CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12936|Reply: 22

Disyaki terlibat dalam sindiket penipuan, Lelaki Malaysia ditahan di Jepun dalam keadaan baik

[Copy link]
Post time 4-2-2026 11:27 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Terengganu: Lelaki warganegara Malaysia yang ditahan di Balai Polis Toyamanishi, Jepun kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan, Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani, kini berada dalam keadaan sihat.

Bapanya Mohd Jailani Ambak, 52, berkata, perkembangan anaknya yang berumur 23 tahun itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Manir Hilmi Harun yang kini berada di Jepun bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim sejak semalam.

Mohd Jailani berkata, anak lelakinya itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun kurang tidur akibat terlalu memikirkan nasib dan masalah yang dihadapi.

"Sebagai bapa, kerisauan saya sedikit sebanyak berkurang apabila dimaklumkan Faiq berada dalam keadaan sihat walaupun tidak cukup tidur.

"Saya dimaklumkan bahawa sebarang pertemuan dengan Faiq wajib menggunakan khidmat jurubahasa. Di sana Yang Berhormat (Hilmi) dan Datuk Hishamuddin menggunakan khidmat perterjemah bahasa Inggeris," katanya ketika dihubungi.

Mohd Jailani yang berasal dari Manir berkata, pertemuan itu membolehkan dia mendapatkan gambaran sebenar situasi Muhammad Faiq Zafran serta prosedur perundangan atau tindakan yang perlu diambil.

"Hari ini saya dimaklumkan MHO sedang berusaha mencari peguam untuk tindakan selanjutnya. Saya sentiasa berdoa agar urusan membebaskan anak saya dipermudahkan," katanya.

Pada 30 Nov tahun lalu, ibu Muhammad Faiq, Noor Zuhaini Ismail membuat laporan polis selepas anaknya gagal dihubungi sejak 19 Nov, sebelum dirujuk kepada Wisma Putra pada 8 Dis.

Usaha mengesan remaja tersebut akhirnya berjaya menemukan Muhammad Faiq yang ditahan di Balai Polis Toyamanishi, Jepun kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 12:01 PM | Show all posts
hilang rupanya jadi scammer... kena paksa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:03 PM | Show all posts
Kena tipu ke atau memang dia dalam sindiket tu? senang pulak ye politician nak menolong sampai ke sana... kemain lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat jepun pun ada pusat scammer ke? Ingat ke kat myanmar kemboja je
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:32 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 12:03 PM
Kena tipu ke atau memang dia dalam sindiket tu? senang pulak ye politician nak menolong sampai ke sa ...

I baca drp fb afiz ayub: Dia kena tipu. adalah Afiz ni dedahkan siapa scammer yang menipu tu. Dia disuruh pergi ke sebuah rumah senior citizen di Toyama and ambil emas, duit dll(dikatakan japanese ni ada buat salah) tapi kantoi.
Pastu susah sgt nak tolong bdk ni. Adalah kecuh dgn so called wakil org msia kat sana,dgn polis dll. Tuan Afiz ni ada pergi sana tapi tak dapat jumpa. Kena tolak sana sini ,akhirnya baru tau kat balai mana dia ditahan. Banyaklah ceritanya. Boleh tenguk kat fb tuan Afiz ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:12 PM | Show all posts
ape ni memalukan nama malaysia je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 01:39 PM | Show all posts
uda replied at 4-2-2026 12:32 PM
I baca drp fb afiz ayub: Dia kena tipu. adalah Afiz ni dedahkan siapa scammer yang menipu tu. Dia  ...

Afiz Ayub
24 Jan 2026

Pelajar di tangkap atas kesalahan scam telefon..

Rumusan dari ahli keluarga dan MHO
1. Nama Muhammad Faiz Zafran (MFZ) dari Terengganu
2. MFZ baru graduan pada bulan 9.
3. 5 november 2025 MFZ beritahu mak dia nak ke KL cari kerja.
4. 18 November 2025 mak dia dapat tahu MFZ berada di Tokyo Japan.
5. MFZ tidak mempunyai passport yang aktif dan baru di buat tanpa pengetahuan ahli keluarga.
6. 19 November 2025 MFZ gagal di hubungi
7. 30 November 2025 ibunya buat laporan polis di atas kehilangan MFZ
8. 8 December 2025 Ibunya panjangkan laporan ke wisma putera.
9. Ibu menghubungi kawan yang bawa dia kerja di Japan dan tidak banyak mendapat info.
10. Pada 22 January 2026 ibunya dapat tau dari kawannya kata MFZ di tahan di balai polis Toyama Minami 9 jam dari central Tokyo.
11. Dikatakan MFZ di tahan atas penipuan scam telefon dan pada tangan beliau ada 4 juta yen bersamaan RM104,000.

Sepanjang pengalaman saya bantu orang terkadas, di tangkap atau sebagainya, selalunya orang ini tahu akan apa Yang dilakukan.
Ini kerana tawaran bayaran gaji yang lumyan direkrut dari social media.

Polis di luar negara bukan senang lenang nak buat penahanan tanpa ada bukti yang kukuh. Mereka akan terus pegang telefon dan baca dari perbualan forensik mereka.

