|
View: 11090|Reply: 3
|
Jumpa enam rangka manusia, dua suspek tiba di mahkamah
[Copy link]
|
|
|
Johor Bahru: Dua suspek dalam kes penemuan rangka manusia termasuk lima beranak di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai bulan lalu, tiba di Kompleks Mahkamah di sini, untuk menghadapi pertuduhan.
Dua lelaki warga tempatan itu tiba jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis diiringi anggota polis termasuk pegawai penyiasat kes.
Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Suspek yang dipercayai mempunyai hubungan sebagai rakan kepada dua mangsa dewasa dilihat memakai pakaian biasa dengan tangan bergari secara berasingan.
Pengamal media juga mula tiba di Kompleks Mahkamah di sini, seawal jam 7 pagi bagi membuat liputan kes yang menggemparkan negara.
Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Januari lalu, selepas menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.
Susulan penemuan itu, beliau dilaporkan berkata, pasukan patologi forensik dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menjalankan pemeriksaan dan bedah siasat ke atas rangka yang dijumpai di rumah yang terletak berhampiran sebuah kuil terbiar itu.
Katanya, siasatan mendapati enam mangsa itu terdiri seorang wanita dewasa berusia 35 tahun, seorang remaja perempuan 19 tahun, dua kanak-kanak perempuan sembilan dan lima tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun.
Beliau dilaporkan berkata, polis masih menyiasat tempoh masa semua mangsa ini dilaporkan hilang, namun dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga bulan sebelum ditemukan.
Susulan siasatan dan risikan lanjut, polis menahan empat suspek warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 dan 35 tahun di sekitar Iskandar Puteri pada 21 Januari lalu bagi membantu siasatan.
Hasil semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Estate, kuil. Dah tau dah bangsa apa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KALAU KELLY NG, CINKIES.....sebut SUSPEKKKKKKKKKKK je lah kan... kalau MELAYUUUU, nama penuh, nama keluarga, umur, pekerjaan, adik beradik, silap2 no.ic pun kena sebut.... MEDIAAAAAAAA PUN TAKUTTTT EKKK |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kENAPA blurkan muka kelly.ng pandi kutty tu? OO kalau Melayu siap tunjuk muka, alamat rumah dan kerja semua dilondehkan... gam punk punya wartawan... ko la wartawan sempudal |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|