CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
Post time 3-6-2011 03:27 PM | Show all posts
hi blings selamat bercuti semuga balik dari cuti idea mencurah2 haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 03:40 PM | Show all posts
Ok...bagi chance kat you all buat poll...
Nak Cikgu Nazali dengan siapa?

KILAH
SYIMAH
KESUMA
...
cmf_blingblings Post at 2-6-2011 17:07



TIDAK SEORANG PUN DI ATAS....

hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 03:42 PM | Show all posts
I cuti seminggu...next week baru masuk
nak bersiaran dr sana takut tak ada wifi
cmf_blingblings Post at 3-6-2011 14:43



    selamat bercuti kak bling....
    blk nnt bwk buah tgn n3 hasil idea duk kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 05:15 PM | Show all posts
KILLAH je couple ngan ZALI...
shahrinas Post at 3-6-2011 08:53



   sokong
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 05:26 PM | Show all posts
Selamat bercuti Blings. Saya pun nak bercuti minggu depan setelah bekerja 2 minggu berturut-turut tanpa henti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 06:23 PM | Show all posts
sambungan sebelum hilang
---------------------------------

Malam itu aku sudah bersiap-siap membuat persiapan bagi mengikuti perjalanan ke Pantai Merdeka pada awal pagi esoknya. Baju, seluar, lampu suluh, selimut, tuala… aku pastikan semuanya ada. Telefon bimbitku berbunyi.

“Hmm, jangan harap abang nak bawa, awak tu bukan cikgu, muridpun bukan” aku masih menyakat Kilah yang beria-ia nak ikut. Aku tahu dia begitu teringin sekali sekala keluar melihat dunia luar. Hidupnya  tak semegah remaja lain.

“Emm, abang, bukan Kilah nak ganggu kerja abang, Kilah teringin nak mandi laut”

“Tak eloklah, abang bawa pelajar sekolah, nanti apa kata pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu lain”

“Cikgu Khir bawa family dia”

“Dia lain, dah berkeluarga”

“Abang nak bergatal-gatal dengan Cikgu Kesuma tu ya?”

“Kalau ya apa salahnya?”

“Kilah report kat kak Syimah”

“Repotlah, beritahu dia abang dah tak sayang dia lagi”

“Habis tu? Kilah tak bolehlah jadi adik ipar abang lepas ni?”

“Hmm, tak boleh”

“Kilah tak nak cakap dengan abang lagi”

“Tak nak cakap sudah, abangpun tak nak jumpa Kilah lagi”

“Kenapa abang cakap macam ni?”

“Sebab letih sangat tunggu Syimah” aku hampir nak tergelak.

“Tahun ni kakak balik, tak bolehkah abang tunggu sekejap, tak lama lagipun”

“Tengoklah macam mana dulu”

“Oklah, Kilahpun tak teringin nak ikut abang, Kilah tahu abang malu kalau orang ejek Kilah ni girlfriend abang, sebab tu abang tak nak bawa Kilah sama”

“Kilah! Kilah” talian ditutup. Merajuklah pula. Aku telefon kembali, dia matikan telefonnya. Sejak bila pula sudah pandai sentap-sentap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2011 06:29 PM | Show all posts
Memang seronok bila dapat membuat aktiviti luar bilik darjah seperti hari itu. Ada saja permainan yang kami aturkan. Pertandingan membuat istana pasir, pertandingan mencari siput dan treasure hunt. Letih tapi berbaloi. Di dalam bas keesokannya  aku terlena sepanjang jalan. Penat!

Seminggu berlalu, Kilah masih kuat merajuk. Telefon tangannya tak pernah diangkat-angkat. Aku jadi hairan sekali. Nak singgahpun kebelakangan ini banyak pula acara di sebelah malam. Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan tiga dan lima, bertali arus. Jadualku cukup padat. Tak sabar nak mengetahui keputusan SPM yang akan diumumkan tak lama lagi. Di situlah terletaknya prestasiku. Samada aku berjaya melakukan sesuatu perubahan atau tidak. Kalau tidak memuaskan post mortem perlu dilakukan. Perlu dibuat rujukan dengan sekolah-sekolah lain yang lebih terkenal di bandar.

