CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Helikopter NATO bedil Libya

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kemudahan tentera,  lokasi radar,  pos pemeriksaan  Brega jadi sasaran\rBENGHAZI: Tentera udara Britain (RAF) dan Perancis untuk pertama kalinya semalam menggunakan helikopter tempur bagi membedil sasaran di Libya bagi menyokong serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap tentera yang setia kepada Kolonel Muammar Gaddafi.\r\n\n\n\n\rHelikopter RAF  menyerang dan menghapuskan dua kemudahan tentera, lokasi radar dan pos pemeriksaan berhampiran Brega, Perbadanan Penyiaran Britain melaporkan.\r\r\n\n\n\n\nBBC berkata serangan helikopter di Brega itu dilancarkan menggunakan helikopter tempur Apache RAF, manakala tentera udara Perancis menggunakan helikopter tempur Gazelle dalam serangan terhadap sasaran lain di Libya hampir pada waktu sama.\rKementerian Pertahanan Britain berkata: “Helikopter Apache mengambil bahagian dalam operasi yang diselaraskan oleh NATO di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.”\r“Semua helikopter yang digunakan kembali dengan selamat ke kapal HMS Ocean di luar pesisir Libya,” katanya.\rPenggunaan helikopter terbabit bermakna NATO kini bersedia terbabit dengan pertempuran jarak dekat berbanding penggunaan pesawat tempur sebelum ini yang membedil dari jarak jauh.\r\n\n\n\n\rSerangan helikopter itu yang juga menyasarkan kedudukan tentera Libya di dalam kawasan penduduk yang padat, berlaku sehari selepas pasukan pemberontak mengusir tentera Gaddafi dari tiga bandar di barat, menandakan penghakisan selanjutnya kuasa pemimpin yang sudah memerintah selama 42 tahun itu sejak bantahan rakyat bermula Februari lalu.\rHelikopter Perancis berlepas dari kapal pengangkutan  Tonnerre di laut Mediterranean.\rHelikopter tempur itu memusnahkan 15 kenderaan tentera, lima bangunan markas pemerintahan sebelum pulang selepas ditembak senjata ringan. – AP/Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.289546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list