CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9301|Reply: 5

10 warga China gagal kemuka dokumen sah ditahan JIM

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:45 AM | Show all posts |Read mode




Labuan: Seramai 10 warga China ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah dalam satu Operasi Sapu di empat lokasi kediaman sekitar kawasan taman perumahan di sini, semalam.

Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi itu, hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan JIM Labuan.

"Operasi berkenaan diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah (KTPP) Fatrick James bersama 18 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan.

"Seramai 20 individu diperiksa membabitkan 15 lelaki dan lima wanita, kesemuanya warga negara China. Hasil pemeriksaan mendapati 10 individu gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah sebelum ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dijalankan, beberapa individu cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah.

"Namun, semua individu terbabit berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Selain tangkapan, sebanyak empat saman kepada saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan," katanya.

Raymond berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sementara itu, beliau berkata, operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir warganegara asing yang melanggar undang-undang negara.

"Sehubungan itu, orang ramai dan majikan diingatkan supaya tidak melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin (PATI) kerana tindakan tegas boleh diambil di bawah undang-undang sedia ada.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan PATI atau aktiviti melanggar undang-undang imigresen diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa," katanya.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 01:12 PM | Show all posts
wow byk tul warga china eh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal nak mai Msia...bukan yg dh lama kt sini ngata ditindas....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 07:26 PM | Show all posts
nisako replied at 4-2-2026 01:12 PM
wow byk tul warga china eh

banyak. saaaaaangat banyak

satu flight turun berduyun2 katanya tourist la, lecturer la, ape la. tapi english sepatah haram tak boleh cakap. siap ada "manager" settlekan semua. meanwhile, penjawat awam pula dapat arahan daripada pihak atasan, daripada atas kepada yang atas tu, yang gitu-gitu tu, siap dengan list dan arahan spesifik. bagi diorang masuk, yada yada yada. belasan tahun lamanya confirm. mungkin puluhan tahun? hmm hmm

tapi yang kena tempias, kuli dan penguatkuasa. yang bawah2 ni terpaksa ikut arahan je. tapi jadi kambing hitam.
yang atas2 jual beli orang, jadi kaya-raya buncit macam babi semua. bersenang lenang keluar tv bagai.

but no.. kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.
tolong orang dapat duit, dapat nama. tolong keluarga sendiri tak dapat apa katanya, gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ini yg dpt tangkap... bersepah skrg.. dulu banyak payi indonesia... skrg tiongkok yg ramai
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu dapat mykad ke tu?


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055019 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list