Suatu petang, hampir waktu magrib aku mendapat panggilan telefon dari Abang Halim. Memang sesuatu yang tidak aku duga. Katanya ada hal mustahak yang ingin dibualkan dengan aku di kedainya. Itulah kali pertama Abang Halim menghubungiku melalui telefon bimbitnya. Pastinya hal penting.

Aku sampai agak lewat, selepas kelas tambahan. Warung itu masih berpelanggan. Motor Kilah tak ada, dia tak kerja agaknya, mungkin juga sudah pulang.

“Assalamualaikum abang” sapaku.

“Zali, masuk-masuk” panggilnya.
Kami duduk di meja biasa tempat kami bergebang. Serius wajah Abang Halim.

“Ada apa abang, macam penting aja”

“Hmm, pasal adik hanglah, Kilah”

“Apa kena dengan dia?”

“Dia nak lari pi KL”

“Hah? Kenapa pula?”

“Baru-baru ni ada kes sikit”

“Kes?”

“Hmm, adalah polis-polis yang selalu singgah tu. Berkenan agaknya kat dia, tapi dia tak layan. Rupanya selama ni depa dok intip dia balik malam-malam” mataku terjojol keluar. Apa pula yang mereka lakukan pada Kilah?

“Apa yang jadi?”

“Dia dah mengadu kat abang banyak kali, takut nak balik malam-malam, jadi abang hantarlah, ikut dia dengan motor abang dari belakang sampai dia sampai rumah. Kena gaya malam tu abang sibuk, kedai ramai sangat customer. Dengan abang sekali terleleh, letih sungguh. Tak larat nak hantar. Esoknya abang cuma dengar yang polis tu kena pukul dengan orang kampung. Jadi hal besarlah juga”

“Polis tu buat apa-apa ke kat dia ke?”

“Tak tahulah tapi dia dah tak datang kedai dah semenjak malam tu. Mak Su kata dia dah bagi surat berhenti kat kilang, dia nak pi K.L”

“Siapa nak jaga Pak Su?”

“Mak Su ada. Abang ni bukanlah apa tapi dia tu bukan ada sapa-sapa kat K.Lumpur tu, tak kenal sesiapapun”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 09:19 PM | Show all posts
Terima kasih Blings bagi n3 sebelum bercuti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 10:17 PM | Show all posts
selamat bercuti kak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 10:27 PM | Show all posts
Harap-harap balik dari bercuti nanti idea Blings mencurah-curah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:24 AM | Show all posts
Happy holidayyyyyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2011 08:58 AM | Show all posts
TQ semua, bye
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 03:04 PM | Show all posts
selamat bercuti kaka blings2...
moga balik nanti idea mencurah2...
happy kitorang kat sini dan sinun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 11:02 PM | Show all posts
dah maraton...
suka citer ni...bila baca teringat kisah kia dan harris...
suka jgk kalau kilah dgn zali...
syimah dah lupa diri
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 01:13 PM | Show all posts
selamat bercuti blings
selamat kembali dgn n3 baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 04:54 PM | Show all posts
nak n3 lg.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 05:54 PM | Show all posts
selamat bercuti blings
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:02 AM | Show all posts
kasi kilah kat i je lah heheheheeh.....
darkharis Post at 3-6-2011 10:10


alaa hariss, dah dapat kia cun melecun pun ada hati nak kilah jugak Jangan tamak2, bagi kat zali jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:06 AM | Show all posts
knowing blings, tak sah kalau tak tinggalkan peminat kat part yg sgt suspen
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 08:44 AM | Show all posts
ish! tgh suspen nie...
bling lak tgh cuti panjang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 1.541214 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list