CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Peluang belia transformasi diri terbuka luas

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
GOLONGAN belia mempunyai tanggungjawab amat besar dalam menjayakan pelan transformasi negara yang menjadi aspirasi Malaysia.\rPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan beberapa asas transformasi kerajaan dan ekonomi dalam usaha ‘mentransformasi’ Malaysia menjadi negara  berpendapatan tinggi, pembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.\r\n\n\n\n\r  Persoalannya, belia negara ini  meliputi hampir separuh daripada penduduk Malaysia ini turut sama berlumba-lumba mendokong aspirasi ini untuk mencapai matlamat negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi.\r\r\n\n\n\n\n  Walaupun ungkapan ‘Belia Benci Dadah’ sudah tidak asing lagi bagi kita, tetapi laporan dadah dikeluarkan Agensi Antidadah Kebangsaan pada 2009 menunjukkan bahawa lebih 70 peratus penagih dadah yang dikesan dari 2005 hingga 2009 ialah golongan belia yang berumur dari 19 hingga 39 tahun.\rNamun, sambutan Hari Belia lalu mendukung slogan yang amat bertepatan ‘Seribu Peluang, Sejuta Keriangan’. Ia jelas bahawa generasi muda sememangnya mempunyai peluang yang terbentang luas untuk ‘mengekspresi diri’ dan menguji kebolehan masing-masing untuk bersaing dan mengharungi cabaran.\rGenerasi muda tidak seharusnya mempersia-siakan usia muda mereka. Hari ini peluang untuk belia berpersatuan juga terbuka luas. Rancangan Malaysia Ke-10 menggariskan bahawa jumlah persatuan belia akan dipertingkatkan dari 5,000 ke 11,500. \rPeningkatan ini seharusnya menjadi satu daripada penyelesaian kepada kegusaran Majlis Belia Malaysia suatu ketika dulu mengenai sebilangan besar belia yang tidak terbabit dalam mana-mana persatuan belia sedangkan pilihannya adalah pelbagai, meliputi kelab sukan, persatuan kemasyarakatan, persatuan profesional, persatuan seni mempertahankan diri dan persatuan beruniform. \r\n\n\n\n\rGenerasi muda juga perlu mempunyai visi dan misi yang nyata  dalam kehidupan mereka dan antara aspek yang boleh diberi penekanan ialah pendidikan, kerohanian, kekeluargaan dan kerjaya. \rKerajaan sememangnya komited dalam melaksanakan program pembangunan untuk melahirkan belia berkebolehan dalam bidang kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan, selain memupuk belia dengan sikap positif terhadap semangat patriotisme, kesukarelawanan dan budaya.\rYang dituntut sekarang ialah golongan belia itu sendiri untuk melaksanakan transformasi diri dan bergerak seiring dengan misi dan visi transformasi negara. Tepuk dada, tanya selera.\rSITI HAJAR ABD AZIZ,Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.903737 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list