CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 24328|Reply: 43

[Tempatan] Kanak-kanak buka pintu kereta punca nahas 6 kenderaan di Jalan Tun Razak

[Copy link]
Post time 9-2-2026 01:31 AM | Show all posts |Read mode




Kanak-kanak buka pintu kereta punca nahas 6 kenderaan di Jalan Tun RazakTangkap layar video tular yang memaparkan perspektif penunggang motosikal kedua dalam nahas di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada Jumaat.


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan secara tidak sengaja membuka pintu belakang sebuah kereta yang sedang bergerak dikenal pasti sebagai punca kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Tun Razak, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian yang berlaku pada 6.15 petang itu membabitkan empat kereta dan dua motosikal dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak berusia dua tahun itu yang berada di tempat duduk penumpang belakang dengan dipangku saudaranya, membuka pintu belakang sebelah kiri secara mengejut.

Ciri kunci keselamatan kanak-kanak (child lock) juga dipercayai tidak diaktifkan menyebabkan pintu kenderaan dapat dibuka dari bahagian dalam.

"Tindakan itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal jenis Suzuki V-Strom SX yang sedang bergerak di antara lorong tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu kenderaan berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zamzuri kemalangan turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal jenis CFMOTO 675 NK yang berada di belakang gagal mengelak lalu terlibat sama dalam pelanggaran itu.

"Penunggang Suzuki V-Strom SX berusia 25 tahun mengalami patah tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala penunggang CFMOTO berusia 30 tahun mengalami cedera ringan.

"Pemandu empat kenderaan lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo dan Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa," katanya.

Pihak polis meminta orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat lanjut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 01:38 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-2-2026 11:05 AM

Kerana itulah JPJ harus membuat campaign betapa pentingnya child Car seat.

Undang undang sudah ada tetapi susah nak mengubah pemikiran setengah dari mereka ini

Mungkin kerana DNA indon masih terlalu tebal maka sebab itu sukar untuk menukar cara kehidupan seharian mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punyaa budak..
Elok mampus awal je budak2 nakal ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 02:01 AM | Show all posts
Kalau mangsa masuk saman ni, boleh koyak spender penjaga budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:09 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 8-2-2026 09:38 AM
Kerana itulah JPJ harus membuat campaign betapa pentingnya child Car seat.

Undang undang sudah ada  ...



Child car seat pun kena tengok ciri cirinya .. yg mudah dibuka oleh kanak kanak pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan anak forumer kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2026 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sampai sekarang heran.penunggang motor dlm filem final destination 2..boleh plak ikut Line blkg kereta bila jem..takde ikut celah2 kereta camni..mgkin sana byk kes buka pintu kereta langgar motor..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 9-2-2026 05:07 AM
Aku sampai sekarang heran.penunggang motor dlm filem final destination 2..boleh plak ikut Line blkg  ...

Lane splitting diharamkan di hampir seluruh US. Hanya california yang benarkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 9-2-2026 02:01 AM
Kalau mangsa masuk saman ni, boleh koyak spender penjaga budak tu.

Actually boleh ke mangsa motor saman? Sbb ikutkan law in between kenderaan tak boleh lalu menyelit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:05 AM | Show all posts
mejaputih replied at 9-2-2026 08:32 AM
Actually boleh ke mangsa motor saman? Sbb ikutkan law in between kenderaan tak boleh lalu menyelit ...

boleh kot sbb jalan yang terlibat tidak disediakan lalauan motorsikal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:12 AM | Show all posts
mejaputih replied at 9-2-2026 08:32 AM
Actually boleh ke mangsa motor saman? Sbb ikutkan law in between kenderaan tak boleh lalu menyelit ...

blh lah kot sbb si nangoi tu pi bukak pintu keta tgh bergerak dah pasaipa???



