CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Petir bunuh 40 rakyat Bangladesh

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Angka korban terbesar seluruh negara berikutan ribut dalam tempoh sehari\rDHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh disambar petir manakala 150 lagi cedera selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan, kata jurucakap polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan semalam.\r\n\n\n\n\r   Angka korban itu adalah yang terbesar akibat dipanah petir dalam tempoh sehari dalam kejadian yang berlaku kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n   Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman.\rAntara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu.\rKebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi.\rDaerah yang terjejas adalah Chapainawabganj, Pabna, Joypurhat, Rajshahi, Gaibandha, Kurigram, Naogaon, Manikganj, Gopalganj, Khulna dan Khagrachharhi. Angka kematian besar berlaku di  Chapainawabganj.\r\n\n\n\n\rSepuluh orang maut di daerah barat laut Chapainawabganj manakala 10 lagi terbunuh dan seorang cedera apabila disambar kilat di kawasan Shibganj, Nachol dan Gomastapur, daerah Chapainawabganj.\rDi daerah Sardar, dua pelajar disambar kilat ketika mengutip buah mangga, seorang daripadanya maut.\rAnggota polis kawasan Shibaloy memaklumkan, enam orang terkorban di beberapa daerah pedalaman dan dua lagi maut di kejiranan Gomastapur. Di Faridpur, kilat menyambar dua orang dan menyebabkan 16 orang cedera.\rAnggota keselamatan di balai polis Puthia di daerah Rajshahi pula memaklumkan bahawa empat orang termasuk seorang budak lelaki 10 tahun terbunuh di kawasan itu manakala di Sundarganj, Gaibandha, seorang budak lelaki enam tahun terbunuh dan lapan lagi cedera.\rDi Pabna, dua maut manakala 17 lagi cedera di perkampungan Paspungali. Ribut turut merosakkan beratus rumah di Natore dan Singra. Sebagai tambahan, gangguan bekalan elektrik terganggu dan infrastruktur bandar itu turut rosak. \rAnggota penyelamat sudah menemui semua mangsa manakala orang yang cedera dimasukkan ke hospital, kebanyakannya tidak parah, kata pegawai. – Reuters/Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.086842 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list