|
View: 17073|Reply: 9
|
Khaby Lame raih kontrak RM4.29 bilion, bakal ada versi AI
[Copy link]
|
|
|
Singapura: Khaby Lame, pempengaruh TikTok paling popular bekerjasama dengan Rich Sparkle Holdings untuk menukarkan 360 juta pengikut media sosialnya kepada usaha niaga komersial, lapor The Straits Times.
Perjanjian bernilai AS$975 juta (RM4.29 bilion) itu memberikan hak eksklusif global selama 36 bulan kepada firma perkhidmatan kewangan tersenarai di Nasdaq terhadap jenama Lame, sekali gus mengubah statusnya daripada pempengaruh kepada "pencipta disokong ekuiti", menurut kenyataan syarikat.
Lame mempunyai 160 juta pengikut di TikTok. Ia diikuti Charli d'Amelio dengan 156 juta pengikut.
Lame yang mencipta nama melalui video tanpa suara yang memudahkan petua kehidupan seharian kini mempunyai pengikut global seramai 360 juta orang di TikTok dan Instagram, menurut kenyataan itu.
Pengkomersialan pangkalan peminatnya dijangka menjana jualan tahunan melebihi AS$4 bilion (RM17.6 bilion), kata syarikat itu.
Perjanjian itu termasuk penjualan sebahagian daripada Step Distinctive milik Lame kepada Rich Sparkle yang berpangkalan di Hong Kong, dengan rancangan untuk mengembangkan pengaruh warga Itali-Senegal berusia 25 tahun itu melalui kolaborasi jenama serta produk penjenamaan bersama dalam bidang kecantikan, wangian dan pakaian.
Perjanjian itu juga akan menampilkan versi AI Lame menggunakan ekspresi, suara dan gerak isyaratnya untuk menghasilkan kandungan media sosial dalam pelbagai bahasa.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lame yang mencipta nama melalui video tanpa suara yang memudahkan petua kehidupan seharian.......
Btol ke fact ni, bkn dia buat video bodoh troll petua bodoh 5 minute craft ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Khaby Lame, pempengaruh TikTok paling popular bekerjasama dengan Rich Sparkle Holdings untuk menukarkan 360 juta pengikut media sosialnya kepada usaha niaga komersial
"If you're not paying for the product, you are the product." 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Waahhh...Nilai dia dah juta2 sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dasat...mmg antara infuencer terkaya... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
still tak paham kenapa dan macam mana dia kayo 
penah tengok video dia dulu. pasal orang gunting plastik roti, ikat, pastu dia lipat je. dah. habis video. video2 lain pun serupa camtu.
pastu ngape dia jadi billionaire how i am confusion helep  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 29-1-2026 04:20 PM
Lame yang mencipta nama melalui video tanpa suara yang memudahkan petua kehidupan seharian.......
B ...
5minutecraft mmg kaki penipu membazir merapu meraban.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-1-2026 08:30 PM
5minutecraft mmg kaki penipu membazir merapu meraban.
Mmg 5 minutes craft tu merepek.... Basicly video lame si Lame ni troll kebodohan 5 minutes craft, bukan dia buat video permudahkan kehidupan mcm artikel tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|