Seperti yang pernah saya Bantu bersama pihak peguam, apabila berjumpa dengan OKT mereke tidak akan mengaku bersalah tetapi apabila dapat segala details perbualan melalui whatsapp, penuh bukti yang  OKT itu tahu peranan mereka.

Untuk pengetahuan kalian, kes penipuan scam telefon ini digelar ‘Chinese Mobile Crime Group’. Mereka mencari pekerja based on short term foreign visitors, hit & run hidden money scam.

Macam mana mereka operasi? Buat panggilan palsu dari negara lain yang mengatakan mereka adalah dari polis, pegawai agensi lain, investment scam dan romance scam. Mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu tukang call dan tukang transit collection cash untuk di bawa pulang ke negara masing masing.

Dalam summary reporting National Police Agency Japan, 59 yang telah di tahan sepanjang tahun 2025 dan 42 orang ini terlibat dalam penipuan menyamar sebagai anggota polis dalam talian, 17 orang ditangkap di atas penipuan investment dan romance fraud.

Jika di teliti lebih lanjut mengikut negara pula, dari penahanan ini, rakyat Malaysia adalah yang paling tinggi ditangkap!!!
- Malaysia 34
- China & Taiwan 22
- South Korea, Vietnam & Singapore 1

Kenapa Malaysia no 1, kerana keistimewaan short term visa 90 hari yang diberikan.

Jika di perincian di atas kerja masing masing, 80% (50 orang) ini adalah penerima wang (yang membuat panggilan scam) dan selebihnya adalah sebagai roles transport cash.

Kumpulan scammer ini mensasarkan mereka yang tidak terlalu menonjol, pelajar bijak, low profile dan mereka yang tidak terlalu terdedah (public figure) di daam social media.

Jika tahun lepas, kumpulan ini ditumpaskan secara besar besaran di Myanmar dan pada tahun ini, Japan adalah based terbaru mereka. kumpulan scammer ini sentiasa satu langkah kehadapan dengan mensasarkan negara asia lain untuk dijadikan based operandi scam mereka.
Sama sama kita menasihati anak anak agar berjaga jaga dengan tawaran yang pelik pelik di social media kerana mereka sedang mengrekruit manusia sebagai keldai mereka secara besar besaran.

Jadi tak pelik anak kita yang tak pernah membuat apa apa onar di negara sendiri tetapi ada kes jenayah di negara orang. Ini semua apabila terleka dan terlalai atau terasuk dengan ajakkan kengkawan mendapat duit secara mudah.
Semoga keluarga ini tabah dan di permudahkan urusan.

Keluarga boleh dapatkan khidmat Embassy di Japan untuk mendapatakan details orang kena tahan dan berjumpa dengan lawyer untuk pendengaran kes. Jangan terjah balai pula sebab mereka tidak akan layan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:40 PM | Show all posts
Edited by plywood at 4-2-2026 01:41 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 01:43 PM | Show all posts
Afiz Ayub
25 Jan 2026

Kes Muhammad Faiz…

Saya sebenarnya bukan taknak bantu kes ini sebab tiada siapa pun yang minta saya bantu. Akan tetapi saya follow rapat kes ini dan sedang dapatkan no wakil Japan yang uruskan kes ini.

Jika di Japan, kes akan di siasat dengan teliti dahulu sebelum mereka keluarkan keputusan. Jangka masa reman pula bukan sehari dua tetapi berbulan. Jika dah dapat keputusan, baru pihak authoritiy Japan akan hubungi Embassy untuk mencari waris orang kene tahan (OKT).
Sepanjang prosess siasatan mereka, waris tidak boleh call, hadir atau jumpa OKT selagi tiada keputusan. Jika kita call sekalipun, mereka akan kata tiada jawapan and wait for our call.

Menurut keluarga, mereka ada buat laporan rasmi
1. Polis Malaysia
- ini hanya untuk rekod sahaja dan tiada apa yang pihak berkuasa dapat lakukan.
2. Majukan report kepada Wisma Putra
- Mereka adakah wakil bagi setiap rakyat Malaysia. Selagi mereka tidak menerima apa apa keputusan, selagi itu tidak akan ade jawapan dari mereka secara rasmi. Pihak wisma putra pula akan minta batuan embassy dari negara tersebut.
3. Pihak embassy Malaysia di japan pula juga hanya boleh nasihatkan untuk bersabar dan tidak boleh bertindak untuk ahli keluarga. Oleh yang demikian, selagi tiada apa apa panggilan rasmi dari pihak Japan kepada Embassy, selagi itu tiada keputusan.

Jika dah ada keputusan, jika didapat tidak bersalah, OKT akan di minta untuk beli ticket balik atau jika tiada duit akan di minta hubungi waris untuk beli ticket pulang. Mereka di tahan hingga masuk ke kapal terbang.

Jika bersalah dan perlu naik makhamah dan di penjarakan, semasa menunggu sebutan kes, pihak japan akan menghubungi wakil Embassy Malaysia atau ade yang terus kepada waris untuk berjumpa dengan wakil/pihak lawyer di pejabat untuk berbincang mendengar keputusan kes. Pihak waris tidak perlu ambil lawyer untuk berjumpa bersama mereka da boleh buat appointment berjumpa bersama mereka.

