CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Persoalan Agama: Pokok berjalan, biak juadah antara mukjizat Nabi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Pelbagai keistimewaan dikurnia sebagai bukti kebenaran Rasulullah bimbing umat manusiaASSALAMUALAIKUM ustaz,  saya berminat membaca buku mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW,  tetapi tidak banyak diceritakan mengenai Baginda. Selain daripada al-Quran, bolehkah ustaz beritahu mengenai mukjizat Baginda yang lain? Terima kasih.\rHaji Karim,Kelana Jaya.\r\n\n\n\n\rAlhamdulillah wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d.\rMukjizat adalah sesuatu yang luar biasa yang diberikan kepada Nabi atau Rasul. Adapun faedah dan kepentingan  mukjizat dianugerahkan untuk menguatkan pendakwaan atau sebagai bukti mereka sebagai Nabi dan Rasul kepada umat mereka, terutama kepada mereka yang enggan beriman dan bagi orang yang beriman akan bertambah keyakinan mereka.\r\n\n\n\n\n\rSebagai contoh, suatu ketika, kalangan Musyrikin Makkah mencabar Rasulullah SAW supaya membuktikan kenabiannya dengan menunjukkan beberapa tanda. Lalu Rasulullah SAW menunjukkan jarinya ke bulan, dengan serta-merta bulan terbelah dua. \rPeristiwa ini jelas disebut dalam al-Quran ayat 1 dan 2 surah al-Qamar yang bermaksud: “Sudah dekat (datangnya) saat itu (Hari Kiamat) dan sudah terbelah bulan. Jika mereka (golongan Musyrikin) menyaksikan  suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang dahsyat”.\rWalaupun sudah ditunjuk bukti kepada golongan Musyrikin, mereka tetap menolak dan mengatakannya sihir.   \rAda banyak lagi hadis yang menceritakan mengenai mukjizat Nabi Muhammad SAW antaranya sebuah hadis  diriwayatkan oleh Muslim iaitu suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan hajat. Baginda ditemani oleh Jabir RA yang membawa satu bekas berisi air. Di suatu tanah lapang, Rasulullah SAW mencari pokok-pokok yang dapat memagarinya,  tetapi tidak kelihatan sebatang pokok pun di situ. Nun di sebelah tanah lapang itu ada dua batang pokok kayu, lalu Baginda pergi ke satu pokok  sambil berkata: “Dengan perintah Allah, taatilah aku.” Pokok itu turut pergi bersamanya. \rBaginda melakukan perkara yang sama kepada pokok yang satu lagi yang juga datang bersamanya menghampiri pokok yang pertama tadi. Kemudian Baginda memerintahkan kedua-dua  pokok itu memagarinya. Sesudah itu Baginda menyelesaikan menunaikan hajatnya di belakang pokok-pokok itu. Selepas itu Baginda menyuruh pokok-pokok itu  kembali semua ke tempat asal, lalu kedua-duanya pun kembali.\rSuatu ketika Baginda tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk dimakan. Badan Baginda bertambah lemah. Abu Talhah RA kembali ke rumahnya dan menghantar beberapa keping roti yang ada di dalam rumahnya kepada Rasulullah SAW. Pada ketika itu Baginda bersama-sama sahabatnya duduk di dalam masjid. Bersama-sama kepingan roti itu dan sahabat, Baginda pun pergi ke rumah Talhah RA, lalu memecah-mecahkan kepingan roti itu. Baginda meminta sedikit minyak sapi untuk dituangkan ke atasnya. Kemudian Rasulullah SAW membahagi-bahagikannya kepada sahabat-sahabatnya. Semua mereka dapat roti dan makan dengan kenyangnya. \rKetika Perang Khandak yang mana parit sedang digali, makanan pun tiada. Rasulullah SAW  bersama-sama sahabatnya menggali parit itu siang dan malam tanpa makanan. Jabir  RA  mempunyai seekor kambing. Beliau menyembelihnya dan menyuruh isterinya memasak daging dan membakar roti daripada tepung barli. Kemudian beliau menjemput Rasulullah SAW untuk jamuan. Walaupun beliau menjemput Rasulullah SAW seorang, Baginda sudah memanggil semua sahabatnya (yang berjumlah kira-kira 3,000 orang) ke tempat jamuan. Apabila Rasulullah SAW sampai ke rumahnya bersama  sahabatnya tadi menjadikan Jabir RA  berasa malu. Bagaimanapun, Rasulullah SAW menyuruh membawakan makanan itu. Baginda membacakan sesuatu dan mencampurkan air liur Baginda yang mulia pada makanan itu dan makanan itu terbukti mencukupi untuk semua. \rDalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada al Bara’ bin ‘Azib r.a bahawa: “Pada Hari Hudaibiyah kami bersama-sama Rasulullah SAW. Bilangan kami iaitu seramai 1,400 orang. Ada sebuah perigi yang kami keringkan (gunakan) tanpa meninggalkan sedikit air pun. Apabila Rasulullah SAW mendengar hal berkenaan, lalu Baginda pergi ke perigi itu dan duduk di tepinya. Baginda meminta satu bekas berisi air dan mengambil wuduk dan berkumur, lalu berdoa. Kemudian Baginda menuangkan air ke dalam perigi  dan meminta kalangan sahabat membiarkannya beberapa ketika. Selepas itu mereka mengambil air daripada perigi itu untuk keperluan diri mereka dan binatang ternakan mereka sehinggalah mereka meninggalkannya. \rSebenarnya, banyak lagi mukjizat yang dikurniakan  Allah SWT kepada Baginda SAW selaku penghulu Nabi. Seluruh manusia tidak akan mampu menghasilkannya atau menandinginya, apatah lagi menolak atau menentangnya. Mukjizat itu adalah bukti  kebenaran kerasulan Baginda SAW. Demikianlah, wallahua’lam.  \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042809 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list