CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Umat Islam mesti jaga aurat sesama jantina

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki memandang lelaki ‘cantik’ dengan syahwat haramMATA kurniaan Allah untuk digunakan mengikut kesesuaian syarak. Mata membolehkan kita menikmati tetapi pandangan mata juga boleh merosakkan hati seperti dinyatakan sebahagian Salaf, pandangan mata adalah panah beracun yang menggoncangkan hati.\rAllah menurunkan peringatan-Nya bermaksud: “Katakanlah kepada laki-laki  beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30) \r\n\n\n\n\r  Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir tidak mengkhususkan ‘menundukkan pandangan’ hanya kepada wanita. Beliau mengambil pandangan sebahagian besar Ulama Salaf yang melarang memandang ‘amrad’ (lelaki cantik). Bahkan sebahagian mengharamkannya kerana menimbulkan fitnah.\r\r\n\n\n\n\n  Daripada Abu Said al-Khudri, Nabi SAW bersabda  bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat sesama lelaki. Jangan pula seorang perempuan melihat aurat sesama perempuan. Seorang lelaki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut. Demikian pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan dengan perempuan lainnya dalam satu selimut.” (Sahih Muslim) \rHukum asal dalam Islam, dibenarkan lelaki memandang sesama lelaki. Juga tiada larangan  bersentuhan. Malah disunatkan  bersalam-salaman untuk mengikat hubungan silaturahim sesama Muslim.\rImam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh lelaki mengucup mulut, tangan atau mana-mana anggota mahupun memeluk lelaki lain.\rDalilnya, riwayat ketika Rasulullah SAW pernah ditanya: “Adakah boleh mengucup antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh memeluk antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: “Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya.” \r\n\n\n\n\rNamun Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa bersandarkan riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memeluk antara satu sama lain.\rPersoalan berkenaan hukum lelaki memandang sesama lelaki, terutama lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki ‘cantik’ (amrad), sebahagian ulama mengatakan amrad itu lelaki yang tidak mempunyai janggut dan misai (kerana lazimnya Muslim terdahulu itu memelihara janggut mereka).\rFuqaha’ bersepakat mengatakan haram melihatnya dalam keadaan syahwat. Manakala melihat lelaki ‘cantik’ tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, fuqaha’ berselisih pendapat.\rJumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumnya harus melihat kepada lelaki ‘cantik’ jika pandangan itu tidak mendatangkan syahwat. Namun sebahagian golongan al-Hanabilah berkata makruh jika melihat secara berulang kali.\rPendapat yang   rajih dalam kalangan Syafi’iyyah berkata, haram melihat secara mutlak sama ada mendatangkan syahwat ataupun tidak. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah.\rIni menunjukkan kehadiran lelaki ‘cantik’ di hadapan kita boleh membabitkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama. Jelasnya, apa saja yang mendatangkan syahwat jika melihatnya maka jatuh hukum haram walaupun sesama jantina.\rBagaimana pula dengan isu jika tidur bersama jantina yang sama jenisnya. Sebagai contoh, lelaki tidur bersama lelaki sekatil. Ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel dalam satu pakaian atau selimut mahupun sekatil bersama. Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan.\rJika berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka diharuskan. Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Said al-Khudri itu. \rSebenarnya Islam bukan disyariatkan untuk menyusahkan. Namun sebagai satu peraturan hidup yang memelihara maruah sesama insan. Ketelitian ulama membincangkan isu ini adalah satu jalan menutup jalan ke arah kemungkaran. \rFirman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (Surah al-Isra’, ayat 36) \rKerana daripada mata turun ke hati, walau tanpa disedari. Dan mata itu satu deria kurniaan Allah yang amat indah jika tepat cara penggunaannya. Namun ia juga akan mengkhianati diri kita jika digunakan dengan penuh kekotoran dalam hati.\rFirman Allah  yang bermaksud: “Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Surah al-Ghafir, ayat 19) \rPintu syahwat itu amat kuat dugaannya untuk  setiap manusia. Namun, manusia yang bertakwa akan bijak mengawal hati sehingga mata akur dengan imannya. Jadikan hati yang khusyuk dan tawaduk  perisai kelopak mata. Bukan mata yang tajam menjadi senjata untuk menikam kelemahan hati.\rPenulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060506 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list