CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18255|Reply: 6

Didie Alias risau budaya dedah aib - "Macam saya sendiri, Sampai hari ini anak-anak tidak tahu kenapa saya bercerai"

[Copy link]
Post time 13-2-2026 12:36 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias menyuarakan kebimbangan terhadap budaya membuka aib serta kecenderungan berkongsi perkara tidak sepatutnya dalam media sosial yang disifatkan semakin membimbangkan, terutama dalam kalangan selebriti.

Memasuki era digital yang serba pantas, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd Ali berpendapat, segelintir individu mudah meluahkan emosi dalam media sosial tanpa memikirkan kesan terhadap diri dan orang sekeliling akibat daripada perbuatan itu.

Didie yang sudah lebih tiga dekad membawa diri sebagai anak seni berkata, generasi 'orang lama' yang melalui zaman sebelum kewujudan media sosial mempunyai pendekatan berbeza dalam menangani konflik atau krisis ketika bersosial.

"Kalau zaman dahulu, memang tak ada media sosial. Jadi, jika ada apa-apa tak puas hati, kita terus telefon. Selepas itu, jumpa depan-depan dan berbincang bersama-sama. Apa yang tak puas hati, kita selesaikan terus, habis cerita.

"Sekarang semuanya sudah digital. Kadang-kadang kita cakap sikit sahaja, tetapi yang memanjangkan cerita itu orang lain. Mereka pun tidak tahu hujung pangkal, cuma baca tajuk sahaja.

"Tajuk sudah cukup untuk mereka jatuhkan hukum. Netizen kita ini bukan semua, tapi ramai tak suka membaca sampai habis. Baca tajuk utama sahaja, kemudian terus hentam," katanya.

Didie berkata, kecenderungan membuat penilaian tanpa memahami keseluruhan konteks cerita menjadi antara punca sesuatu isu kecil bertukar besar dan berpanjangan.

"Apabila baca keseluruhan cerita, barulah faham konteks sebenar. Tapi itulah, perkara ini sudah jadi kerja media dan media sosial.

"Cuma bagi saya, apa yang tak seronok bila segala keburukan atau perkara yang tak patut orang tahu pun didedahkan di media sosial.

"Saya sendiri kalau bab rumah tangga orang, contohnya kes cerai dan sebagainya, kadang-kadang rasa tak perlu diperbesarkan. Kalau sudah bercerai, sudah.

"Tidak perlu keluarkan segala keburukan. Kalau ada yang perlu diselesaikan, selesaikan di mahkamah. Tak perlu canang satu dunia," katanya.

Tiada siapa tahu punca cerai

Berkongsi pengalaman peribadi, Didie berkata, dia mengambil pendekatan untuk menyimpan hal tertentu demi menjaga maruah dan keharmonian keluarga.

"Macam saya sendiri, sampai hari ini anak-anak tidak tahu kenapa saya bercerai dengan arwah suami (Allahyarham Ridzuan Hashim).

"Bagi saya, itu perkara peribadi, tak perlu dikongsi. Kalau nak berkongsi pun, kongsilah soal kejayaan, perniagaan atau apa sahaja yang baik kerana itu lebih bagus.

"Kadang-kadang apabila orang terlalu terbuka berkongsi perkara negatif, nampak tak cantik. Orang mula nilai peribadi kita sampai ada yang hilang rasa hormat, bukan sahaja sebagai individu, tetapi terhadap lakonan dan bakat kita," katanya.

Menurut Didie, keterujaan berkongsi segala hal di media sosial tanpa tapisan boleh memberi kesan terhadap reputasi yang dibina selama bertahun-tahun.

"Orang yang dahulu minat, boleh jadi tidak minat lagi sebab mereka sudah nampak sisi lain yang tak sepatutnya ditonjolkan. Itu yang rugi sebenarnya.

"Sekarang ini kita kena faham, budak-budak muda ramai yang berpelajaran dan terdedah dengan macam-macam perkara. Tapi bakat yang betul-betul besar kadang-kadang datang daripada pengalaman, bukan semata-mata teori," katanya.

Mengulas lanjut, Didie menegaskan, isu kecil tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjejaskan hubungan sesama rakan industri.

"Kalau perkara kecil dilagakan, ia jadi besar. Akhirnya semua pihak rugi. Bagi saya, kalau tak puas hati, lebih baik cakap depan-depan dan selesaikan secara matang.

"Cuma budak sekarang kadang-kadang susah nak berdepan, nanti lain pula jadinya. Zaman kita dahulu tidak ada tarik rambut atau drama berlebihan. Cakap, selesai dan lebih mudah begitu," katanya.

Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju.

Selamat menyambut Ramadan.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik, ex-skoolmate acik sendiri kata "I donno why she married that man."

Sebab pade deyolz U deserved better.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kisah dia dlm paper cerita buat keje macam2 lepas cerai dgn anak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 13-2-2026 10:56 PM
Teringat kisah dia dlm paper cerita buat keje macam2 lepas cerai dgn anak ramai.

Iols pernah nampak dulu dia berniaga sate dkt ampang.
Slim orgnya.
Ramah pun ya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 13-2-2026 11:21 PM

Cakap depan2 x jalan x selesai masalah pun turun naik court pun bertambah rumit buang 2 pakai duit, kalau pasangan bercerai secara baik xpe, ini anak x dpt pembelaaan suami curang cerai x bg kerjasama, baik berkompang bergendang jah lelaki x guna itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2026 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
moga terus berjaya dan bahagia mommy didie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 5595 Replies : 9
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 2120 Replies : 3
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58397 Replies : 1103
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15616 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367013 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39395 Replies : 88
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list