View: 180|Reply: 0
|
Projek berhemah mampu jimatkan kos RM7.5 bilion
[Copy link]
|
|
PELAKSANAAN projek secara berhemah menerusi langkah Pengurusan Nilai ke atas 71 daripada 154 projek peringkat pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) setakat ini, berupaya menghasilkan penjimatan kos sehingga RM7.5 bilion.\rMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata penjimatan daripada projek, yang mana masing-masing bernilai lebih RM50 juta, akan digunakan untuk melaksanakan projek lain yang bermanfaat untuk rakyat.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, secara purata, pelaksanaan sistem Pengurusan Nilai berupaya mengurangkan kos projek sebanyak 20 peratus.\r\r\n\n\n\n\n \"Dalam usaha menginstitusikan pengurusan nilai bagi pelaksanaan program dan projek kerajaan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) menyediakan buku Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai sebagai rujukan kepada kementerian serta agensi pelaksana.\r\"Perlu saya tegaskan bahawa pengurusan nilai bukannya semata-mata untuk mengurangkan kos, sebaliknya adalah analisis fungsi dan tahap kualiti yang diinginkan kementerian serta agensi kerajaan melalui penggunaan peruntukan yang berkesan. \r\"Ini bukan hanya bermakna kita menawarkan perkhidmatan pada kos paling rendah tetapi khidmat yang lebih baik menggunakan kos sedia ada,\" katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Buku Panduan Pelaksanaan Pengurusan Nilai Dalam Program/Projek Kerajaan dan Galeri Pengurusan Nilai, di Putrajaya, semalam.\rHadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany dan ketua Pengarah EPU, Datuk Noriyah Ahmad. \r\n\n\n\n\rNor Mohamed berkata, Kabinet pada Februari lalu memutuskan bahawa defisit negara perlu dipastikan tidak melebihi 5.6 peratus bagi tahun ini, malah sebelum ini pun sudah ada komitmen kerajaan sejak tahun 2000 supaya defisit tidak melebihi 5.5 peratus tetapi sebaliknya, berusaha mengurangkannya sehingga 3.2 peratus.\rBagaimanapun, katanya, kejadian seperti krisis ekonomi sejagat pada 1997 dan 2009, yang sememangnya di luar kawalan kerajaan, menjejaskan perancangan selain memaksa kadar defisit dinaikkan bagi membantu ekonomi negara pulih. \rBeliau juga yakin pematuhan terhadap Pengurusan Nilai bagi semua projek kerajaan supaya menepati keperluan semasa dan kehendak rakyat dapat menjimatkan lagi perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|