View: 160|Reply: 0
|
Operasi pemutihan rumah perlindungan di Selangor
[Copy link]
|
|
Berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu, saya selaku EXCO Kebajikan Negeri Selangor akan mula menjalankan operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di Selangor. Operasi pemutihan ini kita namakan \"Operasi Selangor Prihatin Masyarakat\" (OPS SELAMAT).Langkah ini akan saya mulakan dengan mengeluarkan surat arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Selangor untuk mengenal pasti kewujudan dan lokasi rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di negeri ini. Rumah-rumah tersebut termasuklah rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah orang kelainan upaya (OKU), rumah ibu tunggal dan lain-lain rumah perlindungan dalam kategori kebajikan.Langkah seterusnya ialah kita akan memeriksa sama ada semua rumah ini benar-benar mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Peraturan tersebut termasuklah memiliki lesen-lesen khas seperti lesen premis dan layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh PBT, lesen perniagaan daripada Pendaftar Perniagaan dan lesen operasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika kita dapati masih ada rumah-rumah ini yang tidak memiliki lesen-lesen berkenaan, mereka diminta supaya segera berbuat demikian.OPS SELAMAT ini kita sasarkan berlangsung dalam masa tiga bulan dari sekarang. Saya berharap akhirnya melalui OPS SELAMAT ini semua rumah perlindungan dan kebajikan di negeri Selangor telah dikenalpasti status mereka.Pada masa yang sama, melalui OPS SELAMAT juga Kerajaan Negeri Selangor melalui JKM Selangor akan mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Centre - OSC), bertujuan mengkoordinasi pengeluaran lesen-lesen yang dikeluarkan oleh PBT, ROS dan JKM sebelum diberikan kelulusan kepada pihak yang memohon.Kerajaan Selangor memandang serius isu keselamatan dan kesejahteraan Rakyat, dengan ini menggesa semua pihak tidak kira pengusaha rumah-rumah penjagaan, perlindungan atau anak-anak yatim juga rumah kediaman persendirian memastikan keselamatan kediaman masing-masing agar tiada lagi nyawa yang terkorban disebabkan kelalaian dan tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.*Kenyataan media oleh Rodziah Ismail (gambar kanan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Selangor Darul Ehsan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|