Pada pembincangan ini, jika mampu barulah waris boleh hire lawyer untuk bantu OKT.

Insyallah lokap Japan tak kejam malah jaga mereka denga baik.

Memandangkan pihak keluarga telah mengupah MHO sebagai orang tengah mereka, saya rasa lebih baik kita tumpukan kepada MHO kerana saya tak mahu memandai mandai kes orang.

Saya hanya berbicara di atas pengalaman membantu rayat malaysia yang pernah di tangkap, terkandas di japan dan saya berkongsi semula. Untuk kes MFZ ini sebenarnya dah tahu awal ada rakyat Malaysia yang di tangkap atas scam menyamar jadi polis tetapi tak sangka pula anak kepada salah satu keluarga ini.

Insyallah saya bersama para sahabat lain yang berada di Japan akan cuba menasihati atau berkongsi info yang ada. Terima kasih Dr Zulkarnain Hasan Basri & Dr Mohd Zafran Abdul Aziz peka terhadap kes ini dan meghubungi pihak polis untuk memantau kes ini.

Buat masa sekarang pihak polis kata berikan mereka ruang untuk buat siasatan dan akan di update kelak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:46 PM | Show all posts
Afiz Ayub
25 Jan 2026



Kes phone scammed rakyat Malaysia…

Gigih saya cari balik link yang pernah terbaca pada 18 December lepas. Masa tu saya baru sampai Malaysia ada Company Gala Dinner di Penang. Tapi masa baca tu macam malas nak amik port sebab banyak sangat kes orang Malaysia kene tangkap.

So apabila saya berkongsi, saya ambil fakta dari terbitan bukan pepandai reka cerita. Boleh baca petikan yang saya dah translate berserta link.
Di Jepun, terbitan dorang takde cover cover. Mereka terus letak nama penuh walupun bile translate salah.

18 December 2025 - A Malaysian man (23) was arrested on suspicion of fraud after allegedly defrauding a gold bar (worth 11.27 million yen) and 4 million yen in cash. He made a false phone call saying, "You must follow the police's instructions." The man was arrested in Toyama.

A 23-year-old Malaysian man has been arrested on suspicion of fraud for allegedly making false phone calls posing as a police officer or other person and defrauding a man in his 80s in Toyama City of one gold bar (worth 11.27 million yen) and 4 million yen in cash.

The suspect is Mohammad Faik Zahreen bin Mohammad Jaileen (23), an unemployed Malaysian national with no fixed address.
According to Toyama Minami Police Station, Mohammad Faik conspired with unknown individuals to call the home of a man in his 80s in Toyama City in November, posing as a police officer or other person, and falsely telling the man that "a mobile phone contract in your name has been fraudulently signed up for."

Then, he is suspected of deceiving the man, telling him that "in order to prove your innocence, you need to follow the police's instructions," and stealing 4 million yen in cash that he had left in the man's garage, as well as a gold bar worth approximately 11.27 million yen at that time.

A third party tipped the police off that a man in his 80s had been the victim of a scam, and on November 18, police officers on guard near the man's home arrested the suspect on the spot when he came to collect 4 million yen in cash.

Bahasa melayu di ruang komen.

Tapi jika ikuti balik penerangan Ibunya compared dengan terbitan ini, saya yakin MFZ ni hanya jadi kambing hitam. Sebab dalam tangkapan yang di lakukan, ada yang scammed negara sendiri dan kes ini pula scammed orang jepun. Takkan baru sampai dah tahu nak speaking japan. Mungkin dia mangsa keadaan jadi transporter ambil cash dan gold bar. (Andaian ya. Keputusan penuh belum keluar).

Artikel penuh link di sini
https://newsdig.tbs.co.jp/articles/-/2355420

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:52 PM | Show all posts
Afiz Ayub
26 Jan 2026

Rentetan kes Adik Muhammaf Faiz Zafran (MFZ)…

Pada sidang media yang berlansung kelmarin, ibu MFZ menyatakan ada dalang iaitu seorang kawan yang menjual anaknya sehingga tertangkap di Toyama, Japan.

Jika ikut pada cerita bapanya, MFZ telah pergi ke KL untuk mencari kerja dan berjumpa rakan rakan lama kampungnya. Salah seorang adalah Aiman yang berkerja sebagai cashier di kedai makan.

MFZ telah dikenalkan keada Jbond (dalam gambar) oleh Aiman selaku saudaranya.
Jbond telah menawarkan kerja sebagai Site Visit di satu syarikat yang berpangkalan di Jepun.

Ye lah mana tak teruja datang ke bandar, dapat pulak kerja luar negara dengan gaji yang lumyan. Jadi tanpa fikir panjang, MFZ bersetuju dan tanpa memberitahu ahli keluarga, sindeket ini membantu MFZ untuk buat passport dan terbang ke Jepun.

Menurut bapanya lagi, Jbond yang berpangkalan di KL menguruskan pergerakkan di KL dan kerap ulang alik Kemboja manakala Ayoi pula adalah yang menguruskan perjalanan di Japan.

Setiba di japan, MFZ diberikan tugas sebagai transporter yang kononnya pergi ke lokasi untuk buat site visit.

