CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

Jac, Sasi bersatu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Penantian empat tahun berakhir dengan kemunculan BidadariSETIAP kali bertemu, mereka sering berjanji ingin merakamkan lagu bersama-sama. Bagaimanapun kesibukan sering kali membantutkan hasrat itu. Bagi memastikan rancangan tidak terkubur begitu saja, Sasi The Don dan Jaclyn Victor sedaya upaya mencari ruang untuk memastikan hasrat itu terlaksana.\rAkhirnya setelah empat tahun menunggu, impian bersatu dalam lagu tercapai juga. Devathai yang bermaksud Bidadari muncul kerjasama sulung dua penyanyi berkenaan. \r\n\n\n\n\rMenurut Sasi, kemantapan vokal juara Malaysian Idol musim pertama itu menarik hatinya untuk berduet dengan penyanyi berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n“Selepas dua minggu diputarkan di radio, Devathai mendapat maklum balas menggalakkan daripada pendengar THR Raaga. Sebelum menembusi stesen radio, saya memuat naik lagu itu terlebih dulu di laman sosial sebagai promosi awal, untuk tempoh 30 saat saja. Daripada maklum balas diterima, kebanyakan peminat menggemarinya. Ada juga rakan yang sudah mendengar lagu itu di radio memberikan pujian. Mereka berasa sangat positif selepas mendengarnya.\r“Sudah lama saya ingin bekerja dengan Jaclyn, tetapi masing-masing sibuk dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun, tahun ini saya berusaha juga untuk menyiapkan lagu terbabit, semata-mata mahu memastikan perancangan kami akhirnya menjadi.\r“Saya hanya menggubah melodinya saja, manakala lirik ditulis oleh Master K kerana saya tidak begitu mahir menulis lirik dalam bahasa Tamil,” kata Sasi mengenai lagu duet yang dimuatkan dalam album terbarunya.\rAlbum berjudul Don’t Panic! It’s Just Music itu dihasilkan atas pembiayaan Sasi sendiri. Dia sanggup mengeluarkan bajet sebanyak RM120,000 daripada poket sendiri bukan saja untuk kepuasan dirinya, malahan juga demi peminat. Bagi Sasi, setelah berhabis ratusan ribu, biarlah album dihasilkan berbaloi serta mampu meninggalkan impak kepada peminat.\r\n\n\n\n\rSelain Jaclyn, Sasi turut mengundang beberapa penyanyi lain seperti Anita Sarawak, penyanyi reggae era 80-an, Maxi Priest, serta penyanyi Tamil untuk berduet dalam album keempatnya yang dijangka dilancarkan Jun ini. Album berkenaan akan diedarkan di bawah label Universal Music untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Filipina, sementara sebuah syarikat berpangkalan di India, Virgin Record, dilantik untuk pengedaran di benua kecil itu, negara Arab serta London.\rMenurut Sasi, dia sengaja memilih untuk berduet kerana menyanyi secara berdua dapat menampilkan sisi berbeza seorang artis sepertinya. Malah ia bukan kali pertama dia berduet kerana sebelum ini Sasi melakukan perkara serupa bersama Zainal Abidin dan Amy Search. \rMengenai pemilihan Anita pula Sasi memberitahu, dia bekerjasama bersama penghibur berkenaan atas saranan ibunya.\rTerharu dirinya apabila panggilan telefon yang dibuat kepada penyanyi popular yang memiliki pengalaman luas dalam dunia nyanyian itu dilayan penuh mesra. Sesungguhnya dia tidak menyangka Anita seorang yang cukup merendah diri dan mudah mesra.\r“Saya mendapat nombor telefon Kak Nita daripada Norman (Abdul Halim). Sebelum saya menelefon Kak Nita, Norman sudah terlebih dulu memaklumkan kepadanya mengenai hasrat saya. Saya cukup terkejut kerana Kak Nita sungguh mudah menjawab panggilan telefon, malah dia melayan saya dengan cukup mesra, seolah-olah kami sudah lama kenal.\r“Sebaik menyatakan hasrat hati untuk berduet dengannya, Kak Nita terus bersetuju tanpa bertanya pun soal bayaran. Saya memang terharu dengan penyanyi yang saya undang untuk album ini. Kesemuanya jujur mencintai muzik, jadi mereka tidak berkira soal wang,” kata Sasi.\rPernah kena kutuk\rSIAPA kata Jaclyn Victor malu menyanyikan lagu dalam bahasa ibundanya? Bahkan penyanyi yang lebih popular di kalangan peminat Melayu itu tidak pernah berasakan demikian, sebaliknya peluang seperti itu yang jarang dapat digenggamnya.\rWanita berusia 33 tahun itu memahami syarikat rakaman yang menaunginya mempunyai perancangan mereka sendiri, yang meletakkan sasaran kepada pasaran komersial. Justeru, apabila mendapat tawaran daripada Sasi, pelawaan itu tidak mahu dilepaskannya.\rMenyanyikan lagu Tamil ternyata tidak mudah. Jac berkata, dia terpaksa berulang alik beberapa kali ke studio untuk mentelaah lirik bagi memastikan sebutannya sempurna.\r“Lirik lagu ini menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar. Jadi ia perlu dinyanyikan dengan betul, kalau tidak peminat akan marah. Saya pernah lalui pengalaman di mana saya diejek dan dikutuk dengan teruk oleh peminat hanya kerana salah menyebut dua perkataan saja.\r“Sebenarnya saya berhati-hati bukan untuk lagu Tamil saja, sebaliknya semua lagu akan saya nyanyikan dengan bersungguh-sungguh. Peluang berduet dengan Sasi pula umpama serampang dua mata kerana saya sudah lama teringin merakamkan lagu Tamil, tetapi saya tahu sasaran syarikat rakaman saya berbeza. Jadi undangan daripada Sasi memang tidak saya persia-siakan.\r“Saya gembira kerana lagu kami mendapat maklum balas yang amat baik daripada peminat, terutamanya menerusi Twitter. Ramai yang menghantar komen mengatakan mereka sukakan lagu ini. Saya juga seronok bekerja dengan Sasi kerana dia tahu muzik apa yang sesuai untuk memikat peminat,” kata Jaclyn.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list