CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Pembesar suara masjid tidak berfungsi baik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SAYA dan rakan jemaah Masjid Sultan Ismail Batu Pahat, Johor bersyukur kepada pihak berkenaan yang menyediakan sebuah masjid besar dan selesa. Ia menjadi pusat untuk masyarakat setempat mendirikan solat berjemaah dan mengikuti kelas tazkirah dan ceramah. Kuliah Subuh setiap pagi Sabtu dan Ahad serta tazkirah selepas solat Maghrib.\rTetapi matlamat pihak berkenaan untuk mengimarahkan masjid itu agak hambar kerana kemudahan siaraya  atau sistem pembesar suara masjid amat mengecewakan.\r\n\n\n\n\r  Jemaah tidak dapat mendengar dengan jelas apakah yang disampaikan oleh penceramah. Pembesar suaranya tidak dapat didengar dengan jelas. Saya kerap bertanya kawan jemaah yang lain, semua mereka berasa kurang selesa dengan keadaan yang berlaku.\r\r\n\n\n\n\n  Bayangkan jika ustaz menyampaikan hadis, kami hanya dapat mendengar sebahagian. Sayang hadis yang penuh pengajaran tidak dapat dimanfaatkan. Ada waktunya bacaan solat lima waktu pun tidak jelas jika imam mempunyai suara agak perlahan.\rSaya memohon dan merayu kepada pihak berkaitan, baikilah pembesar suara berkenaan. Jika projek jutaan ringgit dapat dibuat, takkan untuk baiki pembesar suara tiada peruntukan.\rKepada pihak berkenaan, ambillah tindakan segera atau datanglah bersama-sama kami mendengar kuliah Subuh. Ada kalanya di bahagian awal kami dengar tetapi akhir ayat ustaz suara itu hilang.\rSUARA JEMAAH,\r\n\n\n\nBatu Pahat, Johor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.873920 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list