Setiba di lokasi, MFZ yang tidak tahu apa apa, telah di arah mengambil duit sebanyak 4 juta yen dan gold bar bernilai 11 juta yen di lokasi rumah orang tua penduduk japan tersebut.

Sebelum itu, sindeket scam phone call ini telah memperdaya orang tua jepun itu dan menyamar sebagai polis untuk mengambil harta tersebut.
Bertindak pantas, orang tua itu menghubungi polis dan pihak polis telah standby untuk membuat penangkapan.

MFZ di tangkap di lokasi tersebut kerana beliau yang memegang duit tersebut. Dan kes ini sudah pasti melekat atas beliau.

Bayangkan MFZ yang baru sampai, tak tau hala tuju dan tidak pandai bertutur jepun, di arah buat kerja tipu di tangkap dan langsung tidak tahu arah mana nak di tuju. Lebih merumitkan lagi, tiada apa apa perincian yang dibawa MFZ.

Maka MFZ secara sah sekarang berada di Balai Polis Toyama dan saya bersama para sahabat setiap hari membuat panggilan memberi tekanan kepada pihak polis Toyama untuk mengetahui dan membela adik MFZ.

Setakat hari ini, baru sebentar tadi pihak polis membenarkan saya untuk bawa peguam yang berada di Toyama untuk berbincang. Insyallah sedang menunggu wakil peguam yang akan mengambil kes.

Kes ini sukar kerana penipuan dan rompakan telah terjadi lagi lagi kepada warga penempatan mereka. Maka MFZ boleh dijatuhkan hukuman kerana kes melibatkan di tempat mereka dan orang mereka.

Siapa Jbond ini, sedikit latar belakang agar siapa yang mengenali atau tidak terjerat dan bersubahat, minta dia bertanggungjawab dan jumpe ahli keluarga MFZ. Kesihanilah keluarga Mak Ayah nya kusut memikirkan keselamatan anaknya. MFZ adalah anak harapan keluarga ini.

Nama panggilan Jbond atau Sam
Nama dalam IC Muhammad Amirul Asyraf
Tahun lahir 2001
Umur 25 tahun
Berasal dari Terengganu


Details lengkap semua saya ada dan saya tak mahu reveal lagi dan berika peluag Jbond jumpe ahli keluarga dan ambil tanggungjawab ini.
Pock Hitam, Ada geng ganu kenal ke Jbond ni? Bantu sat…





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:53 PM | Show all posts
Afiz Ayub
26 Januari 2026
·
Persatuan Peguam Toyama Jepun telah membalas…

Alhamdulillah pihak berkuasa Polis Toyama telah menghubungkan kami dengan Persatuan Lawyer Toyama.

Sebetulnya memandangkan kami desak pihak berkuasa, mereka jemput kami berbincang mengenai kes ini esok. Akan tetapi saya terpaksa menolak atas faktor tempatnya jauh dan saya baru sahaja tiba di tanahair.

Kebetulan saya baru selesai sambut birthday Mak serta anak dan berjanji pula dengan Mak untuk terbangkan hantar ke Madinah sebelum berpuasa. Jadi tak sempat.

Oleh yang demikian, masa yang terbaru adalah pada 30 January 2026 waktu petang. Maka saya akan terbang sebentar nak bantu kes adik MFZ.
Setiba di Tokyo, Perjalanan juga agak jauh dan jika drive memakan masa lebih 9 jam.

Insyallah saya cuba membantu selagi mampu bersama sahabat lain yang berada di Japan.

Mana mana individu atau NGO nak nama, bolehlah taja bayaran peguam untuk keluarga ini. Saya dah biasa orang potong tang corner ????
Dengan saya tak perlu bayar apa apa. Nak tolong boleh tolong direct ahli keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:54 PM | Show all posts
Afiz Ayub
29 Jan 2026

Update bantuan Adik Muhammad Faiq…

Semalam saya di hubungi oleh Individu hebat, Datuk Seri Shamsul Iskandar dan mereka sempat berjumpa dengan saya.
Beliau ingin menghulurkan bantuan terhadap kes ini dan berbincang secara baik untuk membantu rakyat Malaysia yang bukan sahaja diperdagang di Jepun, malah di beberapa negara yang lain.

Terlalu ramai anak muda yang hilang dan akhirnya diketahui yang anak anak muda ini sebenarnya telah ditipu dan di bawa lari ke negara lain untuk menjadi phone call scammer.

Dalang dalang yang mengrekruit anak anak muda melayu ini adalah orang Melayu kita sendiri dan mereka mendapat imbuhan dikatakan seorang yang mereka dapat, imbuhan bermula RM1,000 satu kepala.

Bayangkan betapa kejinya dan murahnya nilai anak bangsa kita yang dijual pada sendikit perdagangan manusia.

Jadi Datuk ada meluahkan hasrat untuk menyokong tindakan saya membantu anak anak yang diperdaya ini serta memberi kesedaran meluas terhadap modus operandi jelik ini.

Insyallah saya katakan kepada Datuk buat masa ini saya perlu terbang dahulu ke Tokyo dan bergerak ke Toyama bagi mengetahui keputusan lanjut kes. Selepas dari itu baru saya boleh bentangkan perincian di atas apa yang boleh di lakukan kelak.

