CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Wajib bayar hutang pinjaman PTPTN

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BEBERAPA hari lalu media melaporkan mengenai usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997. Biarpun beberapa kali notis amaran dikirim kepada mereka, namun sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit. \rSepatutnya peminjam bersikap lebih positif, berterima kasih kepada PTPTN menyediakan dana besar untuk membiayai pengajian masing-masing. Usah jadi kacang lupakan kulit, sebaliknya hargailah inisiatif yang disediakan kerajaan dengan membuat pembayaran balik selepas tamat pengajian dan mempunyai kerjaya.\r\n\n\n\n\rSejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi, amalan berhutang sudah pun berlaku seperti kisah Nabi Muhammad SAW yang berhutang seekor unta. Kemudian baginda membayar hutang untanya tadi dengan unta yang lebih besar dan lebih baik daripadanya.\r\r\n\n\n\n\n Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik kamu, ialah orang yang melebihkan hutang dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).”\rKini, berhutang sudah menjadi ‘trend’ dalam kehidupan masyarakat. Untuk memiliki kenderaan, perabot rumah dan apa saja keperluan hidup dengan cepat, maka tidak dapat tidak seseorang itu perlu berhutang.\rTetapi malangnya, ramai pula yang hanya tahu berhutang, tetapi tidak pula berusaha melangsaikan pembayaran hutang mengikut perjanjian dibuat. Adakalanya orang membuat jaminan terpaksa memikul beban kerana kedegilan si berhutang.\rIslam sebagai agama yang syumul dalam segala aspek menggariskan beberapa persoalan mengenai hukum berhutang, ganjaran pemberi hutang serta kaedah membuat bayaran balik sesuatu hutang yang dibuat.\r\n\n\n\n\rRasulullah SAW mengingatkan kita semua orang yang berharta asyik menangguhkan pembayaran hutang yang sudah dibuat termasuk dalam perbuatan zalim. \rPada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah Amir yang bermaksud: “Jangan kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata: Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: “Hutang.” \rHutang dalam bahasa Arab bermaksud al-Qardhu atau potongan. Dari segi bahasa membawa maksud potongan sebahagian harta dan diberi kepada seseorang yang memerlukan.\rDalam Islam hutang dan sedekah mempunyai pertautan yang amat rapat dan dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Hutang dari segi pahala, lebih dua pahalanya daripada pahala sedekah”. (Hadis Hasan).\rDalam kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril pada malam Israk Mikraj, tergantung di salah sebuah pintu syurga kata-kata bermaksud: “Sedekah bersamaan 10 kali ganda dan hutang bersamaan 18 kali ganda”.\rLalu baginda bertanya kepada Jibril: “Mengapa demikian? Jawab Jibril: “Sedekah diberikan kepada seseorang, semua atau sebahagiannya. Sementara hutang, orang tidak akan meminta berhutang kalau tidak kerana sebab mendesak.\rRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah akan menolong hamba-Nya selama hamba itu suka menolong saudaranya”. (Riwayat Muslim).\rPun begitu, memberi hutang boleh bertukar menjadi wajib apabila bertujuan memenuhi keperluan yang begitu mendesak, seperti membantu orang yang sangat memerlukan, menghadapi musibah atau apa jua bencana alam dan golongan manusia yang termasuk dalam golongan kurang upaya.\rIni bersesuaian dengan kehendak Allah seperti tercatat dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya”.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.064163 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list