CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

PLUS, Nippon Paint anjur pertandingan mural

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SEBANYAK 50 sekolah menengah dari seluruh negara akan berentap bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM120,000 dalam Pertandingan Mural anjuran PLUS Expressways Berhad (PLUS) dengan kerjasama Nippon Paint dan Berita Harian tahun ini.\rPengarah Urusannya, Datuk Noorizah Haji Abdul Hamid, berkata program dwi-tahunan itu yang sudah memasuki edisi kedua penganjurannya sejak dilancarkan pada 2009, kali ini mendapat penyertaan di luar jangkaan.\r\n\n\n\n\r     Beliau berkata, tahun ini pihaknya menerima penyertaan lebih kurang 300 sekolah menengah dan daripada jumlah itu hanya 50 sekolah layak ke peringkat kebangsaan.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, penyertaan ke peringkat kebangsaan dinilai berdasarkan esei bertemakan keselamatan jalan raya.\rNoorizah berkata, program tahun ini menampilkan strategi yang berbeza syarikatnya dalam menyampaikan mesej keselamatan jalan raya dan menanamkan kesedaran di kalangan pelajar.\r“Menerusi program ini, PLUS percaya tahap kesedaran keselamatan dapat dipupuk sejak muda lagi supaya menjadi pemandu yang berhemah dan berdisiplin di jalan raya pada masa depan.\r“Tema pertandingan pada tahun ini ‘Rakyat Malaysia Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya’ adalah untuk menarik golongan berkenaan bagi memupuk semangat integrasi kaum dan perpaduan sejajar dengan Gagasan 1Malaysia,” katanya selepas majlis pelancaran pertandingan itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rTimbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi melancarkan pertandingan berkenaan.\rSelain hadiah wang tunai, Noorizah berkata, pertandingan yang berlangsung sehingga hujung bulan depan itu juga menawarkan piala dan sijil kepada pelajar, guru serta sekolah.\rKatanya, johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 manakala naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000.\r“PLUS juga menyediakan hadiah sagu hati bagi tempat keempat hingga ke-12 sebanyak RM5,000 setiap pemenang manakala bagi tempat ke-13 hingga ke-20 menerima wang tunai sejumlah RM3,000 setiap pemenang,” katanya.\rNoorizah berkata, PLUS dan Nippon Paint akan menyediakan peruntukan sebanyak RM2,500 kepada setiap sekolah yang terpilih ke peringkat kebangsaan untuk membeli cat dan peralatan melukis seperti berus.\r“Mural yang memenangi 12 tempat teratas akan dimasukkan ke dalam kalendar PLUS 2012.\r“Nippon Paint pula bersetuju memberi 50 tin cat kepada pemenang warna mural terbaik yang akan dipilih oleh syarikat berkenaan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.527552 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list