CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Ulasan Pasaran: FTSE KLCI meningkat 7.37 mata

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Lantunan semula saham di Wall Street dorong bursa ditutup lebih tinggi \rHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam apabila lantunan semula di Wall Street dan di segi harga komoditi dan minyak menggalakkan   pelabur membeli saham selepas jualan besar-besaran baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r  Sehingga jam 5  petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 7.37 mata kepada 1,540.94 apabila   pelabur terus memberikan sokongan kepada Tenaga Nasional, Petronas Dagangan, Genting, YTL Corporation dan Kuala Lumpur Kepong.\r\r\n\n\n\n\n  Indeks utama itu dibuka pada paras 1,538.35 mata pagi semalam.\rTenaga Nasional menokok 14 sen untuk ditutup kepada RM6.30 sebelum mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara esok bagi membincangkan dan memutuskan mengenai kadar tarif elektrik baru.\rPetronas Dagangan menokok 64 sen kepada RM16.30 selepas mengumumkan pembayaran dividen lebih tinggi, Genting menokok 16 sen kepada RM11.10, YTL Corporation meningkat 6.0 sen kepada RM1.62 dan Kuala Lumpur Kepong naik 38 sen kepada RM21.88 berikutan harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi.\rSeorang peniaga berkata, pasaran sedang pulih daripada jualan besar-besar baru-baru ini yang dicetus oleh peningkatan kebimbangan mengenai masalah kewangan Eropah yang boleh menggagalkan pemulihan pertumbuhan global.\r\n\n\n\n\r“Kami menjangka trend menaik itu akan berterusan, berikutan pemulihan saham global dan harga komoditi,\" katanya.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 417 kepada 322 dengan perolehan semalam meningkat kepada 799.622 juta saham bernilai RM1.42 bilion daripada 767.205 juta saham bernilai RM1.4 bilion pada Rabu.\rIndeks Kewangan meningkat 27.80 mata kepada 14,330.88, Indeks Perusahaan menokok 9.91 mata kepa-da 2,718.51 dan Indeks Perladangan meningkat 19.45 mata kepada 7,704.21.\rIndeks FTSE Bursa Malaysia Emas meningkat 43.22 mata kepada 10,604.68 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 meningkat 31.59 mata kepada 11,464.05 tetapi Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace turun 9.97 mata kepada 4,292.28.\rAntara saham aktif, Jotech dan Focus Dynamics-WA, meningkat 0.5 sen masing-masing kepada 15 sen dan 4.0 sen manakala D.B.E Gurney dan UEM Land tidak berubah, masing-masing pada 7.5 sen dan RM2.79.\rCIMB meningkat 1.0 sen kepada RM8.28 manakala Media Shoppe tidak berubah pada harga 9.0 sen.\rBagi saham berwajaran tinggi, Maybank menokok 4.0 sen kepada RM8.83, Petronas Chemicals menokok 3.0 sen kepada RM7.16, Axiata menokok 1.0 sen kepada RM4.98 dan MISC meningkat 3.0 sen kepada RM6.76.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 580.782 juta unit bernilai RM1.38 bilion daripada 554.654 juta unit bernilai RM1.33 bilion yang dicatat kelmarin.         Perolehan di Pasaran ACE meningkat 153.479 juta unit bernilai RM25.709 juta daripada 137.018 juta unit bernilai RM2.67 bilion pada Rabu.\rWaran merosot kepada 59.41 juta unit bernilai RM8.842 juta daripada 69.517 juta unit bernilai RM10.535 juta sebelum ini.  \rProduk pengguna mencatatkan 40.5 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 133.6 juta, pembinaan 37.9 juta, dagang dan perkhidmatan 178.7 juta, teknologi 16.5 juta, prasarana 6.02 juta, kewangan 55.8 juta, hotel 2.31 juta, hartanah 83.7 juta, perladangan 21.8 juta, perlombongan 53,000, REIT 3.8 juta dan tertutup/dana 25,000.  – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.145770 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list