CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3390|Reply: 1

Aku kahwin terus, habis cerita.

 Close [Copy link]
Post time 10-6-2011 07:10 AM | Show all posts |Read mode
Sape la x pernah bercinta kan, paling ada yang x pernah bercinta pun, mesti la pernah ada rasa cinta. Alaa, kalau tengok movie jiwang, mesti ada feeling yang menerobos masuk ke dalam hati. Jadi izinkan lah aku berkongsi sedikit cerita kisah benar ttg perjalanan cinta batin ku ini. Hehe jiwang.

Zaman-zaman sekolah dulu lah belajar bercinta-cinta ni. Pernah la ada la gelfren kan. Di pendekkan cerita, aku ni kadang2 terasa jiwang semacam jugak. Kadang2 kalau tengok cerita jiwang2 ni, terasa macam aku pulak hero dalam cerita tu. Kemudiannya jalan cerita keromantisan tu cuba diadaptasikan bersama awek tersayang dengan mengambil kira batas agama lagi lah.

Yang peliknya, aku ni kalau bercinta, mana ada nak main2 kayu tiga la apa la. Dah habis serious dah dalam satu-satu relationship ni. Kalau boleh hidup ratusan tahun, ratusan tahun la aku cuma untuk dia aje. Tapi bengang betul, dalam banyak kali bercinta tu, bila satu2 hubungan ni broke off, mesti bukan aku puncanya. Mesti awek yg buat hal. Haihh, entah la perempuan sekarang ni susah betul lah nak percaya. Dah macam terbalik pulak. Bila tengok keadaan sekeliling pelik jugak sebab ada kawan aku yg perangai dah habis binatang, suka sangat main perempuan la sampai jadi penzina, awek dia still setia dekat dia. Aku ni yg senantiasa cuba bagi yg terbaik, yg x de lah baik sangat tapi cuba buat yg terbaik, ape pun x dapat. Mesti kena game aje. Nak kata x ensem x de lah buruk, nak kata ensem x de lah sangat pun. Biasa-biasa aje. Haha.

Lagi sekali dipendekkan cerita, 1 awek ni, masa baru habis sekolah. Aku pun ada kerja masa tu. Amboi, barang2 dapur rumah dia pun aku yg belikn, macam2 aku bagi. Untuk diri sendiri pun x cukup. Tapi untuk dia bukan main lagi. Eh ini bukan ungkit mengungkit ape yg dah dikorbankan, tapi ini sekadar cerita yg ingin dikongsikan dalam cara penulisan yang berterabur ni. Maklumlah sekali terimbas terus taip je. Jadi ini macam karangan budak sekolah je lah. Sambung cerita, bila dia dah pindah jauh dari aku, ada lah jarak dalam 200km dari tempat asal. Seminggu 2 kali aku datang jenguk dia. Sampai la satu masa, dimana masa tu aku sibuk sangat dengan bisnes. Tapi selagi mampu aku cuba bagi masa juga untuk dia ni. Lepas tu tak tau lah sama ada dia memang ada laki lain ataupun ntah kenapa aku pun x taw. Kawan aku yg belajar dekat tempat tu (dekat dengan awek lama aku ni) nampak dia dating dengan laki lain. Pehh menyirap gila rasa. TUHAN saja lah yang tahu agaknya masa tu macam mana perasaan aku bila aku dah dapat bukti yg cukup kukuh dan dia pun x boleh nak cakap apa lagi.

Setiap kali bercinta je mesti kena macam tu. Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi dah banyak kali, terjadi. So bila lepas pada tu, aku pun dah fed-up nak bercintan-cintun ni. Aku je yg dok terhegeh2, buat tu buat ni. Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Haha. Tapi satu sen pun x guna. Jadi telah aku tutupkan pintu hatiku untuk bercinta lagi. Sampai lebih kurang dua tahun rasanya. Aku pun kenal dengan seorang gadis ini. Haa, di sini lah perjalanannya bermula.

Satu malam di sebuah bukit, entah kenapa tibe2 malam tu aku rasa nak lepak bukit dengan kawan2 aku. Masa lepak atas bukit tu, aku main gitar sambil nnyi lagu yang aku compose sendiri. Syok gila masa ilham datang, dekat bekas2 awek aku banyak aku buatkan lagu. Diorang siap boleh tuju lagu kot. Sambung lagi. Masa aku tngah syok2 nynyi, tiba2 ada sorang gadis berdekatan dengan aku menangis sambil menjerit meminta aku berhenti nyanyi. Peh, takut gila masa tu, campur malu, ingatkan suara aku x sedap. Aku tanya lah, "eh, kenapa awak menangis ni?" Dia pun jawab, "suara awak dengan muka awak sebiji macam suara bekas kekasih saya." Lepas tu dengan selamba lah aku jawab, "eleh taktik busuk, nak cakap je la nak." Sebab masa tu dengan kawan2 kan, mesti la nak acting cool. Haha.

Sebermulanya dari situ, kami pun berkenalan lebih rapat. Kemudiannya pintu hati aku terbuka sedikit demi sedikit. Kira aku yang jual mahal la masa tu. Dia dah bagi line, aku yang x nak. Sampai la satu hari, dia luahkan perasaan kat aku. Alahai, masa tu rasa macam dalam cerita korea la wa cakap sama lu. Haha. Lepas tu, aku buat macam deal contract je. X boleh itu, ini ke ape ke. Aku bagi syarat yg aku nak. Dia setuju. Okay, masa tu aku bagi peluang lah dekat dia.

Lepas berapa bulan, aku sedar makin hari rupanya aku makin ada perasaan yang betul2 perasaan terhadap dia. Dan dia pula masa tu dah terasa x selesa sangat dengan apa yg kami janjikan pada awal. Masa tu, aku rasa macam dalam dilema jugak. Yelah, diluah mati mak ditelan mati anak. Masa tu dia dah mula minta2, jangan la kongkong sangat. Aku bukan nya mengongkong tapi dalam Islam, aku sebenarnya cuba untuk merancang. Tapi perempuan kan, dah la dia dengan kawan2 perempuan serumahnya tu, dalam rumah tu ada yang baik ada yg tak. Risau juga aku masa tu, peer's influences bawa pengaruh yg cukup besar. Oh, masa tu dia sambung belajar.

Disebabkan aku takut sejarah2 hitam yg dulu2 berulang, aku pun berbincang dengan dia sehabis bahasa yang boleh. Bukan dia sahaja, akhirnya dengan ibu bapa dia aku berbincang. Bila bincang dengan ibu ayah dia, mula2 tu cuak jugak lah. Muda2 dah datang, cakap pasal kawen. Tapi yg seronoknya, mak dia terus happy. Nak2 setuju je. Siap suruh cepat lagi. Hmm, masa tu fikir dah memang betul lah ni bini aku. Last sekali lah aku pendekkan cerita. Sebab takut kena bodoh lagi, aku kahwin terus. Habis cerita. Baru 4 bulan lepas aku menikah. Dah 3 bulan dah isteri aku mengandung. Haihh, x sabarnye nak jadi papa. Hehe.

Cukup dulu lah sampai sini. Penat dan mengantuk ni. Hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 07:14 AM | Show all posts
nntlah baca...panjang sgt.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.067249 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list