CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12234|Reply: 1

Susulan beberapa insiden maut, China haramkan pemegang pintu tersembunyi EV

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:53 AM | Show all posts |Read mode




Beijing: China menjadi negara pertama yang mengharamkan penggunaan pemegang pintu tersembunyi pada kenderaan elektrik (EV), sekali gus menamatkan reka bentuk kontroversi yang dipopularkan oleh dipopularkan oleh bilionair Elon Musk melalui Tesla, lapor BBC.

Langkah itu diambil ketika EV berdepan penelitian ketat badan pemantau keselamatan global susulan beberapa insiden maut, termasuk dua kemalangan maut di China membabitkan EV Xiaomi yang disyaki berpunca daripada kegagalan bekalan kuasa sehingga pintu tidak dapat dibuka.

Menurut media kerajaan, peraturan baharu itu hanya membenarkan penjualan kereta yang mempunyai mekanisme pembuka pintu secara mekanikal di bahagian dalam dan luar pintu.

Difahamkan, peraturan berkenaan dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.

Dalam pada itu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China mewajibkan, bahagian luar setiap pintu penumpang kecuali ruang simpanan bagasi mempunyai ruang ceruk sekurang-kurangnya enam sentimeter (sm) x dua sm x 2.5 sm bagi membolehkan akses kepada pemegang pintu.

Di bahagian dalam kenderaan pula, tanda bersaiz minimum satu sm x 0.7 sm perlu dipaparkan bagi menunjukkan cara membuka pintu.

Kenderaan yang sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa dan berada di peringkat akhir untuk memasuki pasaran China akan diberikan tempoh tambahan selama dua tahun untuk mengemas kini reka bentuk.

Pemegang pintu tersembunyi digunakan secara meluas dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) China yang merangkumi EV, kenderaan hibrid dan kenderaan berkuasa sel bahan api.

Menurut data daripada media tempatan, ia digunakan pada kira-kira 60 peratus daripada 100 model NEV terlaris.

Walaupun peraturan itu hanya terpakai kepada model yang dijual di China, kedudukan negara itu yang besar dalam industri automotif global dijangka memberi kesan meluas di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, pemegang pintu Tesla kini disiasat oleh pengawal selia keselamatan di Amerika Syarikat (AS), manakala pihak berkuasa Eropah turut mempertimbangkan peraturan serupa.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 06:27 PM | Show all posts
E-Mas 7 pun pemegang mcm ni kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057257 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list