Beliau bertanya saya untuk bantuan ini digerakkan atas dana mana. Dan saya jawab ini adalah initiative saya bersama sahabat saya Encik Mat serta Dr Mohd Zafran Abdul Aziz. Kami gunakan 100% duit kami.

Saya cadangkan kepada Datuk agar mereka bersedia di atas sebarang kos untuk Adik Faiq terutama kos Peguam dan sebagainya serta yang utama peranan beliau yang pernah berpegalaman di dalam kerajaan untuk membantu dari segi networking dan surat menyurat rasmi dari pihak atasan.

Buat masa ini, saya tiada apa apa perkembangan terhadap adik Faiq sehingga saya selesai berjumpa dengan pihak peguam esok petang.
Terima kasih pada yang menghubungi, ada yang mesej dan maaf saya tak dapat melayani semua. Saya juga ada program lain yang banyak tertangguh.

Sama sama kita doakan agar misi membawa pulang adik Faiq dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:56 PM | Show all posts
Afiz Ayub is with Mohd Zafran Abdul Aziz.
30 Jan 2026

Sedikit update bagi misi membantu Adik Muhammad Faiq (MFZ)

Hari ini adalah hari yang dinanti nantikan untuk bertemu pihak peguam untuk membantu MFZ.

Pergerakkan saya dari Tokyo ke Toyama menaiki speed train bertukar sebanyak 3 kali mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jika menaiki kereta ambil masa kurang lebih 10 jam pemanduan sehala.

Harap bolehlah selesaikan satu hari ini agar saya tidak perlu bermalam di Toyama. Datang pun sehelai sepinggang.

Masa yang ditetapkan bersama pihak Peguam adalah jam 230 petang waktu Japan (130pm waktu Malaysia).

Insyallah pada hari ini kita akan mengetahui lebih lanjut kedudukan MFZ.

Oleh kerana MFZ di tangkap dan memiliki barang yang di curi, kes tetap akan dibicarakan di Japan.

Buat masa ini, tahanan remannya adalah 90 hari.

Hint dari pihak lawyer, nak kendalikan kes begini kerana beliau memiliki barangan yang dicuri, perbelanjaan kos peguam amat tinggi. Melainkan ada keajaiban. Insyallah.

Saya dan sahabat telah membawa segala bukti yang MFZ adalah mangsa perdagangan manusia. Harap ada ehsan dari pihak mereka.

Ada orang mesej dan pertikaikan berbaloi ke semata mata terbang ke Jepun bagi membantu orang yang tak kenal dengan nilai yang besar.

Saya jawab ‘Allah hadirkan hidayah dan amanah untuk saya dan para sahabat membantu. Nilai wang ringgit boleh di cari tetapi nilai keredhaan serta rezeki yang berpanjangan adalah sukar di cari. Mungkin esok lusa saya pula yang memerlukan bantuan. Kepuasan ini hanya Allah sahaja yang tahu.’

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:57 PM | Show all posts
Afiz Ayub
30 Jan 2026


Misi hari ini di gagalkan tetapi ada orang baik tampil beri bantuan…

1. Kami sampai di pejabat Persatuan Peguam. Sesi kami jam 230 petang. Selepas isi borang, kami berjumpa dengan peguam dan berbincang selama 1 jam.
- dalam perbincangan bersama peguam, peguam ini nampak defensive dan asik minta kami give up untuk membantu MFZ
- kami minta procedure orang kena tahan dan pihak berkuasa hanya ada 20 hari untuk siasatan.
- selepas 20 hari, kes akan di bawa ke pembicaraan iaitu masa yang mereka ada selama 60 hari.
-  menurut peguam tersebut, pihak berkuasa sepatutnya ada memaklumkan kepada kedutaan Malaysia dan saya terus hubungi kedutaan bagi mengesahkan, tetapi tiada satu panggilan pun yang mereka terima termasuk kepada MOFA.
- sambungan peguam lagi, oleh kerana tiada tindakan dari mana mana, MFZ diberikan peguam pro bono (khidmat guaman percuma)
- kami juga tidak boleh menerima apa apa details tentang peguam tersebut kerana katanya ini adalah pilihan MFZ kerana beliau tidak mampu.
- kami beritahu bahawa pihak kedutaan malaysia tidak menerima sebarang panggilan atau maklumat terhadap kes MFZ
- peguam agak tergamam dan minta kami terus ke balai polis.
- ketika ini pihak peguam tidak mahu lagi berkerjasama dengan kami wahal beliau ade report penuh tentang MFZ.
- kami minta peguam yang berbayar dan buat tawaran kepada peguam sedia ada untuk ambil kes ini.
- di tolak mentah mentah dan minta berhubung dengan lawyer lain. No further action katanya.

