View: 136|Reply: 0
|
Shriver hargai sokongan Oprah
[Copy link]
|
|
CHICAGO: Bekas isteri Arnold Schwarzenegger, Maria Shriver mengakui kecewa dengan bekas suaminya ketika muncul dalam rancangan Oprah Winfrey pada hari sama Schwarzenegger membuat pendedahan beliau mempunyai anak luar nikah.\rShriver yang ditemani sahabat Oprah, Gayle King menghargai hos rancangan bual bicara itu kerana memberinya sokongan moral, prihatin dan paling penting menyatakan kebenaran ketika dirinya patah hati dan menghadapi fasa menyakitkan dalam hidupnya.\r\n\n\n\n\r Minggu lalu, Schwarzenegger dan Shriver mengumumkan mereka berpisah selepas 25 tahun hidup bersama.\r\r\n\n\n\n\n Kelmarin, Schwarzenegger mengakui mempunyai anak luar nikah bersama wanita yang juga pekerjanya sedekad lalu.\rPekerja terbabit dilaporkan berhenti kerja dengan keluarga bekas gabenor California itu Januari lalu, manakala anak yang disebut-sebut itu kini berusia 10 atau 11 tahun.\r“Selepas meninggalkan pejabat gabenor, saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian ini, yang berlaku lebih sedekad lalu,” kata Schwarzenegger dalam kenyataan Isnin lalu dikeluarkan kepada akhbar The Times.\r“Saya memahami dan layak menerima perasaan marah dan kecewa keluarga dan rakan. Tiada alasan untuk perbuatan itu dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kekecewaan yang berlaku,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|