CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26309|Reply: 3

'Satu jabatan kerajaan dapat ganjaran RM200,000 tahun lalu, bantu lapor kes rasuah'

[Copy link]
Post time 28-1-2026 06:07 PM | Show all posts |Read mode





BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menerima sebanyak 282 maklumat berkaitan pelbagai aduan disyaki membabitkan kes rasuah pada tahun lalu dengan 33 individu ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarahnya, Datuk S Karunanithy, berkata daripada jumlah itu, pihaknya membuka 61 kertas siasatan dengan 28 daripadanya diteruskan sebagai kertas siasatan penuh untuk tindakan lanjut.

Katanya, terdapat 60 pertuduhan dilakukan termasuk berdasarkan rujukan kes-kes tahun sebelumnya selain ada kalangan penjawat awam yang dilaporkan terbabit diambil tindakan tata tertib.

"Sebahagian besar maklumat yang diterima bersifat terlalu umum dan tidak mempunyai asas kukuh, malah ada yang tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM.

"Maklumat sebegini biasanya dirujuk kepada jabatan berkaitan kerana ia lebih menjurus kepada isu pelanggaran tatakelakuan atau rasa tidak puas hati.

"Sebab itu kadang-kadang kita terima maklumat terlampau tinggi tetapi ia tidak berkaitan dengan SPRM," katanya selepas Program Dialog Kerusi Panas: Perolehan Tanpa Rasuah di Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Karunanithy mendedahkan pihaknya menerima 13 maklumat berkaitan MBSP dan melakukan tiga penahanan penjawat awam dengan hanya dua kertas siasatan dibuka tahun lalu.

"Siasatan kes sudah hampir selesai. Ada yang dituduh, ada yang dibawa untuk lebih kepada tindakan tatatertib. Jadi program sebegini adalah lebih untuk mendidik kakitangan MBSP untuk membenci rasuah.

"Selain itu kita juga memfokuskan berkaitan isu perolehan kerana ia selaras hala tuju SPRM yang mahu memastikan isu perolehan berjalan dengan penuh integriti dan telus," katanya.

Karunanithy berkata SPRM turut mengambil kira maklumat yang diterima daripada surat layang dan jika si penulis memberitahu nama penerima atau pemberi rasuah sama ada individu atau syarikat semuanya akan disiasat bagi menentukan kesahihan kandungan surat layang itu.

Katanya, kerajaan menawarkan ganjaran kepada penjawat awam yang melaporkan rasuah.

"ernah satu jabatan kerajaan di negara ini menerima ganjaran mencecah RM200,000 berdasarkan nilai sogokan yang ditawarkan kerana membantu melaporkan dan membanteras rasuah.

"Usaha ini dibuat untuk menimbulkan ketakutan kepada pemberi rasuah selain menghargai mereka yang berani tampil ke hadapan. Setiap tahun ada yang menerima ganjaran wang ini selain kita berikan juga sijil penghargaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bandaraya MBSP, Mohd Ibrahim Md Nor, berkata pihaknya giat menutup ruang salah laku rasuah melalui pendigitalan dan penyeragaman sistem perolehan, berbanding kaedah manual yang lebih terdedah kepada campur tangan manusia.

Beliau berkata MBSP mempunyai lebih 600 Prosedur Operasi Standard (SOP) merangkumi pelbagai aspek termasuk perolehan dan proses kerja lain selain mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia serta pekeliling dalaman.

"Dalam proses perolehan, setiap peringkat diuruskan oleh pegawai berbeza bagi mengelakkan konflik kepentingan. Proses penyediaan dokumen, penilaian, pembukaan tender dan keputusan dibuat oleh pihak berlainan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Anchovies   
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 01:30 AM | Show all posts
hmm.. meragukan..

sebab dulu sapa yang report rasuah, whistleblower, tukang report tu yang ghaib nanti. penerima rasuah elok je aman damai hidup, berkepuk-kepuk poket, makin buncit

adakah zaman dah berubah? kita saksikan di episod seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:41 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 29-1-2026 01:30 AM
hmm.. meragukan..

sebab dulu sapa yang report rasuah, whistleblower, tukang report tu yang ghaib na ...

ni lah kot episod seterusnya

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 04:17 PM GMT+8 , Processed in 3.535309 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list