2. Kami bergerak Ke balai yang di cadang peguam
- berjumpa dengan pihak polis untuk megetahui lebih lanjut tentang MFZ.
- kami di rujuk sana sini dan di minta ke balai satu lagi  

3. Bergerak ke balai kedua
- seperti biasa apabila dengar dari Malaysia seakan mereka tahu dan di rujuk tempat lain.
- lagi sekali mereka minta kami ke balai selatan

4. Bergerak ke balai ketiga
- di sini agak lama di sidai. Pada awal ada pegawai atasan dah ambil details kami untuk melawat MFZ agar kami tahu siapa peguam yang dia sedang berurusan.
- sedang dia minta tunggu untuk kami berjumpa dan mereka minta mengesahkan wakil untuk berjumpa, tiba tiba dia kata salah balai dan tiada di tahanan di situ.
- katanya mungkin telah dipindahkan.
- kami curi curi dengar dan mereka agak runsing kes ini seolah kes ini high profile.
- mungkin rumah yang mereka masuk ini adalah rumah orang kenamaan. Sebab cash dan gold bar di simpan di situ.
- jadi lagi sekali kami di jumpakan dengan pegawai lain dan di ambil details lagi sekali. Mula la process yang sama hingga balai pun nak tutup.
- kami di minta hadir semula minggu depan walaupun dah pujuk rayu yang saya baru sampai dari Malaysia.


Tiada penyelesaian dan kami berbincang mungkin akan datang semula.

Sebelum kami nak beredar, datang seorang pegawai syurga yang berikan kami sekeping kertas (macam tisu) dan minta saya snap gambar lengkap details di situ. Dia kata minta call no tertera segera dan beritahu yang kita tahu MFZ di situ.

Jadi terus Mohd Zafran Abdul Aziz hubungi dan pada awal dengar nama MFZ dia berdalih. Selepas di asak dan dia tanya mana dapat no direct department ini, polis itu akur dan kata ya tahanan ada di balai sini.

Kami minta untuk melawat MFZ dan beliau ambil details kami secara talian. Polis tersebut minta pula datang selepas hari rabu minggu depan.
Polis yang baik ini berikan hint bahawa bawa orang yang MFZ kenal seperti Ayah supaya apabila pihak polis tanya beliau, dia kenal dan nak berjumpa. Dikuathiri jika nama yang disebut seperti saya MFZ tak kenal, akan jadi sia sia sahaja.

Begitulah cerita hari ini. Boleh nampak kemungkinan besar kes ini seolah salah masuk sarang. Payah betul mereka nak buka mulut dan apa yang terjadi dibuat secara diam diam.

Jika kita tak lawan kes ini sepanjang trial ini dengan menggunakan peguam pro bono, MFZ boleh di penjarakan selama 10 tahun atau maximum 20 tahun.

Insyallah pada masa ini nothing much yang kami boleh buat dan saya sudah berhubung dengan Ayah MFZ untuk hadir pada hari rabu ini.
Semoga adik MFZ dapat di selematkan sebaiknya.

Asbab di sidai, kami takde train nak balik tokyo. ???? tido atas salji la gamaknya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:59 PM | Show all posts
Afiz Ayub
30 Jan 2026

Ada tak mana mana individu atau persatuan yang boleh bantu Ayah kepada MFZ datang ke jepun? Saya dan Dr. Zafran tidak available next week.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 02:00 PM | Show all posts
Afiz Ayub
30 Jan 2026

Kecoh pula ada ketua kampung jepun marah called sana sini kata siapa saya pepandai datang bantu MFZ…

Baru nak tenang tenang sebab tak boleh balik (train takde) ada pula dapat berita yang tak best.

Makcik sebagai ketua kampung jepun kata masuk kene bagi salam. Jangan pepandai buat macam kampung sendiri.

Makcik jaja cerita dia kata dia dah buat ground work untuk bantu MFZ dari a-z bersama embassy. Siap dia kata tau siapa lawyer budak tu. Tak mahu berkongs sebab P&C. Kalau iya pun cakap dengan saya agar saya takyah buang masa sampai ke Toyama ni.

Makcik pertikaikan saya datang toyama untuk apa. Nak jumpa siapa? Nak buat apa?

Dia kata embassy pun dah tau siapa tapi saya ckp tadi dengan PIC embassy mereka pun belum dapat berbuat apa apa sebab tiada data lagi.
Katanya minggu depan embassy dah appointed dia sebagai wakil untuk jumpa MFZ.

Begini la makcik. You sibuk tanya i siapa Afiz Ayub ni. Dia nak scam orang ke atau nak minta duit orang ke? Ingat tau makcik you ada masalah dengan orang lain you called i mintak tolong i dan i bantu sampai dapat balik duit you. Takkan you tak kenal i pula? Ke ade makan semut?

Jadi kalau nak bantu, teruskan sahaja bantu tak perlu called sana sini orang Malaysia duduk Jepun cakap saya sailang kes. Gile ke nak sailang kes. Untuk apa? Untuk bazirkan duit i ke?

Saya bertindak atas capacity ayah dan keluarga MFZ yang menghubungi saya meminta bantuan anaknya yang di tangkap.

Tujuan saya cerita lengkap kerana saya nak akan ade orang yang sambung kes ini sebab kes ini akan makan masa. Pada masa yang sama, ade wakil dari pihak somebody ini meminta jika saya boleh bantu dapatkan info untuk kerajaan bertindak lebih lanjut.

