View: 270|Reply: 0
|
AMMB Holdings catat untung bersih tertinggi
[Copy link]
|
|
AMMB Holdings Bhd merekodkan keuntungan bersih tertingginya, berjumlah RM1.391 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, peningkatan 33.1 peratus berbanding RM1.042 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.\rIa diraihnya daripada pendapatan RM7.110 bilion, meningkat 4.13 peratus daripada RM6.828 bilion.\r\n\n\n\n\r Prestasi cemerlang yang dicatatkan kumpulan perbankan itu mewakili pulangan ke atas ekuiti (ROE) 13.6 peratus dan pendapatan sesaham (EPS) 44.7 sen.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusan Kumpulannya, Cheah Tek Kuang, berkata keputusan kewangan yang kukuh itu disumbang pertumbuhan pendapatan dalam semua segmen perniagaan, dengan perbankan runcit kekal penyumbang terbesar, mencatat pertumbuhan keuntungan bersih 14.4 peratus kepada RM603.3 juta susulan pertumbuhan deposit tinggi yang mencecah 13.9 peratus serta perkembangan aset.\rBeliau berkata, segmen perbankan perniagaan catat pertumbuhan keuntungan bersih 27.0 peratus; korporat dan institusi (17.2 peratus); perbankan pelaburan (17.6 peratus); insurans hayat (92.4 peratus); dan insurans am (23.8 peratus).\r“Perbankan Islam, yang adalah bahagian penting bahagian perbankan kumpulan, turut menyumbang 12.3 peratus kepada keuntungan bersih AMMB.\r“Dengan pelaksanaan strategik berfokus dan jelas, selain memanfaatkan penyambungan antarabangsa menerusi rakan kongsi kami, Australian New Zealand Bank (ANZ), kami positif mencapai aspirasi menjadi kumpulan perbankan pilihan Malaysia,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rCheah berkata, jumlah pendapatan bagi tahun kewangan 2011 berjumlah RM3.913 bilion, meningkat 9.4 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.\rBeliau berkata, susulan inisiatif kepelbagaian pendapatan Kumpulan, pendapatan bukan daripada faedah menokok 12.5 peratus kepada RM1.170 bilion, mewakili 30 peratus jumlah pendapatan.\rPertumbuhan itu, katanya disumbangkan terutama oleh pendapatan yuran lebih tinggi yang mencatatkan pertumbuhan 10.5 peratus dan perniagaan insurans dengan 39.0 peratus.\rPendapatan daripada faedah bersih berkembang 8.1 peratus kepada RM2.742 bilion.\rMengenai tinjauan perniagaan bagi tahun kewangan semasa, beliau berkata pihaknya penuh berkeyakinan akan kekukuhan ekonomi Malaysia dan serantau dengan sektor perbankan bersedia untuk meraih manfaat daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP 2), khususnya menerusi pinjaman, pasaran hutang, pengurusan aset, dan lebih banyak aliran masuk modal asing.\r“Kami berada di kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada peluang ini,” katanya.\rSementara itu, Cheah berkata prospek penggabungan antara AMMB dengan bank lain bergantung kepada kesediaan kedua-dua pihak terbabit.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|