CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Jutawan Gedik Siri 21: Sabotaj berjaya!

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
“BAGAIMANA? Cukup bergaya? Cukup syarat jadi bintang TV terkemuka?” Jehan Kaya tersenyum bangga. Dia menjadi orang pertama yang keluar dengan cara berjalan ala model macho perkasa. Lagaknya hebat tidak terkira. Seluruh kawasan seperti dia yang punya! Hinggakan ruang lingkuk set penggambaran bertukar suasana menjadi bagaikan pentas memperaga baju fesyen berjenama. Sungguh pemuda itu perasan hebat apabila melakukan cat walk hingga tiga kali berpusing-pusing badannya! \r“Kami pula… ada peluang ganti Kak Wardina Safiyyah dan Kak Farah Adeeba sebagai pengacara TV?” Kini Siti Nurhalizawati dan Naza Riah pula muncul dari bilik solek stesen penyiaran TV13. Wajah mereka malu-malu tetapi nampak sangat berseri apabila sudah ditatarias dengan bantuan jurusolek profesional. \r\n\n\n\n\r   Belum sempat ada yang menjawab soalan Jehan Kaya, Siti Nurhalizawati dan Naza Riah... tiba-tiba muncul satu lagi figura. Gayanya mengalahkan semua \rkerana muncul dengan hidung terkembang-kembang yang paling besar diameter!\r\n\n\n\n\n\r“Hah! Inilah yang paling ditunggu-tunggu! Saksikan kemunculan jutawan muda lagi berjiwa mulia. Sayalah Wobert Wiok… pelapis  kepada Tan Sri Robert Kok, raja gula Malaysia. Saya juga akan mengikut jejak langkah Robert Kiyosaki, idola saya yang terkemuka. Saya akan jadi jutawan remaja paling muda di Malaysia!” Dengan kata-kata pengenalan diri berdegar-degar yang diucap sendiri, kini Wobert Wiok pula melangkah menuju rakan-rakan. Dadanya membidang ke hadapan sebagai tanda punya keyakinan diri yang mendalam. Senyumnya persis orang kaya baru yang sudah ada jutaan ringgit dalam simpanan. Memang berlagak semacam!\rKetika mendengar kata-kata ahli kumpulan 3K yang silih berganti memperagakan diri, rata-rata para hadirin ketawa tidak henti. Malah krew penerbitan TV13 tumpang gelak sekaki. Sungguh mencuit hati melihat gelagat-gelagat remaja yang kemaruk mahu masuk TV! \rHanya The Wannababes yang jadi pemerhati paling serius tidak terperi. Tiada senyuman terukir di bibir-bibir tebal laksana Angelina Jolie. Tiada respon positif yang dibiaskan oleh reaksi wajah yang dikawal rapi. Bagi tujuh gadis, suasana tetap tegang dan serius kerana kini pihak lawan melangkah setapak lagi. Pihak lawan bakal meraih glamor di TV. Dan The Wannababes jadi sangat cemburu dan sakit hati! \rDi antara bulatan The Wannababes, bisikan-bisikan gosip mula mendominasi. Fasha berbisik ke Shasha, “Eleh! Macam bagus sangat! Tunggulah nasib mereka sekejap lagi!”\rFazura pula mencuit Linda sebelum memuncungkan bibir dekat ke telinga sahabat baiknya, “Ingat! Nanti kita jangan berkelip mata langsung! Ini kerana sekejap lagi kita semua akan saksikan serobong hidung Wobert Wiok yang terkembang-kembang menguncup serta-merta bila mengetahui cicak tokek hilang entah ke mana!”\rLinda tertawa kecil mendengar pesanan Fazura yang kejam itu. Anggukan kepalanya begitu laju. “Mestilah! Saya tidak mahu lepaskan peluang lihat kumpulan 3K terkebil-kebil panik depan kamera. Barulah kurang sedikit sombong dan bongkak semuanya!”\rSeketika sahaja bisik-bisik The Wannababes berleluasa kerana tidak lama kemudian, seorang krew penerbitan sudah datang memberi arahan dan taklimat kepada semua.\r“Baiklah! Semua pelawat dan penonton boleh ambil tempat duduk yang disediakan. Tolong jangan buat bising. Tolong beri perhatian kepada perbincangan di set. Ini kerana mungkin sekali-sekala, kamera akan memfokus lensa kepada penonton juga. Semua mesti nampak berminat dan mendengar perbualan tetamu jemputan dengan penuh perhatian ya!”\rLelaki yang memakai t-shirt TV13 itu berdiri di hadapan semua dan bertugas menyebut beberapa peraturan penting dengan panjang lebarnya. Ia bagi memastikan kejayaan siaran secara langsung itu berjalan lancar. Semua mengangguk, mendengar dengan teliti dan memberikan kerjasama. Cikgu Norah dan Cikgu Fauzi juga laju bertugas mengarahkan pelajar bergerak ke tempat duduk yang disediakan khas untuk mereka.\r“Okey, semua yang ditemuramah boleh ke sofa di hadapan. Ambil tempat duduk dan pakai mikrofon sekarang,” kini perintah dikeluarkan khas buat enam individu yang sudah bersiap sedia. Kelihatan Wobert Wiok, Jehan Kaya, Siti Nurhalizawati, Naza Riah, dan Vincent Tin secara serentak mengurut dada. \rMungkin menahan rasa gementar yang berleluasa. Mujur Cikgu Putra yang nampak lebih berpengalaman itu cepat-cepat memberi arahan supaya semua bergerak dengan segera. Mikrofon dipakaikan. Aturan tempat duduk enam tetamu ditentukan. \rKini Tuan Ali bin Iskandar, penerbit rancangan merangkap hos yang terkenal itu sudah memasuki set. Dengan sut rasminya yang lengkap bertali leher, dia kelihatan memegang kertas-kertas berbentuk skrip. Wajahnya juga serius memandang kedudukan kamera keliling... \rDapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk mengikuti sambungan\rAinMaisarah Berkongsi Cerita\rAssalamualaikum dan salam sejahtera,\rTerima kasih kerana terus setia mengikuti novel bersiri nukilan Kak Ain Maisarah. Kak Ain harap semua membaca setiap perenggan cerita dengan hati-hati supaya boleh menjawab soalan kuiz PANDORA Habib Jewels dengan tepat sekali.\rJangan ketinggalan juga menghantar borang penyertaan asli beserta DUA MASTHEAD sebelum tarikh tutup pertandingan ya! Kak Ain harap pembaca AinMaisarah tidak lepaskan peluang keemasan ini bagi memenangi hadiah gelang yang cukup lumayan dan eksklusif yang ditawarkan Berita Harian! \rSelain mengisi masa cuti sekolah dengan menyertai pertandingan PANDORA Habib Jewels, para pembaca juga boleh ke www.ainmaisarah.com bagi menyertai pertandingan menulis sinopsis. Pertandingan ini Kak Ain yang anjurkan sendiri bagi menimbulkan minat menulis di kalangan remaja semasa cuti sekolah ini. \rHadiah yang ditawarkan adalah pakej buku-buku bernilai RM300! Jadi manfaatkan cuti sekolah dengan mencuba dan menyertai semua pertandingan berfaedah ini ya!\rJaga diri baik-baik!\rSalam Sayang,\rAinMaisarah\rwww.ainmaisarah.com\rwww.facebook.com/ainmaisarah.novelis

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.184945 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list