Saya juga ada kerja hakiki saya dan dateline nak settle. Tu anak anak saya setiap malam called dorang cakap ‘daddy kata nak tido sama kita, tapi daddy asik hilang aje.’  Ingat tak stress ke? Ingat best ke saya nak buang masa tanpa hala tuju.

Saya tak minta duit sapa malah 100% saya pakai duit sendiri. Tujuan saya posting siapa boleh bantu Ayahnya yang nak datang supaya adalah sikap prihatin orang orang yang berada di japan membantu keluarga ini. Mereka bukan dari orang yang senang. Siang malam keluarga ini hubungi saya menangis sampai saya sendiri tak sanggup nak angkat call.

Kepada makcik ketua kampung jepun, teruskan niat murni untuk bantu. Jangan kecam atau tabur fitnah terutama terhadap diri saya. Kalau tak kenal, silalah berkenalan. Siapa awak called, siapa awak bercerita semua yang kenal dan tahu akan saya. Maka tak baik buat cerita.

Saya tahu makcik paling senior di jepun dan semua kita ni ikan bilis je bawah makcik. Tapi hormatilah orang lain terutama yang ikhlas memperjuangkan amanah orang.

Untuk pengetahuan saya takde called makcik tetapi makcik yang dahulunya sibuk called saya. Harap betulah kan statement tu.
Jangan stress dan minta lah berubah. Kerja asik nak gaduh je dengan sesama sendiri. Tak penat ke?

Ok la esok saya call keluarga MFZ dan saya juga ingin sangat pass kes ini kepada makcik. Semoga makcik berjaya selesaikan kes ini dengan baik.

Last but not least, hari ni sepatutnya saya janji bawak anak saya ni main playground. Tapi saya tak dapat lakukan sebab ada amanah untuk saya. Tapi anak saya tetap teruskan kegembiraannya tanpa saya dan masa dia main ni dia video call saya tanya bila daddy nak ade sini. Cuba rasa apa yang perlu saya rasa.

Takde masa saya nak scam orang selain do it for Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:02 PM | Show all posts
Afiz Ayub
31 Jan 2026


Saya explained kenapa setiap misi saya membawa pulang orang terkandas akan saya kongsikan secara umum…

1. Keutamaan untuk saya mencari orang yang duduk ditempat kejadian untuk tampil membantu di belakang tabir. Ini kerana, mereka lebih arif di tempat tersebut juga ada pentingnya bagi pergerakkan ke sana ke mari.

2. Apabila saya berkongsi di laman media, akan ada ramai orang baik yang hadir memberikan informasi, bantuan ground san sebagainya. Walaupun mereka tidak mahu dikenali, tetapi penting watak mereka dalam pergerakkan saya. Sebab itu saya panggil sahabat.

3. Misi bantuan saya bukan pertama kali malah dah berkali kali hingga ade high level misi mustahil. Bawak balik orang hidup, orang kene seludup, orang hampir mati, orang mati, jemaah asli dan jemaah penipu semua saya dah rasa. Sebab itu jika saya buat kerja saya terus sampai ke lokasi terus supaya tahu ground arrangement. Saya tak buat rahsia rahsia ini. Segala yang misi saya adalah duit saya sendiri dan tak pernah lagi dapat tanjaan atau buka dana orang ramai. Kecuali dana itu untuk orang/mayat tersebut.

4. Rahsia saya akan simpan untuk perincian lokasi secara langsung dan benda yang tidak boleh berkongsi bagi tidak mencacatkan siasatan.

5. Kenapa saya ambil kerja gila macam ni? Sebab saya pernah berdoa depan kaabah agar Allah berikan saya keistimaawan dalam membantu Ummahnya.

6. Ini juga di dorang pada satu tengah malam dahulu ada seorang ibu hubungi dan nak sangat berjumpa saya. Waktu jumpe pada hampir subuh dia datang naik taxi, dia minta jika saya mampu jejak anak dia yang hilang selama 3 tahun asbab sangat merinduinya. Entah dalam sekelip mata, pada hari yang sama saya dapat tahu anaknya berada di luar negara dan telah meninggal dunia. Maka saya pergi terus dan bawa balik. Melihat kondisi ibunya apabila melihat anak dia walaupun sudah tidak bernyawa, membuatkan saya tanam azam untuk terus membantu.

7. Banyak negara yang telah saya rantau dan bantu. Dari asia, europe, middle east dan amerika latin juga pernah saya bawa balik orang. Benar ada yang kata mereka bawa masalah kenapa kita pula sibuk membantu. Sebenarnya apa yang terjadi ada di sebalik cerita. Kebanyakkan teraniaya. Tetapi bukankah kita hidup sekali dan bagaimana pula jika ianya terjadi kepada sanak saudara mahupun keluarga sendiri?

8. Saya buat kerja ini bukan baru. Tetapi dah lama. Sebab itu saya tahu selok belok. Tapi Kenapa saya tak pergi ke embassy dahulu?

9. Sudah pasti saya ada kenalan pada setiap embassy. Sebelum saya membantu, saya akan tanya mereka dahulu kes ini macam mana. Embassy juga ada limit. Mereka bukan ramai orang malah bukan bank untuk membantu bagi membayarkan sesuatu. Mereka hanya orang tengah/wakil untuk komunikasi dua hala bagi untuk sesebuah negara. Jadi, jika tiada kemampuan dari mereka, saya jalan dahulu dan selebihnya mereka akan bantu selesaikan.