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:15 AM | Show all posts
BARU 2 TAHUN  kena la aktifkan child lock,
tp mungkin ramai xtahu wujudnya butang cellok kat pintu tuh,
mcm aku dulu pintu belakang dari luar xleh bukak,pergi sc minta bantuan,rupenya cellok on masa tu baru aku tahu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:16 AM | Show all posts
BARU 2 TAHUN  kena la aktifkan child lock,
tp mungkin ramai xtahu wujudnya butang cellok kat pintu tuh,
mcm aku dulu pintu belakang dari luar xleh bukak,pergi sc minta bantuan,rupenya cellok on masa tu baru aku tahu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:19 AM | Show all posts
mak bapak budak tu ada cakap tak " ala... biarla..dia kan budak2.."..
tapi bebudak perangai jembalang, harus makan getah paip je.. kalau x, sampai bear duk perangai xboleh dibentuk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:20 AM | Show all posts
kat jepun pun lane splitting tak boleh. kelakar jugak menengok motor tunggu belakang kereta. tapi sebenarnya bagus especially area jalan sempit, motor pulak nak menyelit macam ko lah terpaling penting dalam dunia. parents budak tu bodoh, orang lain sakit, but they took the risk..hmm nasib la eh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:36 AM | Show all posts
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak berusia dua tahun itu yang berada di tempat duduk penumpang belakang dengan dipangku saudaranya,... statement ni pun suspicious budak tu yg buka. Dah duk atas riba takkan tak perasan tangan budak tu dah pegang pintu. Tgk video kuat pintu dbuka. Tak de nye tenaga budak 2 tahun sekuat tu. Tah2 yg buka tu org dewasa yg pangku budak tu tapi blame budak sbb budak tak reti nak defend diri sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 09:52 AM | Show all posts
motor selalu muncul pd saat yang tak dijangka...
Blind spot tu memang wujud dan boleh terjadi bila2 masa...
Org bawak kereta ni dlm setiap keadaan dia kena tengok dan fikir tentang kelibat motor dulu baru yg lain...
Dlm pada hati2 tu pun beberapa kali motor tewas dan kena dgn kereta ku ini
Cuma Allah masih melindungi sebab semua yg kena tu x mati walaupun terpelanting kat bhg depan kereta cuma cedera shj...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:54 AM | Show all posts
copy_paste replied at 9-2-2026 09:15 AM
BARU 2 TAHUN  kena la aktifkan child lock,
tp mungkin ramai xtahu wujudnya butang cellok kat pintu t ...

kalau pon tak on kan button child lock, bukan ke bole lock biasa?
kalau dah lock.. budak ke pak budak ke dok belakang takleh la bukak.. unless budak tu reti unlock.tapi kereta2 sekarang mudah nak unlock pintu.. kete aku just tarik handle pintu 2 kali.. terus unlock.
so mungkin jugak dah lock tapi tak child lock jugak. ye la.. dok belakang tu org dewasa pegang budak tu.. tak kuasala kena child lock katanya.

assuming kete tu tak lock pon in the first place, apatah lagi child lock.
budak 2 tahun kalau tak letak kat baby car seat.. memangla menggapai segala benda...
kena pulak yg tukang pegang memang pegang semata.. tak monitor pona apa budak tu buat.
masa anak2 aku kecik2 jarang sangat aku child lock kereta.. sbb risau in case of emergency memang anak2 kt belakang takleh keluar.
tapi masing2 memang duduk dalam carseat masing2..
and lock kete auto


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
imanamsyar replied at 9-2-2026 09:19 AM
mak bapak budak tu ada cakap tak " ala... biarla..dia kan budak2.."..
tapi bebudak perangai jembala ...

kan... ni spesis mcm mak pak yg bwk anak2 pi masjid tp x educate adab2 pi masjid... ujung2 nyusahkan org nk beribadat.. alasan "nk biasakan anak2 pi masjid"..mslhnya educate dulu bdk2 tu bg phm org pi masjid tu nk solat,nk belajar ilmu agama.. nk khusyuk.. ni disbbkan bdk2 nakal ni org nk solat dh terganggu.. mslh sbb mak bapak enabler dan selfish.. sama lah mcm kes ni.. xpsl2 anak org lain jadik mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya apa, nak saman ibu bapak atau motor lalu lane tgh, di malaysia mmg normal motor lalu lane tgh mana ada motor lurus bendul ikut belakang kereta melainkan motor 3 roda atau motor singapore yg x pernah cekap bawa motor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.918914 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list