja dan sangat letih ( site supervisor )

Aku main saham jer.... Saham pertama aku beli adalah Talam Corp. masa tu dia ada projek kat Pulau Sentosa S'Pore, aku beli masa harga RM 2.00++ SATU LOT. DIA NAIK SAMPAI rm 5.00 dan kemudian aku menjana beberapa keuntungan. Tapi masa tu aku dah mula enjoy.... rajin ikut kawan balik kg.... mana tak pernah aku sampai? Labuan, Miri, Sandakan, Kuching, Kota Kinabalu, kuala terengganu, Langkawi.
TAMAN NEGARA JER MASA TU TAK PERGI KERANA SEBAB YG TERTENTU...

2 tahun aku kerja YTL, pindah kerja... Kerja TELEKOM, AKU DITUGASKAN DI PUNCAK GUNUNG BRINCHANG . Nak meniaga macamana? campur orang kampung pun takde.. 2 tahun aku tak meniaga.

Kemudian aku kawin. isteri aku kat KL. Dan salah sorang akan berulang-alik untuk selang 2 minggu.hampir 2 tahun kami duduk asing-asing. Dahlaa dah tak meniaga... belanja pulak tinggi.... masa tu simpanan dah makin menyusut.

........ skip untuk 2 tahun kerana dlm tempoh tu banyak berkara berlaku dan tiada kena mengena dengan bisnes.............

Bila isteri aku tiba-tiba berhenti kerja..... aku minta dia meniaga... dia tak reti.. aku mulakan dengan jual AVON. Modal pertama RM40.00. RM 30 Yuran keahlian dan RM 9.81 beli Lipstik, jual 10.90. untung RM 1.09. Bagi yang meniaga AVON, Mungkin kenal FATIMAH BEE.. masa zaman Datuk Rosli jadi presiden.... dia pernah jadi top district dan top 20 country... jualan RM 70,000.00 Setahun.kemudian anak aku lahir....

Sambil-sambil tu dia buka kedai jual baju kurung, t-shirt, kasut guna katalog. Aku pulak mula meniaga... jual burger , satay, sup, dan nasi lemak malam....
kekadang jual kacang rebus dan jagung rebus kalau public holiday....

3 tahun kemudian aku dah anak 2. aku kena tukar ke Sitiawan... Pening .. tak tau nak meniaga apa... bisnes kat cameron dah jual... tapi pengusaha yg baru tak boleh handle.. kekadang kami naik juga demi memenuhi permintaan pelanggan lama... sambil turun kami bawa sayur dan jual kat restoran di Sitiawan...

Dalam tempuh tu anak tambah sorang lagi...

Bila anak dah boleh berjalan pada Tahun 2003 aku menyewa lot kedai dan memulakan perniagaan minimarket. bisnes ok dan berjalan lancar... sambil tu aku buat supply dan ambik sub kerja kontrak.

Tapi malang... rezeki tak lama... Econsave dan Giant dibuka... kami pun tutup kedai sebelum mengalami kerugian.....

Datang pulak rezeki lain..... Aku naik pangkat lagi...

masa ni pulak dugaan datang... Anak isteri ambil keputusan untuk balik Kuala kangsar... emak dan bapak dia tak berapa sihat... takpe lah.. kerana adik dia pun juah-jauh dan semua berkerja.....

Baru duduk 3 bulan kat Kuala..pakcik dia offer kedai.(no tepon kedai 05 7767700 )Dia pun meniaga balik. jual kerongsang,tudung,kosmetik dll... dan aku kosentrate berkerja-dan berkerja dan terus berkerja ...........

Sambil-sambil tu aku rajin menghadiri ceramah MLM, kursus agensi kerajaan, swasta,belia, dan banyaklah.

BILA DAH SAMPAI TAHAP SEKARANG... AKU DAH LETIH MENIAGA SECARA KONVESIONAL...

AKU MULA BELAJAR BUAT LAMAN WEB DAN PERNIAGAAN ONLINE.......

INSAALLAH LAWAN WEB AKU AKAN DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI....
selewat-lewatnya Feb 2009.

www.riches4u2.com

Itulah pengalaman aku berniaga. dan sekarang aku masih belajar ilmu menternak, membiak ikan .....

Kesimpulannya....... belajarlah berniaga walau jual apa barang pun. asal halal.









Anda pula bagaimana?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2011 09:56 AM | Show all posts
TOLONG LAH BACA PERATURAN CI, JANGAN MAIN HENTAM AJA BUKAK THREAD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.509847 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list