10. Seperti kes adik MFZ, kes ini dah agak lama kerana MFZ sebenarnya di tangkap pada bulan November. Hampir dua bulan tiada tindakan dan pihak jepun tidak bekerjasama memberikan details lengkap kepada pihak embassy atau MOFA untuk membantu. Alhamdulillah berkat dari doa kalian, saya selamat sampai semalam dan saya mewakili keluarga hadir untuk mendapatkan details MFZ.

11. Seperti semalam apabila saya berkongsi siapa yang boleh gantikan tempat saya bagi membantu kehadiran Ayah MFZ, hadir beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Toyama dan Tokyo untuk membantu sebagai translater dan menyediakan pengangkutan. Sebab itu sangat penting networking ini bukan semuanya rahsia. Mereka tak perlu tanya saya banyak kerana mereka dah dapat gambaran pergerakkan atas perkongsian saya sebelum ini.

12. Setiap bantuan yang saya buat adalah selepas persetujuan dan perbincangan dengan no 1 ahli keluarga. Bukan memandai mandai. Walaupun pada awal mereka dah lantik NGO, saya minta mereka secara baik untuk beritahu saya boleh teruskan membantu secara percuma.

13. Jangan marah atau cemburu apa yang saya lakukan. Saya bukan robot dan tiada perasaan. Saya ada ahli keluarga dan kerja hakiki nak lakukan. Jika tidak dari perniagaan saya, macam mana saya nak bergerak. Jadi berkawan atau bertegur siapa membantu adalah amalan yang lebih mulia. Saya punya ramai kenalan sukarelawan di kebanyakkan negara sehinggakan seperti di Australia, jika ada kes kematian saya hanya remote dari malaysia kerana orang sana dah arif tentang pegerakkan bantuan. Kemudian kamu tak tahu setiap malam anak anak saya yang masih kecil hantar video sedih nak daddy dia balik ????

Last but not least, terima kasih pada rakyat Malaysia-Japan yang bersungguh meluangkan masa untuk membantu. Hari ini hari mereka, entah esok lusa hari kita pula.

Saya tak dapat kongsikan details lokasi, no orang yang bertanggungjawab ke atas MFZ, waktu lawatan dan sebagainya kerana pihak polis tidak benarkan untuk berkongsi kerana di khuthiri pihak scammer akan tahu dan menambah masalah. Kepada ahli keluarga juga saya tidak berkongsikan details gambar code no sambungan yang kami ambil. Saya akan kongsikan pada mereka yang bertanggunjawab kelak membantu keluarga ini.

Seperti salah seorang pihak polis yang layan kami semalam, dia kata “saya respect kamu yang terus hadir mencari MFZ. Bukan dari orang yang tak kenal asik hubungi pihak berkuasa yang kami khuatiri dari pihak sindiket”.

Kenapa mereka kata begini sebab mereka katakan pihak scammer masih berkeliaran dan ingin tahu lebih lanjut tentang kedudukan MFZ. Jadi mereka tak mahu siasatan dan penangkapan saki baki sindiket akan menjadi sukar.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:05 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:07 PM | Show all posts
Afiz Ayub
2 Feb 2026

Update kes terkini adik MFZ…

Hari ini saya pulang dulu kerana tiada apa yang boleh saya lakukan kerana Jepun sedang cuti. Maka tempat untuk melawat MFZ juga tutup. Jika nak appointment pula kene tunggu jurubahasa yang ditetapkan. Makan sedikit masa.

Oleh yang demikian, oleh kerana ada pihak yang perihatin iaitu Adun dari Terengganu yang akan hadir bersama kenalan mereka di Japan, saya fikir berikan mereka pula ruang untuk membantu cuma saya agak terkilan kenapa tidak bawa sekali bersama Bapanya agar dapat berjumpa dengan MFZ. Bapanya bersungguh nak terbang tapi bukan berseorangan.

Jika bawa bapanya mudah kerja kerana Persatuan Malaysia Toyama akan turut membantu.

Oleh kerana bapanya tidak dapat bersama, pilihan saya balik dahulu dan apabila perlu untuk menerbangkan bapanya, saya akan bawa jika diperlukan la, atau boleh bersama pihak lain yang boleh membantu.

Buat masa ini, saya KIV dahulu dan mendoakan agar perjalanan semua di permudahkan kerana MFZ tida boleh di jamin lagi.
Jom kita jejak dalang ‘Human Trafficking’ ini kerana selagi kita tidak dapat tumpaskan mereka, selagi itu benda sama akan berulang.

Saya dapat banyak mesej yang anak anak lain juga hilang dikatakan berada di kemboja. Pergi tidak dijejaki. Ada yang kata orang yang sama membawa anak mereka.

Last but not least, terima kasih kepada semua para sahabat yang turun membantu secara fizikal dan atas talian. Kalianlah sebenarnya hero ????

https://www.facebook.com/waafizz ... sXQbQXAcgsYYyVSG7rl

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.313748 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list