View: 146|Reply: 0
|
Calon Pengarah Urusan IMF ikut merit: Zeti
[Copy link]
|
|
PEMILIHAN calon untuk menjawat jawatan Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) perlu dibuat berdasarkan merit bagi memastikan badan kewangan dunia itu berfungsi dengan berkesan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.\r“Kita percaya sesiapa saja yang menerajui IMF, pemilihannya mestilah berdasarkan merit. Beliau mestilah seorang yang akan bekerja ke arah kebaikan sejagat,” katanya selepas majlis pelancaran Leading Voices, seminar kepemimpinan anjuran Pusat Tadbir Urus dan Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF) di Kuala Lumpur, semalam. \r\n\n\n\n\r Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia akan menyertai negara jiran lain dalam mencadangkan calon bagi ketua IMF dari kalangan warga Asia.\r\r\n\n\n\n\n Jawatan tertinggi badan kewangan dunia itu kosong susulan peletakan jawatan Dominique Strauss-Kahn sebagai Pengarah Urusannya ekoran tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel.\rMengenai siapa pilihan Malaysia untuk jawatan itu, Zeti berkata tidak ada perbincangan setakat ini mengenainya antara bank pusat dan Kementerian Kewangan.\r“Kita tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Kementerian Kewangan. Secara tradisinya ia calon Eropah dan besar kemungkinan ia akan terus diterajui tokoh dari Eropah,” katanya. \rMengenai laporan bahawa beliau adalah antara empat tokoh ekonomi dan kewangan dari Asia yang disebut sebagai calon berkemampuan menerajui IMF, Zeti berkata, keutamaannya kini adalah untuk memastikan proses transformasi Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi berjalan lancar.\r\n\n\n\n\r“Saya akan terus berada di Malaysia. Tempoh perkhidmatan saya baru saja dilanjutkan lima tahun lagi. Saya mahu memastikan peralihan Malaysia menjadi ekonomi maju,” tegasnya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|