CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21243|Reply: 25

Planet baharu bersaiz bumi dikenali sebagai HD 137010 b dikesan berhampiran zon boleh dihuni

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:40 AM | Show all posts |Read mode





ISTANBUL: Ahli astronomi mengenal pasti sebuah planet baharu bersaiz Bumi yang mengorbit bintang seakan Matahari kira-kira 146 tahun cahaya dari Bumi, sekali gus mencetuskan minat baharu terhadap dunia berhampiran yang berpotensi menyokong kehidupan, menurut satu kajian terkini.

Planet itu, dikenali sebagai HD 137010 b, dikesan menggunakan data daripada misi K2 teleskop angkasa Kepler milik NASA yang dikumpulkan pada 2017 dan dianalisis oleh pasukan antarabangsa diketuai penyelidik Universiti Southern Queensland (USQ) Alexander Venner.

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal The Astrophysical Journal Letters, Selasa lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kajian berkenaan, planet itu dianggarkan kira-kira enam peratus lebih besar daripada Bumi dan mempunyai tempoh orbit sekitar 355 hari.

Penyelidik berkata, planet itu mempunyai "kira-kira 50 peratus kemungkinan berada dalam zon boleh dihuni" bintangnya, walaupun suhu permukaannya mungkin lebih hampir kepada Marikh dan berpotensi serendah –70 darjah celsius (–94 darjah fahrenheit).

"Apa yang sangat menarik mengenai planet bersaiz Bumi ini ialah bintangnya hanya kira-kira 150 tahun cahaya dari sistem suria kita," kata penulis bersama, Chelsea Huang dari USQ sambil menjelaskan yang jaraknya yang relatif dekat menjadikannya sasaran menjanjikan untuk teleskop masa hadapan.

"lanet terbaik seterusnya di sekeliling bintang seperti matahari, dalam zon boleh didiami, iaitu Kepler-186f adalah kira-kira empat kali lebih jauh dan 20 kali lebih malap," katanya.

Isyarat samar yang mendedahkan kewujudan planet itu mula dikenal pasti oleh saintis termasuk penulis utama Venner, yang berkata: "Saya menyumbang kepada projek sains warga ini yang dipanggil Planet Hunters ketika saya masih di sekolah menengah dan ia berperanan besar bagaimana saya menceburi bidang penyelidikan."

"Misi angkasa masa hadapan yang direka untuk merakam imej secara langsung planet seakan Bumi, seperti NASA Habitable Worlds Observatory, juga berpotensi merakam imej HD 137010 b," katanya. - AGENSI


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 11:42 AM | Show all posts
Macamana kita curios pasal kehidupan di dunia lain, jangan ingat makhluk lain pun tak curious dengan kehidupan kita. Kita ni bumi kita pun besar zarah je dalam galaxy, tak mustahil ada zillions lagi kehidupan dan dimensi macam kita. Kalau kau terfikir nak invade planet lain yang sesuai untuk manusia, makhluk lain pun for sure ada jenguk2 kita untuk teruskan survivor dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:47 AM | Show all posts
di akhirat nanti aku rasa akan terzahil bermacam jenis makhluk yang kita tak pernah nampak dan terfikir ada iaitu dikalangan bangsa jin dan lain-lain yg manusia dok kata alien
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:52 AM | Show all posts
jom pindah...




Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:58 AM | Show all posts
Jauhnya, 1000 kali mimpi pun takan sampai!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 01:44 PM | Show all posts
woowwww boleh la pindah hahaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2026 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dongeng NASA. Konon nak cari syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 01:50 PM | Show all posts
Hantor mangsa perang R go sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mna la nasa blh tau planet tu manusia blh hidup, sdgkan kt bumi pun ada tempat yg x sesuai pastu nasa pernah ckp ada satu planet tu bau mcm stroberi.....mmg mengarut la diorg no dh x de keja lain nk buat gamaknya. Yg netizen plk terkesima nk pindah sana.....kot ye la nasa nk hntr org naik roket umpama tikus makmal la mati kejung kt angkasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak baca komen tan sri dr mazlan othman.


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-1-2026 09:20 PM
Nak baca komen tan sri dr mazlan othman.

Yang pernah jadi duta extra terrestial.


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 30-1-2026 11:58 AM
Jauhnya, 1000 kali mimpi pun takan sampai!

Tu la, cakap mcm dekat nau. Padahal teknologi yg kita ada nak bergerak 1 tahun cahaya pun ambil masa lebih kurang 20,000 tahun.

p/s
Bintang terdekat 4 tahun cahaya
Galaksi terdekat 2.5 juta tahun cahaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 30-1-2026 04:38 PM

Every sec universe expanding worth untuk explore and study the origins of the universe and life... Maybe 1 day nasa jumpa human colony ber agama rasta pasta spaghetti... Nobody knows
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 10:07 AM | Show all posts
dunia ini infinitely small, dan dalam masa yang sama infinitely large..

boleh jadi hidupan lain itu hanya sebesar zarah di atas planet yang bersaiz bola keranjang

atau alam semesta yang kita tinggal sekarang ni hanyalah sebiji guli bagi kehidupan lain

sebab tu la kita tak nampak/sedar kewujudan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon Trump claim & pindah sana
Menyemak bumi je makhluk yg satu itu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang hanya hidup sebentar saja spt di siang hari dari keseluruhan masa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 11:12 AM | Show all posts
kemaruk replied at 31-1-2026 10:07 AM
dunia ini infinitely small, dan dalam masa yang sama infinitely large..

boleh jadi hidupan lain itu ...

dr. seuss sangat  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:18 AM | Show all posts
Firenzza replied at 30-1-2026 01:19 PM
Mcm mna la nasa blh tau planet tu manusia blh hidup, sdgkan kt bumi pun ada tempat yg x sesuai pastu ...

actually EV, AI, 6G Internet , robot,  Dron , Solar ni kesemuanya
adalah ujikaji sebagai persediaan untuk hidup kat sana kelak.

Robot & Dron tak perlukan oksigen untuk hidup.
dan masalah utama manusia adalah bekalan kuasa (elektrik & air )
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
@telcras jom lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
@telracs jom lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064535 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list