CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Utamakan kerja berfaedah dalam kehidupan harian

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kejayaan sebenar boleh dinilai berdasarkan sejauh mana sumbangan dimanfaatkanHARI demi hari, masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar tidak sedar, kini kita sudah berada di penghujung Mei. Ertinya hampir lima bulan dalam tahun 2011 ini sudah kita lalui. Eloklah jika kita mula menyenaraikan usaha yang sudah berjaya dilaksanakan.\rSementara bagi yang masih belum dapat dilaksanakan, sebaiknya dibuat perancangan rapi dan strategi menghadapinya sebagai  muhasabah diri yang sangat dituntut dalam Islam. Memikirkan atau menyenaraikan usaha itu mampu mencorak niat kita dan hala tuju kehidupan akan dilalui.\r\n\n\n\n\r  Niat adalah tapak membentuk hala tuju, cita-cita, hasrat, tekad dan azam dalam apa juga yang kita rencana serta laksanakan. Ia termasuklah matlamat, objektif, misi dan visi sebagai arah tuju dan dicapai dengan maksud keikhlasan kerana Allah. \r\r\n\n\n\n\n  Firman Allah  bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain).” (Surah al-Syarh, ayat 5-7)\rKesanggupan  berfikir dan kemampuan menggunakan kudrat untuk mencapai ketinggian antaranya sanggup berkorban menghidupkan nikmat alam-Nya dengan kebaikan serta menghindarkan kemudaratan. \rDalam kamus perundangan Islam, tumpuan memberi kebaikan ini dinamakan maslahah bererti sesuatu yang baik dan bermanfaat meliputi kebajikan manusia dalam urusan di dunia dan akhirat. Sesetengah fuqaha’, menjadikan aspek hujah penting dalam penentuan pelaksanaan hukum.\rKesungguhan niat dan usaha berterusan walaupun sedikit amat digalakkan supaya menjadi darah daging atau kebiasaan.\r\n\n\n\n\rDaripada ‘Aishah,  Rasulullah SAW pernah ditanya: “Apakah perbuatan yang disukai Allah? Baginda menjawab: Perbuatan yang berkekalan meskipun sedikit.”\rKebaikan boleh bermula dengan apa saja bentuk tindakan dan jumlah nilaiannya asal saja ia dicapai dengan cara halal termasuklah membuat keputusan yang betul atau memberi manfaat. \rSetiap kebaikan walau sebesar zarah, tetap  menjadi pemangkin ke arah pelaksanaan niat atau hala tuju menambah kebaikan dan mengurangkan kepayahan dalam bekerja di kalangan umat Islam. \rDaripada Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda  bermaksud: “Tiap-tiap perkara  makruf itu menjadi sedekah. Antara perkara makruf itu hendaklah semasa bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan wajah  manis dan di kala (ada yang meminta air) hendaklah engkau menuangkan ke dalam bekasnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)\rDalam konteks bekerja, menambah baik kebajikan dan mengurangkan kepayahan orang lain melalui Amalan 8S ketika berurusan dengan pelanggan adalah amalan murni berasaskan maslahah ke arah penyempurnaan perkhidmatan berkualiti. \rAmalan yang dilancarkan  Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), meliputi salam, sayang, segak, segera, sempurna, sensitif, senyum dan sopan. Amalan ini boleh diaplikasi dalam seluruh kehidupan dan di mana saja.\rDr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fi Fiqh al-Awlawiyyat menggariskan beberapa kaedah pertimbangan pelaksanaan iaitu memberi keutamaan kepada keperluan asasi melebihi perkara  diperlukan, menjadi keinginan dan bersifat pelengkap kepada masyarakat.\rMengutamakan kemaslahatan  diyakini akan mendatangkan hasil daripada yang kurang diyakini, mengutamakan kemaslahatan lebih besar manfaatnya daripada kemaslahatan kecil, mengutamakan kemaslahatan masyarakat daripada individu.\rMengutamakan kemaslahatan bersifat kekal dan jangka panjang daripada yang bersifat sementara dan jangka masa pendek. Kesemua  pertimbangan ini memerlukan kepada perhatian dan kajian berasaskan kesesuaian semasa.\rJusteru, menurut Abu Zuhrah dalam Tarikh al-Madhahib al-Fiqhiyyah, sesuatu tindakan itu boleh dibezakan kualitinya bergantung kepada sejauh mana kebajikan masyarakat terjamin.\rOleh itu, marilah bersama suburkan niat  menambah kebaikan dan mengurangkan kepayahan dalam kehidupan sama ada kepada pekerja, pelanggan, majikan, pelajar, jiran tetangga, ibu bapa mahupun masyarakat.\rHakikat kejayaan sebenar bukan apa yang berjaya dicapai untuk diri sendiri semata-mata tetapi kejayaan menyumbang kebaikan untuk orang lain. Firman Allah   bermaksud: “Tidak ada bagi tiap-tiap seseorang manusia melainkan menurut apa yang diusahakannya.” (Surah al-Najm, ayat 39)\rPenulis ialah Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040009 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list