CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18147|Reply: 5

Pastikan ladang babi bebas pencemaran - Mohamad Sabu

[Copy link]
Post time 29-1-2026 06:01 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan sebarang cadangan untuk mewujudkan ladang ternakan babi mesti bebas daripada masalah pencemaran.

Beliau berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian terhadap isu penternakan haiwan berkenaan bagi menjamin ketersediaan bekalan.

"Masalah babi adalah masalah pencemaran. Kita akan mencari jalan bersama kerajaan negeri, bagaimana mahu menyediakan termasuklah hal makanan babi dalam keadaan penternakan tidak berlaku pencemaran.

"Kita tahu (sukarnya) proses untuk membuat ladang babi, seperti di Negeri Sembilan dan Melaka, kita sentiasa mencari jalan terbaik terutama bagi menyediakan infrastruktur yang bebas pencemaran.

"Hal ini perlu ada perbincangan dengan kerajaan negeri untuk kita menjaga semua pihak. Ini hal makanan dan pencemaran, bukan soal kaum, agama. Ini cara kita selesaikan soal keterjaminan makanan," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas Majlis Peluncuran Dasar Keterjaminan Makanan Negara (DKMN) 2030 di sini hari ini, disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Isnin lalu, kerajaan Selangor memutuskan projek ternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatal dan ditangguhkan sementara lokasi alternatif atau kaedah yang lebih sesuai ditemui.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, mesyuarat mingguan Kabinet berpandangan isu berkenaan membabitkan faktor persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum, justeru

mencadangkan supaya projek berkenaan dibatalkan terlebih dahulu.

Pada 12 Januari lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilaporkan murka dengan perancangan kerajaan Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi berskala besar di Tanjung Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kadar sara diri (SSR) padi negara yang direkod pada kadar 52.9 peratus ketika ini amat membimbangkan dan tumpuan perlu diberi untuk meningkatkan kapasitinya.

"Tahap kecukupan beras kita hanya pada tahap 50 peratus, amat tidak selamat jika berlaku sesuatu perkara diluar negara. Sekarang kita memang lega, sebab beras import berada ditahap murah dan rendah.

"Kita tahu geopolitik dan kebergantungan kita, tidak boleh terus bergantung kepada makanan ruji ini kepada luar dan kita kena menyediakan ini di Malaysia," katanya.

Malaysia hampir atau sudah mencapai SSR yang baik dalam beberapa sektor terutama ternakan dan perikanan, namun berdepan cabaran dalam produk susu dan padi.

SSR bagi pengeluaran daging ayam dan telur pada 2024 mencapai sebanyak 92.9 dan 107 peratus, sementara SSR buah-buahan cukup baik pada kadar 96.8 peratusdan sayur-sayuran tropika pada kadar 83.1 peratus.

Namun bagi, susu dan padi, masing-masing pada kadar SSR 66.7 peratus dan 52.9 peratus.


Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 07:53 PM | Show all posts
Hopefully

nama dia


tak tertukar kepada

Mat Bab_(i) optional
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat sabu tak pergi chinakah untuk runding import daging babi? Takkanlah takde kartel daging babi khuensss?


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sungai confirm tercemar
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 09:54 PM | Show all posts
Dalam pada itu, Mohamad berkata, kadar sara diri (SSR) padi negara yang direkod pada kadar 52.9 peratus ketika ini amat membimbangkan dan tumpuan perlu diberi untuk meningkatkan kapasitinya.
"Tahap kecukupan beras kita hanya pada tahap 50 peratus, amat tidak selamat jika berlaku sesuatu perkara diluar negara. Sekarang kita memang lega, sebab beras import berada ditahap murah dan rendah.

-Walaupun begitu rakyat tak bimbang. Kalu stok tak cukup nanti kitorang akan bertolak ansur dengan segala jenis pati asing worang yang ada ni. Kalu banyak beras, berat sama dkpikul, kurang beras ringan sama dijinjing.  Yeeaah.





Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 29-1-2026 09:54 PM
Dalam pada itu, Mohamad berkata, kadar sara diri (SSR) padi negara yang direkod pada kadar 52.9 pera ...


Kalau kurang beras...kita kurangkan subsidi beras...dan pada masa yg sama kita 'panggil' warga asing mai Msia perabeh beras kita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.178184 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list