CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Lamaran akhir Osama ditolak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Mentua terpaksa akur hasrat anakSANAA: Bapa isteri termuda Osama bin Laden, Ahmed Abdul-Fattah, mulanya tidak bersetuju anak perempuannya, Amal berkahwin selepas pemimpin al-Qaeda itu membuat lamaran tetapi mengalah selepas anaknya sendiri memberi persetujuan.\rAhmed Abdul-Fattah al-Sadah berkata, anaknya berkahwin dengan Osama pada 1999 dan apa yang beliau tahu mengenai politik lelaki Arab Saudi itu ialah menantunya menyokong kempen Mujahidin memerangi tentera Soviet Union di bumi Afghanistan.\r\n\n\n\n\r   Ahmed berkata, beliau menerima beberapa lamaran sebelum membenarkan Amal, seorang daripada 17 anaknya berkunjung ke Afghanistan untuk berkahwin dengan Osama ketika berusia 18 tahun, sedangkan pemimpin al-Qaeda itu berusia awal 40-an.\r\r\n\n\n\n\n   “Anak saya hanya isteri Osama, tidak lebih daripada itu dan dia tiada kaitan dengan al-Qaeda,” katanya dalam wawancara Reuters di rumahnya di ibu kota Yaman di sini, sambil menambah beliau mahu anak perempuannya itu pulang ke pangkuan keluarga.\rYaman, kampung halaman nenek moyang Osama, menempatkan sayap serantau aktif al-Qaeda yang mengaku bertanggungjawab atas cubaan meletupkan sebuah pesawat ke Amerika pada 2009, meskipun gagal.\rSelain itu, anggota militan berkenaan juga mengebom kapal perang tentera laut Amerika, USS Cole di pelabuhan Aden pada 2000. Dua tahun kemudian satu lagi serangan al-Qaeda merosakkan kapal tangki Perancis, Limburg, di Teluk Aden.\rAhmed berkata, Amal mula mengenali pengikut Osama ketika menghadiri sekolah agama sebagai pelajar kepada isteri Rashad Mohammed Saeed, pembantu kepada pemimpin militan itu. \r\n\n\n\n\rKatanya, beliau tidak menerima sebarang wang daripada Osama untuk perkahwinan dengan Amal.\r“Rashad meminta isterinya mencalonkan seorang gadis untuk berkahwin dengan Osama kerana beliau mahu seorang isteri dari Yaman. Guru itu memilih Amal,” katanya.\rLelaki itu pada awalnya memberitahu Ahmed bahawa seorang ahli perniagaan Pakistan mahu melamar anak perempuannya.\r“Saya enggan pada mulanya dan bertegas mahu kenal siapa orangnya. Mereka berkata dia adalah Osama bin Laden, dari keluarga kaya di Arab Saudi,” katanya lagi.\rAhmed kemudian mengalah kerana anak perempuannya menyokong lamaran itu: “Dia bertegas dengan pandangannya dan memberitahu mahu berkahwin dengannya dan saya tiada calon suami untuk mana-mana anak perempuan saya. Justeru, saya bersetuju.” – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042209 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list