CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13508|Reply: 0

Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu

Nor Azizah Mokhtar - Januari 31, 2026 @ 8:59am





Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.



KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dinaikkan ke pangkat Jeneral dan dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT), berkuat kuasa mulai esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, berkata pelantikan beliau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pelantikan itu dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu, dan seterusnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong semalam.

"Malek memiliki kelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Master of Arts in Defence Studies dari King's College London serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari UKM.

"Perkhidmatan beliau bermula pada tahun 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom, dan ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.

"Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatan, beliau mempamerkan kebolehan, keupayaan, kecemerlangan serta kepimpinan yang tinggi.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja dan kemudiannya berkhidmat di pelbagai pasukan serta memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah dan staf," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan ini ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

"Berdasarkan pengalaman luas serta kredibiliti yang dimiliki, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan ini akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran pertahanan negara.

"Di samping memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM melalui kepimpinan yang berteraskan integriti dan profesionalisme serta mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1503690/jeneral-datuk-malek-razak-sulaiman-dilantik-panglima-angkatan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043560 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list