CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Sisters in Islam tak patut pertikai BSK

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SAYA terkilan dengan kenyataan Pemangku Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Ratna Osman dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam kononnya Badan Sokongan Keluarga gagal menjalankan tanggungjawabnya.\rSaya mengandaikan bahawa Badan Sokongan Keluarga yang dimaksudkan itu adalah Badan Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kerana laporan itu berkaitan cadangan penubuhan agensi sokongan anak bertujuan memerintahkan bapa yang bercerai membayar nafkah.\r\n\n\n\n\r  Saya beranggapan Ratna tidak mempunyai maklumat jelas mengenai BSK serta tidak mengetahui perkembangan badan berkenaan kerana hakikatnya ada bekas isteri yang sudah   mendapat manfaat daripada badan   ditubuhkan itu sejak 2008.\r\r\n\n\n\n\n  Sebagai salah seorang penerima dana, saya rasa tidak wajar pihak berkenaan membuat tuduhan tidak berasas seperti ini. Mungkin ada pihak tidak mendapat bantuan BSK kerana sebab tertentu menyebabkan mereka kecewa dan menyatakan BSK gagal.\rSebenarnya BSK bukan badan kebajikan yang boleh memberi bantuan kewangan kepada semua bekas isteri yang menuntut nafkah daripada bekas suami untuk perbelanjaan anak. Tugas BSK adalah untuk memastikan perintah dikeluarkan Mahkamah Syariah dilaksanakan dengan berkesan.\rSaya sendiri, selepas mendapat perintah mahkamah supaya bekas suami memberi nafkah, menghadapi masalah kerana bekas suami saya enggan berbuat demikian. Tetapi dengan bantuan BSK, kini dia melaksanakan perintah itu walaupun ada kalanya berlaku tunggakan.\rSaya menyarankan agar mereka yang berdepan masalah bekas suami enggan melaksanakan perintah mahkamah, merujuk kes mereka kepada BSK dan pihak yang masih samar-samar dengan fungsi BSK juga boleh mendapatkan maklumat daripada badan itu.\r\n\n\n\n\rMungkin ada pihak tidak mendapat apa   dihajati selepas berurusan dengan BSK kerana sebab tertentu tetapi itu tidak bermakna BSK gagal. Jika ada kelemahan, perkara itu perlu dibangkitkan agar ia diperbaiki, bukan dengan cara melulu mendakwa   badan itu gagal.\rPENERIMA DANA BSK,Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list