CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Kembara pemimpin mahasiswa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
YAYASAN Pelajaran Mara (YPM) menyalurkan sumbangan RM50,000 bagi membolehkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjayakan Program Kembara Pemimpin Mahasiswa Menyusuri Sungai Rajang.\rPengerusinya, Datuk Rosli Mat Hassan, berkata program julung kali anjuran UNIMAS dengan kerjasama YPM itu membabitkan penyertaan pelajar yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, selain itu ia turut bertujuan melihat sendiri taraf kehidupan masyarakat di sepanjang sungai selain berhasrat menyampaikan mesej penting kepada penduduk setempat.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, YPM dan UNIMAS memberi keyakinan kepada keluarga dan golongan muda bahawa ‘kemiskinan’ bukan lagi penghalang untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti. \r“Menerusi program ini mahasiswa akan menyusuri sepanjang Sungai Rajang termasuk membantu YPM bukan saja untuk mengumpul data mengenai penduduk dan remaja di situ tetapi juga berinteraksi dengan ibu bapa di sana. \r“Mahasiswa ini akan membawa pulang semua data yang dikumpul kepada kita dan bagi pihak YPM pula, inilah satu-satunya cara kita membantu dan meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan kepada anak mereka,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek Pemimpin Muda Ke Arah Peningkatan Bangsa dan Semangat Kecintaan Kepada Negara Kuching, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abd Rahman menerima cek berkenaan mewakili UNIMAS. \rRosli berkata, tarikhnya penganjuran program itu masih belum diputuskan lagi tetapi YPM dan UNIMAS tidak menolak ia akan dalam tempoh terdekat ini.\r“Untuk memastikan program ini dapat direalisasikan YPM menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000.  Sekiranya program ini mencapai sasaran, kita tidak keberatan meneruskan program sama dengan universiti lain.\r“Buat masa ini kita mahu memastikan program berjalan lancar bagi memastikan semua rakyat tidak kira di pedalaman atau bandar mendapat peluang mendapatkan pendidikan sama rata,” katanya.\rRosli berkata, Pemimpin Muda adalah projek khas bertujuan membentuk dan membina generasi muda yang lebih bermotivasi, kreatif, bersemangat dalam membuat perubahan demi meningkatkan bangsa dan negara.\r“Ia adalah projek yang memberi kesan dan dijenamakan untuk pembangunan berterusan,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036169 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list