CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13906|Reply: 41

Misteri sungguh ni!

[Copy link]
Post time 15-6-2011 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Doktor pelatih hilang ditemui tak bayar makan      
        
                 
JITRA: “Saya tak sedar apa pun. Saya tidak tahu menaiki apa dan bagaimana boleh berada di Kuantan,” kata Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, yang hilang hampir sebulan lalu di Alor Setar sebelum dijumpai di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang, Sabtu lalu.
Doktor pelatih di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar itu dilaporkan hilang sejak 16 Mei lalu selepas dihantar bapanya, Mohd Nazri Wan Senik, 54, ke tempat kerja di HSB kira-kira jam 6.30 pagi.

Mohd Noor Azam yang kali terakhir dilihat lengkap berpakaian doktor ditemui dalam keadaan selekeh dan kotor dengan memakai kemeja-T lusuh, seluar sukan, berselipar selain menggalas beg sekolah yang mengandungi kain pelekat, kopiah, sabun basuh tangan dan berus sabut.
Malah, beliau juga kehabisan wang dan dalam tempoh itu tujuh kali mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) berjumlah RM2,400.

“Saya juga tidak tahu ke mana wang itu pergi atau apa yang saya lakukan dengan wang itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya, di sini, semalam.

Mohd Noor Azam berkata, selepas turun dari kereta bapanya dia mengikut laluan pejalan kaki berhampiran Wad Diraja HSB sebelum terdengar suara wanita meminta dia mengikutinya.


“Itu saja yang saya ingat. Saya juga tidak tahu bagaimana rupa wanita itu dan saya hanya mengikut arahan suaranya. Selepas itu bagaimana saya makan, saya menaiki apa dari Alor Setar ke Kuantan pun, saya tidak tahu.

“Saya juga ingat suara itu ada mengatakan hanya akan ‘melepaskan’ saya pada hari pertunangan saya yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu. Nampaknya dia benar-benar melepaskan saya pada hari itu.

“Saya tidak tahu apa motif dan punca kejadian ini kerana saya tidak mampu mengingati apa-apa. Malah, selama ini saya juga tidak mempunyai musuh,” katanya.   Menceritakan detik ditemui semula, Mohd Noor Azam berkata, beliau ditahan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Kuantan kerana tidak membayar makanan kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

“Ketika ditahan, mereka memeriksa dompet saya untuk memastikan saya tiada wang. Ketika itu baru pengawal keselamatan terbabit menyedari saya orang hilang yang disiarkan akhbar, baru-baru ini.

“Pada masa sama, saya tersedar dan baru tahu saya hilang dari rumah, tetapi menyangka cuma hilang empat hari sedangkan sudah hampir sebulan.

“Malah, badan saya juga berasa sangat letih, lenguh dan lapar walaupun baru selesai makan,” katanya yang menangis sebaik menyedari dia hilang dari rumah keluarga sejak hampir sebulan, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga.

Katanya, selain wang tunai RM2,400 dan pakaian kerja, begnya yang mengandungi peralatan perubatan seperti stetoskop dan beberapa nota turut hilang.

Mohd Noor Azam, lulusan Akademi Perubatan Moscow dan menjalani latihan di HSB sejak Oktober tahun lalu pernah dilaporkan hilang dua kali, tetapi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Rasanya artikel ni belum ada kan? Kalau dah ada tolong delete ya


Ini petikan dari akhbar Harian Metro ( Mymetro-online ). Terima kasih MyMetro. Tertanya-tanya pula, adakah lelaki malang ini dipukau, diusik makhluk halus atau bagaimana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 03:44 PM | Show all posts
Kena pukau gamaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:08 PM | Show all posts
pukau la tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:14 PM | Show all posts
dalam cite mcm kena pukau
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:22 PM | Show all posts
tu la kta pn rsa cmtu jgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:29 PM | Show all posts
cara cam kena pukau..coz langsung x ingat apa2..tapi bila baca nih:

“Saya juga ingat suara itu ada mengatakan hanya akan ‘melepaskan’ saya pada hari pertunangan saya yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu. Nampaknya dia benar-benar melepaskan saya pada hari itu.

rase macam ada yg sakit hati ngan dia pun ada..wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 2# ayampercik

Memang macam tapi apa tujuan dia? Kalau duit, setakat banyak tu sekali keluar selesai dah...tak payah sampai 7 kali kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 04:45 PM | Show all posts
Reply 3# putput


Ya, harap2 begitulah. Ni ahli keluarga balik lewat beberapa jam pun dah resah gelisah lagilah yg penuh misteri camni...Alhamdullilah dia selamat ditemui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 04:52 PM | Show all posts
Reply  ayampercik

Memang macam tapi apa tujuan dia? Kalau duit, setakat banyak tu sekali keluar  ...
orgsepang Post at 15-6-2011 16:39



takut tertuduh....
tapi aku rase mungkin ade org yg da sakit hati la ngan dia
mungkin dedulu kengkawan
pastu pakat tunang ngan org lain
yg si polan lagik 1 tu plak tak bole teerima hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:54 PM | Show all posts
body takeover..
adik aku slalu kena mcm ni...
tau2 dh kt tempat lain...
fikiran jd bercelaru, bdn jd lesu, penat, letih
Dh chek spital.. tp xdpt kesan ape penyakit...
nanti ada org ckp mengarut lak...
sbb kite belum diuji...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 05:03 PM | Show all posts
Teringat dulu ada jiran tetiba hilang...puaslah dicari merata tempat tak jumpa, beberapa hari kemudian dijumpai dlm keadaan lesu ditempat yg dah banyak kali orang geledah...dia cerita diajak kerumah seseorang siap jamu makan sedap2 lagi.
Ada orang kata makanan yang dihidang tu sebenarnya benda tak elok tapi lelaki dalam berita ni kira okey lagi sebab nampaknya dia makan nasi betul
Ada juga orang kampung yang hilang terus tak jumpa sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:14 PM | Show all posts
seram nyerr.. chenta dolu2 ditolak kutt.. tu nak balas dendam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:40 PM | Show all posts
seraaammmmmmmmmnyaaaaa

harusla berubat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 05:41 PM | Show all posts
kalau dah banyak kali ilang... ni mesti ada orang yang sama buat... agaknya la.. camner lak  dia tau doctor ni nak bertunang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 07:03 PM | Show all posts
gayanya macam kena pukau.
tapi motif kuarkan duit dari ATM sampai 7 kali tu agak pelik gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 10:04 AM | Show all posts
emm...bukan kehilangan kali pertama nie yang ketiga....ade gangguan mental ke En Doctor nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 12:01 PM | Show all posts
alahai kesiannya doctor muda ni....apalah nasib dia sampai jadi mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 12:42 PM | Show all posts
kalau dah jadi macam ni..boleh jadi doktor lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 04:17 PM | Show all posts
wah..rasenye mcm kene pukau sebab duit semua hilang..
Tapi kuat juga ilmu orang yang buat ni..sampai sebulan jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 04:27 PM | Show all posts
teringat drama korea 49 days aritu.....roh dr org yg koma pinjam badan org lain utk selesaikan problem dia sblm betul2 mati kekdahnyer....

tp bukanlah aku nk samakan ngn citer doktor neh....bende pun misteri kan....lagipun kalu pukau apa motipnyer.....elok jer dia dpt balik ke pangkuan famili....duit pun ilang sikit2 sbyk 7 kali....

mmg misteri kejadian camneh....hanya Allah yg maha mengetahui....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.103417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list