CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 69336|Reply: 8

[Tempatan] Kes pasport terbang: 20 pegawai imigresen dibuang kerja

[Copy link]
Post time 22-1-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sinar Harian
AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD ISMADI ISMAIL
22 Januari 2026



Seramai 20 pegawai JIM telah dibuang kerja selepas didapati terlibat dalam kegiatan pasport terbang sejak 2022 hingga 2025. Gambar kecil: Zakaria



PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dibuang kerja selepas didapati terlibat dalam kegiatan pasport terbang sejak 2022 hingga 2025.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam tempoh sama seramai 41 pegawai telah dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati terlibat dalam kes berkaitan pasport terbang.

"Daripada jumlah tersebut, 20 pegawai telah dijatuhkan hukuman buang kerja selepas disabitkan dengan kesalahan.

"Tindakan ini diambil hasil siasatan dalaman yang telus dan berlandaskan peraturan ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Zakaria berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada Isnin berhubung laporan siasatan berkaitan dakwaan aktiviti pasport terbang di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"JIM menghormati peranan dan fungsi EAIC sebagai badan pemantau integriti agensi penguatkuasaan, serta memandang serius setiap dapatan dan syor yang dikemukakan," katanya.


Sehubungan itu katanya, JIM telah dan sedang mengambil tindakan susulan selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan perkhidmatan awam dan mekanisme tatatertib yang berkuat kuasa.

"Berhubung kes yang dilaporkan, JIM mengesahkan bahawa tindakan tatatertib telah dilaksanakan terhadap pegawai terlibat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Langkah ini mencerminkan pendirian tegas JIM bahawa sebarang salah laku, khususnya yang melibatkan integriti dan kepercayaan awam, tidak akan dikompromi," katanya.


Zakaria berkata, selain itu, JIM menegaskan bahawa setiap kes yang dirujuk oleh EAIC akan diteliti secara menyeluruh dan ditangani dengan serius tanpa sebarang kompromi.


"Bagi tahun lalu, sebanyak 61 kes telah dirujuk oleh EAIC dan kesemua kes terlibat dibawa ke Mesyuarat Jawatakuasa Aduan dan diambil tindakan selaras dengan proses serta peruntukan tatatertib yang berkuat kuasa.

"Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan JIM terhadap prinsip akauntabiliti, integriti dan tadbir urus yang baik," katanya.

Beliau berkata, JIM akan terus memperkukuh pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), meningkatkan pemantauan dalaman serta melaksanakan langkah penambahbaikan secara berterusan.

"Ia bagi memastikan perkhidmatan imigresen dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan selari dengan peraturan yang ditetapkan, demi memelihara kepercayaan rakyat dan kepentingan negara," ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 06:26 PM | Show all posts
Hahahahahaha…….. “ Daripada jumlah tersebut, 20 pegawai telah dijatuhkan hukuman buang kerja selepas disabitkan dengan kesalahan”


TELAH DIJATUHI HUKUMAN BUANG KERJA? Sepatutnya hukuman sebat dan penjara!

Patutlah mereka tidak merasa takut nak buat jenayah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 10:16 PM | Show all posts
Dibuang kerja je ke? Bole la goyang kaki kat rumah makan duit bisnes pasport terbang. Dah tiba masanya jenayah melibatkan kedaulatan negara dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. Pastu ahli keluarga termasuk anak cucu, semua ditarik balik bantuan mykasih mysara ke biasiswa ke, di blacklist drpd kerja dgn gov - mcm stail China. Barulah berfikir dua tiga kali nak buat jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 10:36 PM | Show all posts
Bole la keje part time cashier kedai asing worangs...Itu pun kalu depa nak amik korang keje la. Biasanya depa boikot local, mesti nak sama dna.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 11:03 AM | Show all posts
hukuman lebih berat dan lebih keras!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 11:09 AM | Show all posts
Patutnya didenda max  n buang kerakyataan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2026 03:36 PM | Show all posts
bilissssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 03:50 PM | Show all posts
dani-rox replied at 24-1-2026 10:16 PM
Dibuang kerja je ke? Bole la goyang kaki kat rumah makan duit bisnes pasport terbang. Dah tiba masan ...

agreed...kalu mcm nie baru org lain takut nak buat kesalahan yg sama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 03:51 PM | Show all posts
Laa habis tu aset perolehan kerja2 haram diorang tu tak disiasat dan disita ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.657358 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list