CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31214|Reply: 0

[Kedah] Pemandu van warga Thailand mengaku tak bersalah sebabkan wanita maut

[Copy link]
Post time 8-2-2026 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu van warga Thailand mengaku tak bersalah sebabkan wanita maut

M Hifzuddin Ikhsan[email protected]





POLIS membawa Yusof untuk di dakwa atas tuduhan melanggar lampu isyarat merah hingga menyebabkan kemalangan maut di Mahkamah Majistret Jitra. FOTO Wan Nabil Nasir




Jitra: Pemandu van warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Napoh, bulan lalu.

Tertuduh Yusof Senkonam, 60, yang berasal dari Satun, Thailand, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Thai di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memandu van Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22.

Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 10.30 malam pada 15 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir, manakala tertuduh diwakili peguam Zabidah Ahmad.

Pihak pendakwaan kemudian meminta mahkamah menetapkan wang jaminan ke atas tertuduh ditetapkan RM15,000 dan dua penjamin warga tempatan.

Zabidah dalam rayuannya meminta jaminan minimum ditetapkan kerana ini adalah kesalahan pertama anak guamnya di Malaysia dan tidak pernah terbabit kemalangan di Thailand.

Beliau memaklumkan bahawa tertuduh juga adalah guru agama di kampungnya dan menyara isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.

Peguam turut meminta pelepasan sementara pasport tertuduh dibenarkan mahkamah berikutan dia akan berangkat menunaikan umrah bersama isterinya esok.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan dua warga Malaysia dan memaklumkan permohonan pelepasan pasport sementara boleh dibuat peguam.

Tertuduh juga tidak dibenarkan memandu di Malaysia dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sepanjang proses perbicaraan kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 15 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan proses serahan dokumen termasuk laporan penilaian van.

Tertuduh membayar wang jaminan di kaunter Mahkamah Majistret Jitra.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah van Thailand yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah di Pekan Napoh pada jam 10.15 malam, 15 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dari Kampung Bukit Beruas Mukim Binjal, dekat sini bekerja sebagai pembantu kedai makan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.

Pemandu van itu dipercayai dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak hendak pulang ke Satun, Thailand.



Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 12:36pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320304/pemandu-van-warga-thailand-mengaku-tak-bersalah-sebabkan-wanita-maut




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.603506 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list