CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

Bersyukur dengan kemudahan pelajar di USIM

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA terpanggil untuk memberi maklum balas Yang Kecewa, Bapa Pelajar Baru USIM.\rMemang semua ibu bapa mahukan tempat selesa untuk anak mereka belajar tetapi apabila keadaan tidak mengizinkan, anak-anak perlu berkorban sedikit. \rSaya percaya jika kita hidup susah sedikit masa belajar kita akan lebih merasa bersyukur jika sudah berjaya nanti.\r\r Memang asrama selalu tidak mencukupi, bahkan ketika saya di asrama dulu pun saya terpaksa tinggal lapan orang sebilik dengan katil dua tingkat. Almari pun ala kadar saja, tetapi kami jadi pelajar cemerlang juga. \r\n\n\n\n\n\rJadi saya kira kita patut lebih rasa bersyukur kerana antara ramai yang memohon, anak kita berjaya mendapat tempat di USIM atau di mana-mana IPTA.\rBukan sekadar dapat tempat saja, anak-anak kita di USIM akan mendapat biasiswa daripada kerajaan ketika menjalani Tamhidi. Jangan nanti kita merungut, biasiswa yang diberi terlalu sedikit. \rCuba kita bayangkan anak-anak orang lain yang lulus  seperti anak-anak kita tetapi belum mendapat tempat di  universiti, tentunya kita akan bersyukur anak-anak kita ada tempat belajar walaupun keadaannya kurang sempurna. Sebagai ibu bapa marilah kita menasihati anak-anak kita agar bersabar walaupun keadaan tidak berapa selesa. \rGunakanlah masa sepenuhnya di universiti, bilik kuliah dan perpustakaan untuk belajar dan bilik asrama untuk tidur saja.\rUntuk warden yang agak kasar pula, ambillah ini sebagai  pengajaran, kerana kemahiran berkomunikasi  penting bagi melicinkan perjalanan program.\rYANG BERSYUKUR,\rIbu pelajar Tamhidi USIM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066518 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list