CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15184|Reply: 4

‘Meriah’ kerja, Bella Astillah masih nak jual kuih raya

[Copy link]
Post time 23-2-2026 09:57 AM | Show all posts |Read mode





SETIAP penyanyi pasti memiliki impian untuk mempunyai lagu raya sendiri, namun sama ada ‘menjadi’ atau tidak, bergantung kepada rezeki masing-masing.

Begitu juga impian Bella Astillah yang akhirnya menjadi realiti selepas melancarkan lagu raya pertamanya, Ya Raya hasil kerjasama Universal Music Malaysia dengan Fipper.

Peluncuran Ya Raya sekali gus meletakkan pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu sebagai penyanyi pertama yang melancarkan lagu raya pada tahun ini.

“Saya memang sudah lama teringin nak keluarkan lagu raya, bila ada kerjasama dengan Fipper, impian tersebut sangat mudah untuk menjadi realiti.

“Dahulu ada lagu raya dengan Didi Astillah tapi bukan lagu solo. Memang seronok sebab sudah boleh menyanyi lagu sendiri bila ada acara persembahan selepas ini,” katanya kepada HibGlam.

Ujarnya, proses rakaman berjalan dengan lancar dan menerima banyak tunjuk ajar daripada komposer, Rudeen dan Exactesy.

Ibu kepada dua cahaya mata mengakui jatuh cinta selepas mendengar susunan muzik Ya Raya yang menggabungkan elemen moden dan tradisional.

Lebih manis, bapanya, Awang Astillah turut ‘turun padang’ ke studio memberi pendapat dan kritikan sepanjang berlangsungnya proses rakaman.

“Lagu raya selalunya yang mudah didengar dan diingati, kalau boleh tidak terlalu moden.

“Kalau perasan, saya sebenarnya suka lagu raya lama-lama dan klasik tetapi disebabkan ini kerjasama dengan Fipper, perlu ada elemen ‘catchy’ dan syukur hasilnya luar biasa.

“Sebenarnya memang sejak kecil hingga dewasa, ayah adalah sebahagian daripada perjalanan seni saya. Kehadirannya ke studio banyak membantu dan mereka lebih jujur dalam memberi pendapat,” kongsinya.

Ramadan, buat kuih

Memasuki Ramadan, jadual Bella seperti biasa, padat dengan penggambaran untuk beberapa buah program dan kempen baju raya.

Namun, dalam kesibukannya itu, dia tetap meneruskan bisnes kuih raya yang sudah dijalankannya sejak beberapa tahun lalu.

“Selain lagu raya, saya terlibat dengan program memasak, promosi baju raya dan insya-Allah selepas raya nanti akan kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama.

“Masih buat kuih raya! Tahun ini memang banyak kerja sikit tapi insya-Allah usaha buat dan jual kuih raya,” ujarnya.

Dilihat sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk undangan nyanyian dan duta beberapa produk, dia menegaskan semua rezeki yang hadir pada hari ini adalah daripada Tuhan dan akan menjalani semua kesibukan dengan berlapang dada.

“Saya bersyukur sebab masih mampu untuk bekerja dan kalau boleh tak mahu mempersoalkannya sebab itu semua rezeki yang Allah SWT beri.

“Semua ini bukannya selama-lamanya, saya akan terima dan jalaninya dengan hati yang terbuka.

“Semoga apa yang saya buat ini memberi manfaat, rezeki dan kebaikan untuk anak-anak juga,” katanya lagi.

Sempat ditanya mengenai gelaran segelintir pihak yang diberikan kepadanya iaitu iron lady atau wanita besi susulan kegigihannya mencari rezeki, anak kelahiran Sabah itu menghargai setiap persepsi positif orang ramai terhadapnya.

“Sebenarnya gelaran itu berat dan realitinya ramai lagi wanita dalam kalangan orang biasa yang lebih layak cuma mereka bukan di depan kamera.

“Apa pun saya sangat hargai, semua yang dah bergelar ibu pun iron lady, sama ada orang nampak atau tidak saja.

“Buat masa sekarang, saya hanya ikut sahaja setiap aturan Tuhan, terima kasih kepada semua yang tidak berhenti menyokong,” tuturnya.

Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tu cara Allah lah sampai kan pesan

Nowa nowa…moga dpt umrah yg mambrur…..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap ada majlis pelancaran lagu lagi eh. Tp lagu dia masa aku tgk dah almost 2minggu kat YT.. lagu nyamma baru 2 hari.. lagu nyamma lagi byk likes dari lagu dia. Acik2 basstaiks tak like ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 23-2-2026 10:52 AM
tu cara Allah lah sampai kan pesan

Nowa nowa…moga dpt umrah yg mambrur…..

Eh?

Nowa? Umrah?

Ini Bella dan Raya...

Kompius pulak....

Ada maksud tersirat kah?

Maaflah... saya memang lambat pick up...

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 23-2-2026 04:33 AM
Siap ada majlis pelancaran lagu lagi eh. Tp lagu dia masa aku tgk dah almost 2minggu kat YT.. lagu n ...

acik2 bas hanya berkumpul dekat tiktok je separuh lagi dekat thread..utube spotify ini terlalu urban buat acik2 bass..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051922 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list