|
View: 14992|Reply: 0
|
[Tempatan]
'Hampir 2 juta tenaga kerja negara bekerja di bawah tahap kemahiran sebenar' - Ramanan
[Copy link]
|
|
|
'Hampir 2 juta tenaga kerja negara bekerja di bawah tahap kemahiran sebenar' - Ramanan
Oleh Suraya Ali - Februari 23, 2026 @ 12:39pm
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu ketidakpadanan bakat kini menjadi cabaran serius buat negara apabila seramai 1.96 juta rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam kategori guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata data Laporan Tenaga Buruh Suku Keempat 2025 menunjukkan satu realiti membimbangkan meskipun kadar pengangguran negara kini stabil pada paras 2.9 peratus.
Beliau berkata, angka itu mencerminkan pembaziran potensi yang besar kerana hampir dua juta tenaga kerja negara bekerja di bawah tahap kemahiran sebenar mereka.
"Ini bermakna secara purata satu daripada tiga graduan yang menamatkan pengajian di universiti hari ini bekerja dalam bidang tidak sejajar dengan kelayakan akademik mereka.
"Penjajaran bakat dengan keperluan industri mesti menjadi keutamaan nasional jika kita mahukan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan mobiliti sosial yang lebih baik," katanya berucap merasmikan MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC) di NU Sentral, di sini, hari ini.
Bagi menangani isu itu secara konkrit, Ramanan mengumumkan peruntukan RM5 juta daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memperkasa kebolehpasaran graduan.
Beliau berkata, inisiatif bermula April ini membabitkan 400 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
"Kita tidak mahu mahasiswa hanya mula meneroka masa depan mereka selepas tamat pengajian. Sebaliknya kita mahu mereka memilih kerjaya bersesuaian dengan kemahiran, bukannya sekadar mengikut rakan kerana bimbang ketinggalan," katanya.
Terdahulu, beliau melancarkan MYCEC iaitu Hab Imersif Pertama di Malaysia. Pusat ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis data pencari kerja secara mendalam bagi memastikan padanan tepat dengan keperluan industri semasa.
"MYCEC bertindak sebagai jambatan strategik supaya pencari kerja tidak lagi tersalah pilih jalan. Kita bimbing mereka secara profesional sejak awal lagi," katanya.
Pada majlis sama, Ramanan turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara PERKESO dan RHB Bank Berhad yang bakal memberi manfaat kepada 618,000 pengguna aktif Kad Debit-i MySiswa RHB melalui akses portal MYFutureJobs.
Beliau juga menyampaikan surat tawaran kerja kepada lima individu yang berjaya memperoleh pekerjaan dengan gaji RM5,000 ke atas melalui sistem MYFutureJobs, sebagai bukti keberkesanan inisiatif digital kementerian ittersebut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|