View: 229|Reply: 0
|
Video muzik Rihanna dikecam
[Copy link]
|
|
Adegan acu senjata dianggap galak perempuan muda gunakan kekerasan\rLOS ANGELES: Video muzik Rihanna yang memaparkan penyanyi itu mengacukan senjata kepada seorang lelaki sebagai balasan atas serangan seksual, dikecam kelmarin kerana menggalakkan perempuan muda menggunakan kekerasan.\r\n\n\n\n\r Man Down, yang muncul dalam rangkaian Black Entertainment TV (BET) pada Selasa, menunjukkan Rihanna menembak tanpa belas ihsan lelaki tanpa senjata di stesen kereta api dan membunuhnya.\r\r\n\n\n\n\n Lagu berentak reggae dinyanyikan penyanyi R&B berusia 23 tahun itu memaparkan lirik berbahasa Inggeris bermaksud “Ibu, saya baru menembak seorang lelaki. Saya tidak pernah rasa bangga seperti ini.”\rRihanna, sendiri adalah mangsa keganasan pada 2009 dengan serangan fizikal oleh teman lelakinya, Chris Brown, kata mesej Twitter kepada peminatnya berhubung tema video yang menunjukkan kuasa wanita.\r“Gadis dan wanita muda di seluruh dunia, kita kuat dan tidak bersalah bermain cinta dan mudah dilukai serta kadang kala terlalu mempercayai sehingga menjadikan kita naif!. Kita sentiasa berfikir ia tikda mungkin berlaku kepada kita, tetapi realitinya ia akan terjadi di kalangan kita!. Jadi, wanita jadi lebih berhati-hati,” tulisnya.\rMajlis Televisyen Ibu Bapa, kempen Enough is Enough dan kumpulan pemerhati industri hiburan Industry Ears meminta BET dan syarikat induknya Viacom menghentikan penyiaran video itu.\r\n\n\n\n\r“Jika Chris Brown menembak wanita dalam video terbarunya dan BET menyiarkannya, dunia akan terperanjat. \rRihanna juga tidak boleh terlepas,” kata Paul Porter, pengasas bersama Industry Ears, yang melancarkan kempen menentang imej negatif dalam media.\rPorter berkata dalam tempoh 30 tahun beliau tidak pernah menyaksikan pembunuhan kejam disiarkan pada waktu perdana. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|